oleh Ibrahim Yusof
Adakah kerana tercabar dengan kekalahan BN di dua bukit, maka Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Ir. Jamlus buka mulut mencari-cari alasan untuk menegakkan benang basah? atau cuba mencari-cari tungau di seberang laut sedangkan gajah di depan mata tidak nampak?
Aasan mendakwa kononnya PR menggunakan kanak-kanak sebagai perayu undi adalah cerminan pemikiran mikro seorang ketua pemuda negeri.
Kalau nak bercakap: nganga dulu. Jangan pakai balun. Jang! Ekau kono ingat. Jangan bercakap macam orang hilang akal. Pemuda kena 'gentelmen'. Kalah-mengaku kalah. Jangan macam budak-budak. Dah kalah tak mahu mengaku. Cari alasan!
Kalau cari alasan, carilah yang munasabah. Alasan biar kukuh. Ekau tu pemuda harapan bangsa. Kononnya pemimpin masa depan. Macam mana nak jadi pemimpin kalau bercakap macam kencing atas papan!
Penilaian rakyat dalam pilihanraya bukan pasal budak. Rakyat menilai wakil yang hendak dipilih. Rakyat meneliti agenda parti. Rakyat memperbanding parti-parti yang bertanding.
Rakyat mahu wakil yang berani. Berkarisma. Berpengetahuan. Ada prinsip. Jelas pendirian. Mempunyai ilmu yang luas. Berpengetahuan agama serta beriman. Orang bukan Islam juga lebih percaya kepada Melayu beriman dan berperinsip. Bukan Melayu yang seperti kerbau dicucuk hidung.
Rakyat menuntut perubahan besar untuk membina Malaysia baru. Setelah setengah abad memberi ruang kepada BN, rakyat kecewa. rakyat masih terasa terancam. Kebebasan rakyat dikongkong. Akta-akta yang mengongkong dipertahankan BN. Hak rakyat terhakis. Kuasa menentukan pemerintahan dieksploitasi. Kronisme dan kumpulan opurtunis bergelandangan. Agihan kekayaaan tidak sampai ke bawah. Rakyat diperkotak-katikkan.
Lalu rakyat mahukan wakil yang berani. Wakil yang ampuh keperibadian. Yang hebat sahsiahnya. Yang pintar siasahnya. Yang licik helahnya. Yang meletakkan agenda rakyat keutamaan segalanya.
Oleh itu, jika Ir. Jamlus hendak mewakili golongan opurtunis, kroni dan pengkhianat rakyat ini-silakan. Jangan cari alasan 'budak-budak PR jadi perayu undi'. Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan sehelai daun.
Lain kali, kalau nak bercakap biarlah konkrit sedikit. Jangan menepuk air di dulang. Jangan menyelam teras terendam. Kain yang pakai tu senteng-Tarik ke atas nampak betis, Londeh ke bawah nampak pusat!
No comments:
Post a Comment