Thursday, April 30, 2009

Mukhriz ‘keluar kotak’


Oleh Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan.

Tiba-tiba calon Ketua Pemuda Umno yang kalah, anak ‘jagoan tengit’ Mahathir bersuara untuk menjadi juara di Pilihanraya Kecil Penanti. Katanya, Umno kena gunakan ‘strategi luar kotak’ untuk mengatasi corak berkempen Pakatan Rakyat yang didakwa kononnya ‘tidak bersopan’.

Setakat ini tidak kedengaran Khairy Jamaluddin calon Ketua Pemuda Umno yang menang memberi komen mengenai rancangan terhadap pilihanraya kecil yang bakal diadakan itu nanti.

‘Luar kotak’ atau dalam bahasa Inggerisnya ‘outside the box’ ertinya Umno jangan syok sendiri. Kena tengok apa yang sebenarnya berlaku. Realiti atau hakikat sebenar kehendak pengundi. Kalau dulu dikatakan rakyat mengundi BN, kenapa sekarang pengundi beralih arah. Kalau dulu semuanya OK dengan BN, kenapa sekarang tidak OK?

Bagus juga ‘kepala otak’ si Mukhriz ni. Dia agak terbuka dan kritikal pemikirannya. Kalau begitu kita kena terima cadangannya!

Untuk berfikir di luar kotak, kita kena tengok secara perbandingan bahawa penduduk dan pengundi di Pulau Pinang khususnya di Penanti adalah penyokong BN sebelum 1998. Tahun 1998 adalah tahun yang menjadi titik mula di mana orang-orang di Penanti menilai semula sokongan mereka kepada BN.

Pada ketika itu, DSAI telah dipecat daripada cabinet sebagai TPM dan semua jawtannya dalam Umno. Beliau dihina dan diaibkan dengan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat khususnya orang-orang Melayu bukan sahaj di Penanti bahkan dari seluruh Negara telah memprotes sehingga menimbulkan gerakan yang dinamakan REFORMASI. Bertindak daripada kesilapan itu, PM ketika itu-Mahathir, iaitu bapa kepada Mukhriz telah menangkap dan memenjarakan DSAI.

Walaupun DSAI dalam penjara tetapi protes rakyat tetap diteruskan pada ketika itu berlarutan dari 1998 hingga ke 2005 iaitu setelah DSAI dikeluarkan dari penjara. Dalam tempoh tersebut kebanyakan pendokong dan penyokong Reformasi adalah kaum Melayu. Tetapi selepas DSAI keluar dari penjara, sokongan orang-orang bukan Melayu telah bertambah. Kemuncak daripada sokongan ini ialah pada Mac 2008 dalam PRU ke 12,orang-orang bukan Melayu menolak BN dan berlakulah apa yang dinamakan Tsunami Politik di Malaysia.

Dalam tempoh 1998 sehingga 2008 berbagai kebobrokan BN/Umno dibongkar satu persatu. Malaysia mengalami perubahan iklim politik yang mendadak. Soal-soal asas dalam perbincangan politik seperti rasuah, ketirisan, kronisme, pecah amanah, penyelewengan dan ketelusan pentadbiran didedahkan. Reaksinya rakyat dapat melihat sedikit demi sedikit iklim diktaktorship Umno dipupuskan oleh perjuangan yang dinamakan Reformasi. Akibat daripada reaksi politik itu juga telah menyebabkan bapa kesayangan Mukhriz meletakkanjawatan dengan juraian air mata-meratapi segala kesilapan dan kesalahan menghancurkan Umno dan orang-orang Melayu.

Mahathir lah yang sebenarnya yang telah memunah dan meranahkan BN/Umno. Tun Abdullah Badawi hanya cuba melakukan “damage control” tetapi “damage control” tersebut tidak dapat diteruskan hingga ke penghujungnya apabila semua langkah Pak Lah dibentes oleh Mahathir! Rakyat melihat dengan mata kepala mereka sendiri apabila Mahathir yang pada mulanya menyokong dan melantik Pak Lah tiba-tiba menjadi setan ketat. Kritikannya yang tidak didengar Pak Lah telah menyebabkan dia keluar dari Umno. Kemudian dia buat ‘grand design’ lagi-menjatuhkan Pak Lah dan menaikkan Najib. Katanya ‘Melayu mudah lupa’. Melayu takkan ingat bahawa dialah yang bertanggungjawab menghancurkan Melayu-sebab, katanya ‘Melayu tu haprak!’.

