Thursday, April 9, 2009
Suara Perubahan Sudah Jelas!
Keputusan Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau telah menterjemahkan semboyan yang jelas bahawa rakyat menuntut perubahan atau reformasi dalam iklim politik di Malaysia.
Secara umumnya, terdapat tiga kumpulan pengundi dalam ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil kali ini. Kumpulan tersebut adalah pengundi celik dan mengikuti perkembangan politik secara dekat dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana parti atau pihak yang bertanding.
Mereka ini terdiri daripada golongan terpelajar dan profesional yang mendapat maklumat mengenai konsep dan perjuangan parti-parti politik dari pelbagai saluran. Dalam kecanggihan teknologi media hari ini, golongan ini jarang sekali ketinggalan di dalam menyaring maklumat terkini. Kumpulan ini adalah merupakan kumpulan penggerak perubahan di dalam mana-mana sejrah perubahan politik di dunia.
Mereka adalah pemimpin-pemimpin kecil dalam kelompok mereka dan mempunyai pengikut yang tersendiri.
Kumpulan kedua adalah mereka yang dipemgaryhi oleh ketua-ketua masyarakat atau tali barut kerajaan. Kumpulan ini dari segi sejarahnya banyak berkaitan dengan budaya feudal sejak dari zaman Melayu lama lagi.
Biasanya sejak zaman Kesultanan Melayu lama, kumpulan ini hanya menurut perintah penguasa-penguasa setempat. Pemikiran mereka ditanamkan dengan semangat "Jangan Melawan Arus". Pemikiran konservatif seperti inilah yang telah menyebabkan penjajah seperti British dan bangsa Eropah serta Jepun telah berjaya menguasai negara ini.Bagi kaum penjajah, untuk menguasai masyarakat Melayu ketika itu hanya perlu menguasai penguasa-penguasa besar yang mempengaruhi penguasa-penguasa kecil.
Dengan itu, seluruh masyarakat di bawah kekuasaannya akan akur dan patuh pada perintahnya. Ketika itu, raja-raja dan pembesar-pembesarlah yang diberi fokus oleh penjajah. Semua elemen digunakan untuk menjadikan raja-raja dan penguasa-penguasa ini tunduk pada perintah penjajah-penjajah tersebut. Antara elemen-elemen tersebut termasuklah ugutan,ancaman, rasuah dan kuasa ditawarkan. Setelah golongan ini dikuasai, maka golongan yang kedua ini hanya akan menurut sahaja seperti "kerbau dicucuk hidung".
Di Perak, nama-nama besar seperti Datuk Maharajalela adalah golongan yang celik politik lalu bangun menyedarkan kebobrokan masyarakat kumpulan kedua tadi namun golongan ini masih ramai. Mereka ini penakut, lemah dan daif. Mereka cuba menghindari hidup daripoada "mencari masalah".
Golongan seperti ini masih ramai dan masih lagi dibelenggu oleh pemikiran jumud dan masih takut mencuba untuk berubah. Tidak seperti kaum pendatang seperti kaum Cina dan India yang rata-rata mempunyai sikap dan pemikiran "futuristik". Mereka ini tajam menganalisa nasib dan masa depan. Mereka sanggup mengambil apa sahaja risiko sekiranya sesuatu itu mampu menrubah pembaharuan atau anjakan it berpotensi mengubah nasib dan masa depan mereka.
Golongan yang ketiga adalah golongan yang terhalang daripada komunikasi massa seperti internet atau bahan-bahan bacaan non-perdana. Mereka dihidangkan setiap hari dengan hiburan dan maklumat daripada tv dan radio. Jadi pemikiran dan sikap mereka dikuasai oleh media seperti ini.
Maka di dalam pilihanraya kedua-dua bukit ini golongan kedua dan ketiga inilah yang telah memberi undi kepada calon-calon BN-di Bukit Gantang mereka berjumlah 19,071 orang, di Bukit Selambau mereka berjumlah 10,229 orang, di Batang Ai berjumlah 3907 orang.
Berbanding dengan golongan pertama di Bukit Gantang berjumlah 21,860 orang, di Bukit Selambau 12,632 orang dan di Batang Ai 2053 orang.
Walaupun daripada perbandingan di atas menunjukkan golongan celik politik lebih raai di Semenanjung dan di Sarawak masih di tahap lama, membuktikan bahawa masyarakat di Semenanjung lebih 'advanced'(kehadapan) dari segi maklumat dan nilai intelektualnya berbanding dengan masyarakat di Sarawak.
Namun apa yang perlu kita percayai ialah kumpulan kedua dan ketiga ini pasti akan mengecil jumlahnya dari semasa ke semasa justeru kumpulan pertama ini semakin lama akan semakin pandai dan banyak maklumat serta akan terus merubah dan mencorak masa depan.
Oleh kerana ini, apapun percubaan BN semasa berkempen pilhanraya yang lalu terutama membawa Tun Mahathir berkempen hanyalah kerja sia-sia kerana Mahathir mewakili pemikiran feudal Melayu yang menggunakan elemen perkauman dan teknik pecah perintah ala British. Walaupun konsep "One Malaysia" yang cuba diterapkan sebagai kejutan baru oleh Datuk Seri Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi semua itu bagaikan lagu lama yang cuba diberi nafas baru.
Sesungguhnya semua usaha yang dibuat oleh BN untuk 'hidup' dalam gelombang kebangkitan rakyat yang telah 'celik' dan kesedaran para intelektual serta golongan reformasi tidak dapat dihalang lagi. Sudah menjadi semacam hukum sosial bahawa -apabila sudah sampai masanya, perubahan pasti berlaku.
IBRAHIM YUSOF
Ketua Penerangan
PKR Negeri Sembilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment