Monday, June 8, 2009
Satu Lagi Projek Runtuhan BN-Alangkah Murahnya Harga Nyawa di Malaysia!
Berita menggemparkan mengenai runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu satu lagi projek runtuhan bangunan sepanjang 50 tahun lebih BN memerintah negara kita yang tercinta. Selepas tragedi Highland Tower sedikit masa dahulu, satu demi satu tragedi runtuhan bangunan dan kemudahan awam. Masih segar di ingatan tragedi Supermarket Jaya dan belum pun hilang ingatan tersebut runtuh pula stadium di Terengganu. Mujurlah taidak ada acara tatkala stadium itu runtuh. Respon spontan daripada Menteri Kerja Raya ialah tragedi ini amat memalukan negara.
Persoalannya sekarang ialah seluruh rakyat menerima 'takdir' ini dengan penuh tanda tanya dalam benak masing-masing. Memanglah 'yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk datang daripada manusia'. Persoalannya siapakah yang berlaku 'buruk' itu??
Dalam tamadun teknologi pembinaan, semua projek kejuruteraan telah dijamin keutuhannya. Kalau tidak intergriti dan kewibawaan para jurutera dan jurubina kita tidak akan diterima oleh masyarakat. Tetapi sosek-sosek yang didengar di dalam perbualan sama ada mereka yang pakar atau profesional mahupun dikalangan rakyat marhaen ialah menjadinya amalan tidak sihat dalam pemberian dan pelaksanaan semua projek yang dianugerahkan oleh BN.
Maka di sinilah relevannya kita mengkaji apa yang telah diutarakan oleh Pakatan Rakyat-iaitu pengasingan kuasa, ketelusan dan memerangi rasuah. Betapa tidaknya, sesuatu projek yang dibina jika mengikiut spesfikasi yang ditetapkan, tidak akan mengundang nathijah malang seperti ini. Namun berlakunya petaka adalah akibat elemen-elemen rasuah untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.
Inilah asas punca kepada segala permasalahan pembangunan di negara ini. Apabila budaya rasuah yang menjadi amalan, ia akan melanda segenap aspek kehidupan masyarakat. Pembinaan budaya akan membentuk imej dan identiti bangsa. Pimpinan pula adalah golongan yang diberi amanah untuk membentuk rupa bangsa itu. Jadi patutkah pimpinan BN tidak mengakui kelemahan mereka!
Ironinya kita tidak pula ngeri dengan berita seperti ini walaupun ianya melihatkan nyawa manusia. Bahkan para pemimpin BN dengan bangganya selepas tragedi seperti ini akan mengumumkan suruhanjaya demi suruhanjaya kononnya sebagai tindakan proaktif kerajaan menangani masalah-masalah seperti ini.
Alangkah murahnya harga nyawa rakyat jika isu ini dibiarkan. Kini saban hari kita dengar nyawa rakyat Malaysia dijumpai di tepi-tepi longkang, dalam semak, dalam bungkusan sampah, di bawah besi-besi kenderaan, di bawah runtuhan bangunan waimma dibom oleh C4!!!
Aduhai, malangnya nasib rakyat Malaysia. Tatkala ini hanya satu ayat yang mampu menenangkan kerunsingan tersebut:-
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, melainkan bangsa itu sendiri yang menggubahnya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sekurang2nya kerajaan bertindak daripada langsung tidak bertindak. bukankah itu lagi gentlemen?? daripada hanya pandai melemparkan janji2 kosong, ceramah itu ini tetapi tidak sepakat langsung dalam membuat keputusan?? itukah pakatan Rakyat?
memanglah mana-mana kerajaan pun kena bertindak.itu tanggungjawab-tapi sebab runtuh tu siapa nak jawab?
Post a Comment