Tetapi semua ‘grand design’ Mahathir itu amat disedari dan diinsafi oleh orang-orang Melayu yang tidak ‘haprak’. Mereka menyatakan dalam bentuk pendirian yang amat jelas-TOLAK BN. Tidak cukup dengan itu, Najib disambut oleh keputusan pilihanraya kecil dua bukit sebaik sahaja menjadi PM. Sebabnya jelas-rakyat tahu di belakang semua itu ialah Mahathir, manusia yang menjadikan ‘Melayu dalam Dilema’.

Oleh itu, kalau nak berfikir di luar kotak harus mengambil kira hakikat ini. Mukhriz kena dedahkan ‘Konspirasi Bapanya’ untuk terus berkuasa dulu! Mukhriz kena jujur dengan orang Melayu yang majoriti di Penanti. Mukhriz kena heret bapa kesayangannya untuk minta maaf kepada orang Melayu dan DSAI. Mukhriz kena suruh bapanya buat PENGAKUAN TERBUKA-bahawa dia lah yang bertanggungjawab menghina dan mengaibkan maruah DSAI. Bahawa Mahathir lah yang bertanggungjawab mencemarkan nilai-nilai murni politik orang-orang Melayu.

Kalau Mukhriz ‘gentlemen’ mahu menjadi jaguh politik Umno-Mukhriz kena mengakui yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Mengakui kebenaran walaupun kena batang hidung sendiri adalah sifat-sifat yang diperintahkan oleh Islam.

Jauh dalam sudut hati pengundi-pengundi Melayu di Penanti sebenarnya terguris dengan stail politik Mahathirisme. Stail politik inilah yang diwarisi oleh saki baki pengikut Umno di Penanti. Pengundi-pengundi Melayu sebenarnya rimas dan meluat-dalam berpeluk mereka membentes, dalam menari mereka mengancam, ketika berdepan mereka bersalam membelakang mereka menikam. Amalan dalam Umno yang menyenggol kawan seiring, menggunting dalam lipatan. Amalan enau dlam belukar dan berbahasa lunak-hanya menanam tebu di bibir adalah budaya politik ajaran bapanya-Mahathir.

Maka, Mukhriz kena dedahkan semua ini. Hukumnya wajib kubra-kalau Mukhriz nak berfikir di luar kotak. Mungkin pengundi di Penanti akan menerima keihklasan Mukhriz nanti.

BN/Umno kenalah kerahkan seluruh jenteranya dalam kempen itu nanti bahawa semua orang Umno sebenarnya ‘MELAKNAT’ papa yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap orang melayu dan rakyat Malaysia. Seluruh perayu undi termasuk sayap pPemuda, Wanita dan Puteri kena betul-betul merayu kepada pengundi di Penanti supaya memaafkan kesilapan pemimpin besar mereka dahulu yang kini de facto kepada Presiden Umno dan PM Malaysia.

Tukarkanlah sepanduk-sepanduk dan banner-banner BN daripada ‘Mohon Restu Rakyat’ kepada ‘Tolong Undi BN-laknatilah Mahathir’. Kalau Mukhriz benar-benar ikhlas dan ingin menjadi ahli politik Negara pada masa depan, dia harus berani macam bapanya. Cuma dia kena berani kerana benar bukan berani untuk menyelamatkan kelemahan diri.

Mukhriz kena keluar dari kotak-muhasabah diri. Jadilah anak yang soleh-katakan yang benar walaupun pahit kerana saya pasti di akhir hayat Mahathir nanti dia akan berbangga mempunyai anak seperti Mukhriz!!!_IY

No comments: