Tuesday, April 28, 2009

Cabaran Rais Yatim: Bodek, berani atau bodoh??



Oleh Ibrahim Yusof

Cabaran Dato’ Seri Rais Yatim untuk berdebat dengan mana-mana pihak yang menuduh serta memburuk-burukkan PM Malaysia adalah menarik untuk ditafsirkan.

Pertama, umum mengetahui Rais Yatim adalah satu-satunya ‘orang tua’ dalam kabinet Najib. Tidak ada orang tua lain. Jadi, tidak keterlaluan jika produk yang sudah ‘expired’ ini kena lebih promosi. Jika tidak-ia tidak laku lagi. Namun karakter ini jarang wujud dalam masyarakat Melayu yang penuh dengan tatasusila dan berbudaya ketimuran. Kalau ada pun sifat-sifat itu ialah seperti si Rais dan si Gayut Mahathir Mohamad.

Kalau diamat-amati watak Rais ini kadang-kadang macam Ibrahim Ali dan amat mirip dengan Mahathir. Sinonimnya mereka dalam dunia binatang dinamakan katak atau cicak kubing-sifat yang jelas melompat dan bijak bertukar warna. Persamaan antara mereka ialah sangat mementingkan diri sendiri. Tak peduli orang lain-lurus jarum, lurus telunjuk.

Mereka ini opurtunis-perebut peluang yang tidak beretika dan tidak berprinsip. Dulu semasa dalam Semangat 46, dia berjaya memperkuda Tengku Razaleigh. Lepas itu, dia jadi jaguh membubar Semangat 46 menyertai Umno dengan menjadikan Tengku Razaleigh sebagai mangsa untuk mencapai cita-citanya untuk terus ‘hidup’ dalam politik.

Semasa dalam Semangat 46, dia menghamburkan berguni-guni kritikan terhadap Dr. Mahathir. Tetapi Minangkabau si Rais ini mudah digula-gulakan.
Dr. Mahathir pujuk, dia dapat Menteri kanan. Dia lompat dan sekonyong-konyong itu juga dia menjadi pengkritik Anwar Ibrahim. Dia bodek Dr. Mahathir bagai nak rak. Dia jilat punggung Mahathir walaupun dulu dia jijik dan loya.

Rais ni betul-betul tak ada prinsip. Dia macam ikan mati-letak santan dan cili boleh buat masak lemak, letak kari dia jadi kari, taruh garam jadi perkasam. Kata orang-orang di Jelebu dan ‘member-member’ dia dalam Semangat 46-dia jadi macam tu semua kerana bininya. Cuba tengok bininya mengerbang rambut-macam hantu dalam hutan. Pemimpin Melayu mesti menggambarkan pemimpin Islam. Pimpinlah bini kita berakhlak Islam-tutuplah aurat! Awak tu dah tua bukan budak-budak lagi. Kubur kata mari, rumah kata pegi.

Itulah akibatnya, apabila ‘orang tua berhati muda’. Sepatutnya orang tua mengamalkan prinsip ‘menahan ragam’ bukan ‘buat ragam’. Ukur dulu baru kerat, jangan kerat dulu baru ukur.

Baru-baru ini dia cabar sesiapa sahaja untuk bedebat bagi mempertahankan bos barunya. Najib yang didakwa oleh akhbar-akhbar luar Negara sebagai ‘tidak besih’. Kita tidak pun dengar ada Menteri lain bercakap soal ini termasuk Menteri Luar yang baru. Kalau isu ini ‘isu luar negara’-Menteri Luar lah yang patut berkokok. Pasal apa pula Menteri Kesenian dan Kebudayaan pula menyibuk? Agaknya inilah ‘kebudayaan negara’ yang harus dipertahankan. Kita harus mempertahankan isu-isu yang menjadi isu nombor satu Negara. Ketika kunjungan Najib ke Indonesia, macam-macam ia tutup kes Altantuya. Jadi, kena lindungi isu ini sebagai ‘warisan negara’.

Blogger-blogger jangan tulis macam-macam. Dia akan pantau setiap penulisan yang kononnya tidak berasas. Itulah akibatnya memilih ‘orang tua’ yang sudah ‘out-dated’. Dia ingat masyarakat Malaysia masih di tahun 60an dan 70an. Semua kena ‘control’ macam hidup dia kena ‘queen control’. Tanyalah orang Jelebu kalau tak percaya. Kata orang Jelebu, dia ini belum nganga dah pembohong. Sebab perangai yang macam itulah dia boleh ‘hidup’ dalam politik di Jelebu.

Kini, cabarannya untuk berdebat telah dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Syaratnya mesti ‘live telecast’. Apa lagi-kalau anak jantan, sahutlah seruan itu. Masyarakat Malaysia ini terbuka. Mereka ingin tahu kebenaran. Islam pula mengajar orang Melayu bercakap benar. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Orang ramai hendak tahu duduk pekara yang sebenar. Kalau betul ada agenda luar Negara untuk rosakkan Negara, kita rakyat Malaysia tak akan benarkan. Maka sebagai maruah Menteri yang tua, kena sahut cabaran ini. Anak-anak muda hendak tahu sejauh mana hebatnya ‘jaguhnya ayam tua’ ini.

Ini bukan medan berpantun dan berpuisi. Ini bukan zaman Sang Rajunatapa yang turun dari langit. Kalau zaman itu masyarakat memang sengaja dibuai oleh cerita-cerita karut marut supaya mereka lalai sedangkan si pemimpin sibuk mengumpul kepentingan peribadi. Ini zaman siber, masyarakat mengikuti setiap langkah yang dilakukan oleh pemimpin. Jangan cuba tipu rakyat. Jangan memperbodoh dan memperlekehkan rakyat. Kalau tidak dialah yang Nampak bodoh dikalangan rakyat yang cerdik._IY

HIDUP RAKYAT!

No comments: