Saturday, June 27, 2009

Fauzi Abdullah calon PAS di Manek Urai


Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

PILIHAN RAYA KECIL MANIK URAI

Keputusan UMNO untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti adalah wajar dan harus diberi kepujian. Tetapi malangnya kewajaran UMNO melambangkan kebodohannya sendiri. Kedua-dua pilihan raya kecil, baik di Penanti mahupun di Manik Urai tiada bedzanya. Kedua-dua negeri pada pilihanraya kecil itu diperintah oleh Pakatan Rakyat.

UMNO tidak mahu bertanding di negeri yang ditadbir oleh DAP tetapi UMNO mahu bertanding di negeri yang ditadbir oleh PAS. Dalam masa yang sama, UMNO mahu berunding dengan PAS mengenai “Perpaduan”!!! Apakah muslihat UMNO yang sebenarnya? Adakah UMNO anti bangsa sendiri atau mungkin UMNO anti Islam?

Kalau sungguh bagai dikata oleh UMNO yang mahu melihat dan mengutamakan perpaduan bangsa Melayu, adalah wajar bagi UMNO untuk tidak bertanding pada pilihanraya kecil Manik Urai. Sekiranya UMNO menang (tidak mungkin) pentadbiran Kelantan tetap ditangan PAS. UMNO hanya mahu memecahkan belahkan Kelantan khususnya orang-orang Melayu.

Belum sampai hari penamaan calon, UMNO sudah mula berkempen dengan menaburkan berbagai janji kepada pengundi-pengundi di Manik Urai. UMNO menyeru ahli-ahlinya untuk turun keManik Urai, bukan hanya tidur di rumah pengundi-pengundi, malahan disuruhnya juga bersama-sama untuk pergi menoreh getah. Ha-ha-ha-ha-ha.......... “Hello....UMNO.....pengundi-pengundi di Manik Urai bukan bodoh dan tidak boleh dibodohkan. UMNO Kelantan sendiri tidak pernah membuat kerja-kerja kebajikan kepada rakyat Kelantan, khususnya di Manik Urai.

Rakyat Malaysia lebih suka, sekiranya UMNO atau Barisan Nasional melupakan hasrat mereka untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Manik Urai sama seperti di Penanti, dan menumpukan atau fokus pada pemulihan ekonomi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Tidak perlulah UMNO menghantar pemimpin Pemudanya yang kotor dengan politik wang untuk meraih sokongan pengundi. Pengundi di Manik Urai juga tahu menilai pemimpin pemuda UMNO ini yang mana inilah sejarah pertama kali di Malaysia pemimpin pemudanya tidak ada tempat didalam kabinet.

Seruan kepada pengundi-pengundi di Manik Urai.......rezeki jangan ditolak, dacing dan keris adalah barangan antik-lapuk yang hanya disimpan oleh pengemarnya sahaja, sedangkan bulan dan bulan sabit adalah ciptaan tuhan untuk faedah hambanya.

SHI
PKR.N9 JELEBU

Thursday, June 25, 2009

PENYERAHAN MEMORANDUM MENDESAK PERTUDUHAN TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM DIGUGURKAN

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pemuda PR diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum mendesak pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Memorandum tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Jun 2009 (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Lokasi: Blok C, Komplek C, Putrajaya.


Kenyataan media akan dilakukan selepas penyerahan memorandum.

Orang awam dan pihak media KECUALI UTUSAN MALAYSIA dijemput hadir.

Harap maklum.

UMNO MASUK PERANGKAP PAS

dipetik dari Keadilan Jelebu.blogspot.com

Cadangan Parti PAS untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan telah mengakibatkan UMNO terperangkap didalam menyahut cadangan tersebut. Kita dapat lihat betapa ghairahnya pemimpin didalam UMNO yang menerima cadangan itu dan meminta supaya perbincangan dapat diadakan dengan kadar segera. Persoalannya, kenapa terima cadangan tersebut tanpa mengadakan perbincangan di antara parti di dalam Barisan Nasional?

Pertama : Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan sesama mereka di dalam Barisan Nasional.

Kedua : UMNO sanggup buat apa sahaja untuk meraih sokongan dan kerjasama dengan PAS disebabkan mereka sedar bahawa masyarakat Melayu tidak lagi menyokong UMNO. Orang Melayu melalui PRU12, tidak lagi mempercayai UMNO, malahan mereka sudah benci, muak dan jijik dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri.

Ketiga : Oleh kerana KEMARUK sangat hendak sokongan dari PAS, UMNO telah dibodohkan dengan cadangan yang dikemukakan yang dengan jelas menyatakan “KERAJAAN PERPADUAN”. Bukankah selama ini semenjak merdeka, Kerajaan Malaysia adalah kerajaan perpaduan yang terdiri daripada berbilang kaum. Adakah UMNO mempunyai AGENDA yang lain dengan cadangan yang dikemukakan oleh PAS?

Keempat : Sebabnya PAS tidak mahu meneruskan cadangan tersebut adalah disebabkan UMNO telah memutarbelitkan cadangan tersebut dan terkeluar dari landasan cadangan tersebut. Perbezaannya ketara di antara “Kerajaan Perpaduan” dengan “Perpaduan Melayu”. Yang dimaksudkan oleh PAS adalah kerajaan perpaduan dan bukannya perpaduan Melayu. Orang-orang Melayu di dalam PAS bersatu dan bukan UMNO yang senantiasa bergolak disebabkan perebutan nama, pangkat, kuasa dan kekayaan termasuk kepentingan sendiri.

Kelima : UMNO sedar bahawa ia termasuk Barisan Nasional sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat Malaysia. Jalan yang mudah bagi mereka untuk terus memerintah adalah menjadi “BATU API” didalam Pakatan Rakyat. Mereka bersungguh untuk memastikan Pakatan Rakyat berpecah dan ini adalah kepakaran mereka, setelah mereka berjaya memecah belahkan parti-parti di dalam Barisan Nasional.

Keenam : UMNO adalah Munafik atau Syaitan yang berpura-pura hendak berkerjasama dengan PAS, sedangkan dasar perjuangan PAS yang mahu menegakkan Syiar Islam iaitu mewujudkan Kerajaan Islam dan berpegang kepada Hukum Hudud telah ditolak oleh UMNO. (hukum HUDUD adalah hukum ALQURAN.....menolak HUDUD sama ertinya menolak ALQURAN).

RUMUSAN : BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA........KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN........MASIH BELUM TERLAMBAT BAGI UMNO UNTUK BERTAUBAT DAN INSAF.

SHI
PKR.N9 JELEBU

AKTA CUTI SEHARI DALAM SEMINGGU UNTUK PEMBANTU RUMAH ASING : BUKTI KEGAGALAN POLISI KERAJAAN BN

Kenyataan Menteri Sumber Manusia; Datuk Dr. S . Subramaniam bahawa akta untuk membolehkan pembantu rumah asing diberi cuti sehari dalam seminggu, akan dibentangkan pada bulan Oktober ini, adalah seperti melepaskan batuk di tangga.

Usaha ini adalah reaktif kepada Laporan Pemerdagangan Manusia tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Kerajaan Amerika Syarikat di mana Malaysia diletakkan ke tangga terbawah dari segi unsur-unsur pemerdagangan manusia.

Malaysia didapati memberi layanan buruk kepada pekerja-pekerja asing di mana pembantu rumah asing dikehendaki bekerja dalam tempoh yang panjang (14 hingga 18 jjam sehari) 7 hari seminggu. Perkara ini sudah lama berlaku. Kenapa baru sekarang Menteri Sumber manusia mahu memperbaiki keadaan?

Wanita KEADILAN khuatir usaha ini cuma sekadar melepaskan batuk di tangga kerana masih banyak lagi syarat pekerjaan yang minima tetapi gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Contohnya, pasport pembantu rumah masih lagi disimpan oleh majikan dan upah atau gaji mereka tidak dibayar terus tetapi melalui agensi pemgambilan.

Kerajaan Malaysia tidak mematuhi piawai minima antarabangsa untuk membasmi pemerdagangan manusia. Ini bukan sahaja memburukkan imej negara di mata dunia tetapi juga boleh membawa kesan masalah-masalah lain jika keadaan ini dibiarkan berlarutan.


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Wednesday, June 24, 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_

Fantasi Kerajaan Perpaduan UMNO Berkubur

DEMI kepentingan nasional, mungkin; namun untuk memenuhi keperluan Barisan Nasional (BN), mustahil. Demikian tegas dan jelasnya pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu kerjasama dengan BN

Seharusnya ketegasan ini dapat menyimpulkan betapa kukuhnya tautan semangat, azam dan wawasan di kalangan saf kepemimpinan Pakatan Rakyat. Walau cuba disergap dengan silap mata media bahwa ada kecenderungan di kalangan komponen Pakatan Rakyat untuk bekerjasama hatta menubuhkan Kerajaan Perpaduan, mereka tidak mudah keliru atau hilangan kawalan.

Memang benar Presiden Pas, Hadi Awang ada mengisytiharkan kesediaan partinya untuk bersemuka dengan mana-mana pihak, termasuk Umno dan BN. Namun itu adalah langkah untuk mencari perpaduan dan kesepakatan dalam hal kepentingan rakyat. Maka apa yang dimaksudkan oleh Hadi sengaja dimanipulasi untuk mengatakan beliau mahu dan bersedia berunding menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Jauh panggang dari api!

Memang begitu lazim politik. Sepotong ayat boleh ditafsir beberapa lapis makna dan maksud. Bagaimanapun kali ini, kebeningan perjuangan dan matlamat politik Pakatan Rakyat amat menyerlah. Sidang media bersama di antara Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang di bangunan Parlimen 22 Jun lalu benar-benar menjadi obor yang benderang bagi semua.

BN seharusnya dapat dipimpin oleh obor perjuangan Pakatan Rakyat yang cukup terang ini. Obor ini dinyalakan oleh keikhlasan dan ketelusan. Kenyataan Hadi diapi-apikan oleh pihak tertentu, terutamanya media arus perdana untuk menggerhanakan hubungan dan juga melakar keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Lelucon ini sudah tentunya untuk memenuhi keperluan dan kepentingan BN terutamanya Umno yang hayat politiknya tinggal “nyawa-nyawa ikan”. Betapa tidaknya, tiap kali Umno bersuara politik, rakyat, khususnya orang Melayu sukar mempercayainya. Namun sebagai badan politik Umno masih perlu terus bersuara; tidak kira dalam isu apa jua. Malangnya, suara Umno sering sumbang dan serba tidak kena.

Inilah sahaja pilihan yang ada dan yang mampu dilakukan Umno. Ia berharap suara ini akan kelihatan sebagai satu realiti dan bukan fantasi. Maka diciptakanlah impian sebuah Kerajaan Perpaduan. Konsep ini dijaja sebagai bertolak daripada keperluan dan kepentingan nasional. Bagi yang lemah semangat dan lemah daya penakulan politik, impian ini akan segera mendorong mereka untuk menjadikannya realiti. Oleh itu mereka akan mudah menggerakkan dayausaha untuk menyokong pelaku-pelaku projek Kerajaan Perpaduan supaya menjadikannya satu kenyataan.

Ini sebenarnya matlamat Umno dan Barisan Nasional. Ia ingin menggerakkan naluri massa supaya “memaksa” dan “menekan” setiap aktor dalam rundingan Kerajaan Perpaduan dengan memberikan sokongan kepada mereka. Melalui jalan ini Umno berharap rakyat akan terpandang kembali akan kewujudan Umno dan memberi sokongan kepadanya supaya menjadikan impian Kerajaan Perpaduan satu kejayaan.

Sebagai satu strategi politik, pendekatan Umno-BN ini bertujuan serampang dua mata. Pada satu perspektif ia mahu mengabsahkan kewujudan Umno-BN dan pada dimensi lain, ia diharap dapat mengkucar-kacirkan saf pimpinan Pakatan Rakyat dan meleburkan perpaduan di kalangan penyokongnya.

Umpan Umno-BN ini tidak mengena. Majlis Pimpinan Perpaduan Rakyat adalah lebih berwibawa dan bijaksana daripada apa yang dapat dibaca oleh Umno-BN serta pakar strategi medianya. Meskipun pada pusingan awalnya kelihatan apa yang dirancang Umno-BN ini hampir berjaya, namun kecekapan, kecekalan dan hemah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengatasi semuanya.

Sekaligus ini membuktikan bahawa mungkin pada usianya, majlis ini boleh dianggap terlalu muda namun hakikatnya ia sudah jauh melepasi umur pembentukan atau formatifnya. Majlis ini dengan tenang dan bergaya mengisytiharkan kepada kawan dan lawan bahawa ia adalah satu entiti yang sarat dengan integriti dan berhemah tinggi. Pakatan Rakyat makin popular di mata rakyat. Kenyataan ini amat sukar dan tidak dapat dihadami oleh naluri BN. Deklarasi 22 Jun yang dibuat di bangunan Parlimen adalah amat simbolik. Inilah pakatan kental yang layak menguasai dan mewarisi demokrasi Malaysia pada waktu yang terdekat ini.

Panggilan Saiful ke Mindef

dipetik dari Suara Keadilan Online.

Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Utama
Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.

Monday, June 22, 2009

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

----------------------------------------------------------------------------------
Pakatan Rakyat Stand on Unity Government


The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:

1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.

2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat

3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

RAIS YATIM-Jangan Mengukur Orang Lain Seperti Diri Sendiri.


Oleh Ibrahim Yusof
Ketua Penerangan
PKR Negeri Sembilan.

Coretan kali ini menyentuh ungkapan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Dato’ Seri Rais Yatim yang berbunyi “seseorang yang berpangkat dalam organisasi masing-masing takut hilang pangkatnya, ini sebenarnya yang ditakuti oleh mereka”. Beliau mengulas demikian ketika mengkritik Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang menolak konsep ‘Kerajaan Perpaduan-Umno PAS’ seperti yang hangat dibincangkan sekarang.


Teringat saya akan pantun dua kerat warisan kesenian dan kebudayaan kita;

‘Mengata dulang paku serpih,

Mengata orang dia yang lebih…’


Adapun perilaku Dato’ Seri Rais ini adalah mirip sangat dengan pantun di atas. Betapa tidaknya, dahulu dalam Semangat 46 sekonyong-konyong dia “MEMBAKAR JAMBATAN” takut ‘hilang pengikutnya’ kerana ‘ombak’ semangat untuk menjatuhkan Dr. Mahathir pada waktu itu amat ketara sekali.


Tiba-tiba Semangat 46 kalah, dia ‘rujuk’ semula ke ribaan Dr. Mahathir juga kerana ‘gilakan’ pangkatnya. Dia ketika itu melupakan ‘jambatan yang dibakarnya’. Tatkala umat Melayu berpecah ketika itu, dia menjadi juara untuk menghancur-leburkan lagi umat Melayu. Dan saya tidak faham sebenarnya dengan sikap Dato’ Seri Rais ini.


Adakah dia cuba menunjukkan kepada seluruh rakyat di Malaysia bahawa rakyat telah lupa ini semua atau dia sendiri yang sudah TERLALU TUA dan SANGAT PELUPA!!!


Dalam situasi sebegini, pesan orang tua-tua dahulu-‘cerminlah diri dulu’ dan ‘jangan mengukur orang lain seperti diri sendiri’. Kalau Dato’ Nik Aziz dikenali sebagai seorang pemimpin yang zuhud dan konsisten dalam prinsipnya-janganlah pula Dato’ Seri Rais cemburu kerana dia tidak mempunyai ‘kareaktor’ sedemikian. Lebih tidak molek lagi jika dia cuba pula memberi nasihat. Ianya ibarat ‘menyelam teras terendam’. Dia sangkakan kayu yang terendam di air itu lembut TETAPI terhantuk kepala berdarah kerana ianya keras.


Sesungguhnya ‘perpaduan’ itu datang daripada suku kata ‘PADU’, ertinya kuat, ampuh atau tidak boleh diganggu gugat. Sekiranya ‘kerajaan perpaduan’ yang diinginkan oleh Rais dan Najib serta pemimpin Umno lain itu bertentangan dengan maksud dan hakikat istilah itu sendiri tentulah ianya ditentang oleh pemimpin warak seperti Dato’ Nik Aziz! Betapa tidaknya konsep kerajaan perpaduan Umno PAS itu mengguris MCA, melukakan MIC dan mencederakan Gerakan.


Lagi pun jika kita hendak ‘bersatu’ umpama orang hendak berkahwin-kena lihat dahulu agamanya, akhlaknya, keluarganya. Kalau orang nak dipinang kata Dato’ Seri Najib kena risik-risik dulu. Soalnya, mungkin Tok Guru Nik Aziz dah risik pihak yang hendak dijodohkan ini-agamanya rosak, akhlaknya buruk, keluarganya nanar. Lepas tu sebelah keluarganya seperti Pak MCA, Pak MIC, Pak Gerakan tak setuju. Jadi macam mana nak bersatu dan berpadu???


Lagi pun Rais dan Najib tak perasan ke yang sebenarnya konsep itu bertentangan sama sekali dengan angan-angan Satu Malaysia yang dilaung-laungkannya itu. Itu pasallah Dato’ Nik Aziz berpendirian begitu.


Jadi, kalau nak jadi pemimpin kenalah pimpin rakyat dengan jelas dan terang. Visinya jangan keliru. Kalau Satu Malaysia maknanya mesti ambil kira semua kaum dan pihak di negara ini. Kalau sistem Satu Malaysia mesti seragam aturannya baik mahkamahnya, polisnya, keadilannya, media massanya, amalan politiknya dan sebagainya.


Jangan jadi Satu Malaysia berat sebelah. TV, media dan peruntukkannya-untuk Umno lain untuk rakyat Malaysia lain. Perpaduan untuk Malaysia lain, kaum lain berbeza pula. Islam BN lain, Islam PAS lain-seperti yang digambarkan oleh media milik BN! Ini bukan perpaduan, ini mengundang kemarahan rakyat seperti mana berlaku di Perak.


Justeru itu, Nik Aziz mungkin telah tahu hukum di antara HARUS, HARAM dan HALAL, sedangkan Dato’ Seri Rais hanya tahu ‘the art of possiblelity’ bergurukan Michilevelli menghalalkan cara mencapai matlamat. Atau agaknya dia hanya menghafal pantun ini;

Kalau mencari tempat mandi,

Pertama teluk kedua pantai,

Kalau mencari calon menteri,

Pertama elok kedua pandai…

Atau dia terlupa pantun ini!?

Terahum tera jana,

Lagu Hindustan tidak tahu,

Pertama jalan terkena,

Kedua jalan tahu…


HIDUP RAKYAT!

Thursday, June 18, 2009

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Wed | Jun 17, 09 | 4:18:25 pm MYT
KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _

Wednesday, June 17, 2009

Umno yang menjahanamkan tanah Melayu!!!


dipetik daripada Chegubard.blogspot.com

Seramai 47 pemilik tanah adat yang terbabit dengan pembinaan landasan kereta api berkembar menyatakan pendirian tidak akan berpindah sekiranya tuntutan mereka mendapat ganti rugi setimpal serta tanah gantian, tidak dipenuhi.

Kesemua mereka membabitkan tiga kampung di sini sepakat supaya kerajaan mengambil kira tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum pengambilan tanah itu boleh dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tiga kampung terbabit , Kampung Chembong Halt, Waris Tebat dan dan Chuai Hilir, di sini.

Mereka menuntut nilai ganti rugi haruslah setimpal dengan harga semasa tanah dan rumah ataupun setidak-tidaknya memindahkan mereka ke satu kawasan tanah yang lebih baik sebagai perpindahan baru.

Wakil penduduk, Che Tak Amat berkata, pendirian yang diambil adalah untuk menuntut hak mereka sebagai tuan tanah yang selama ini merasakan diri diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menurutnya, nilai ganti rugi yang akan dibayar ternyata tidak setimpal sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan menganggap pihak terbabit mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan.

“Nilai yang ditafsirkan terlalu rendah berbanding nilai pihak swasta yang dilantik. Kami penduduk kampung tidak akan berganjak sekiranya ganti rugi yang dibayar ini tidak setimpal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pertemuan dengan penduduk kampung Waris Tebat, di sini semalam.

Pada pertemuan itu, lebih 12 wakil penduduk kampung hadir bersama Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Che Tak, sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan pihak KTMB itu, ia bukan saja merupakan kerugian besar buat pemilik tanah terbabit, tetapi mereka mungkin menghadapi masalah untuk membeli tanah atau rumah lain kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Seandainya penduduk bersetuju dengan ganti rugi yang mereka mahu berikan itu, ia sememangnya tidak mencukupi untuk mereka membeli tanah dan membina rumah kembali memandangkan harga yang diberikan terlalu rendah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bantahan penduduk itu bukan bererti mereka mahu menolak pembangunan, tetapi mereka juga perlu memikirkan diri mereka sendiri supaya pembangunan itu nanti tidak menindas serta mengetepikan hak mereka.

Sementara itu, beliau berkata, status pengambilan tanah itu juga menjadi tanda tanya berikutan belum ada sebarang notis perpindahan dan pembayaran yang bakal mereka terima.

“Apa yang saya harapkan pihak kerajaan campur tangan dengan memberikan kerjasama dan bantuan kepada penduduk dalam menuntut keadilan agar kami tidak teraniaya,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana nasib mereka itu didakwa tidak mendapat perhatian pemimpin setempat menyebabkan mereka berasa seolah-olah dianiaya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, pihaknya akan membantu penduduk di situ menuntut hak mereka menerusi memorandum akan dihantar ke Parlimen dan Istana menggesa kerajaan mengambil tindakan menyelesaikan masalah pemilik tanah itu segera.

Tuesday, June 16, 2009

Pindaan Perlembagaan PKR dilulus

Kongres khas PKR hari ini(13hb Jun 2009) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu "selepas pengiraan undi yang penuh emosi".

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan 'pengiraan undi penuh emosi' itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.

'Kemungkinan p'raya mengejut'

"Dengan sokongan jelas dan padu yang ditunjukkan dalam kongres ini, kepimpinan PKR bersedia membangun dan mengukuhkan parti demi menghadapi kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak dan Sarawak pada masa depan," kata Jonson.

Malaysiakini difahamkam, dalam perbahasan cadangan itu - yang tertutup kepada media - terdapat beberapa perwakilan tidak bersetuju dengan beberapa bahagian tertentu dalam cadangan pindaan itu.

Juga difahankan seorang perwakilan menyifatkan pertukaran nama bahagian dan cawangan kepada cabang dan ranting "tidak bersifat progresif".

Beliau sebaliknya mencadangkan istilah zon dan kawasan. Ucapan itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Seorang lagi perwakilan dikatakan meminta cadangan had umur keanggotaan Angkatan Muda PKR diturunkan daripada 40 sehingga 35 tahun ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia belum sesuai dilaksanakan lagi buat masa ini.

Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.

SOAL-JAWAB DENGAN DR SYED HUSIN ALI TENTANG CHIN PENG

SOALAN 1: Haruskah Chin Peng diberi peluang pulang ke Malaysia? Apakah sebabnya?

JAWAB: Sangat aneh soal Chin Peng ini dibesar-besarkan sebelum, semasa dan selepas PM Najib melawat negara China komunis. Lebih aneh lagi kenapa Chin Peng hendak disekat pulang kerana Abdullah C.D., Pengerusi PKM,pernah diraikan oleh Sultan Azlan Perak dan Rashid Maidin, seorang pemimpin PKM terkenal, pernah diterima bertemu dengan bekas PM Mahathir, sebelum mereka berangkat ke Mekah beberapa tahun lalu. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diampunkan. Tun Daim dan beberpa pemimpin Umno pula diketahui melawat tempat kediaman sebuah pasukan PKM yang diketuai Rashid Maidin dan menghulurkan derma untuk membina surau mereka. Adakah sekiranya Chin Peng Melayu sikap dan layanan terhadapnya akan berlainan?

Kita tahu Chin Peng sudah berumur 84 tahun. PKM telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 dan meletakkan senjata. Bahkan mereka memusnahkan senjata mereka, berikutan perjanjian itu. Pengaruh komunisme di Malaysia dan di seluruh dunia merosot, jadi saya tidak nampak Chin Peng boleh menimbulkan masalah keselamatan. Mungkin masalah yang ditimbulkan oleh penjenayah-penjenayah sekarang lebih mengancam.

Benar, ada juga keganasan serta kezaliman yang pernah dilakukan oleh sesetengah anasir komunis. Tetapi bukankah penjajah British dan Fasis Jepun juga banyak melakukan kezaliman ke atas rakyat negara kita ini? Mengapakah mereka mudah saja dimaafkan bahkan dijadikan teladan? Kenapa tidak ada tindakan terhadap tentera British yang membunuh beramai-ramai rakyat tidak berdosa di Batangkali dulu, misalnya? Kenapa tiada bantahan terhadap tentera fasis Jepun yang menjadikan ramai wanita sebagai hamba sex?

Jikalau kita boleh memaafkan anasir-anasir zalim penjajah dan fasis tersebut, dan meraikan para pemimpin PKM yang lain, kenapa masih dendam kesumat terhadap Chin Peng? Beliau memimpin PKM berperang gerila terhadap penjajah Inggeris. Ramai tentera British beserta tentera Gurkha, Fiji dan Kenya yang berkhidmat dengan British turut terbunuh. Mereka mempertahan kepentingan penjajah British di Malaya ketika itu.
Begitu jugalah ramai tentera dan polis Melayu dan sebilangan kecil bukan Melayu yang terpaksa bekerja dengan British untuk menyara hidup.Secara disedari atau tidak mereka mula-mula mempertahan kepentingan penjajah British. Ada yang terbunuh ataupun tercedera. Begitulah akibat peperangan. Sudah tentu kita bersimpati penuh kepada keluarga mereka yang terbunuh itu. Peranan mereka dalam sejarahpun perlu dinilai.



SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?

JAWAPAN: Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Tun Ismail, bekas TPM, dalam sebuah ucapan sewaktu menerima ijazah kehormat dari USM pada bulan Jun 1973, jikalu tidak silap. Beliau mengakui setiap golongan telah memberikan sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan. Ini termasuk golongan kiri. Pada pendapat saya, perjuangan bersenjata PKM menentang penjajah British telah menolong mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.

Saya membaca bahawa semasa perbincangan perjanjian perdamaian, perwakilan PKM minta supaya dirakamkan peranan parti itu dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun semasa rundingan ketua perwkilan Malaysia mengakui peranan PKM, tetapi perwakilan Malaysia tidak bersetuju ini dimasukkan ke dalam teks perjanjian. Akhirnya disetujui oleh pihak perwakilan Malaysia supaya perkara ini diserahkan untuk dibincang dan ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan lain-lain. Sepatutnya sekarang ini kita memulakan dan membenarkan proses kajian dan perbincangan akademik yang objektif.



SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?

JAWAPAN: Selain dari cuba mengalihkan pandangan rakyat dari pelbagai isu yang dihadapi serta menghantui Najib dan kerajaan dipimpinnya sekarang, seperti kemelesetan ekonomi, kemelut negeri Perak, pembunuhan Altantuya, mungkin ada satu lagi perkara lebih besar.

Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak keCinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

DESAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP SUMBANGAN WANG DARI MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN KEPADA SPRM

dipetik daripada chegubard.blogspot.com

Kenyataan Media
12 Jun 2009


Kami punya maklumat Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menghantar sepucuk surat untuk memohon sumbangan menampung perbelanjaan kewangan dan seumpamanya bagi menghantar kakitanganya untuk menyertai pertandingan sukan yang diadakan pada 11 – 16 Jun 2009.
Menteri Besar Negeri Sembilan telah memberikan RM 20,000 berbentuk cek (selain itu tidak dapat dipastikan) dan telah dimasukkan ke akaun Kelab Sukan SPRM NS di Bank Islam, Seremban dan kini cek tersebut telah ditunaikan.

Ini jelas melanggari etika. Memohon, menyumbang dan menerima sumbangan ini telah menjadi kesalahan dari segi etika. Menteri Besar Negeri Sembilan dan SPRM mempunyai pertembungan kepentingan (conflict of interest).

Contohnya, andaikan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan sebuah negeri memohon bantuan kewangan dari sebuah syarikat pengangkutan untuk aktiviti kakitanganya, dan sumbangan diberikan dalam jumlah yang besar, bukankah selepas itu anggota JPJ setempat mengalami masalah 'serba salah' dalam menjalankan tanggungjawab.

Begitulah contohnya. Menurut maklumat yang diterima ini bukanlah kali pertama berlaku. Jika ini berlaku dalam organisasi lain sudah pasti sibuk pegawai tinggi SPRM mengerahkan kakitangan mereka menyiasat itu dan ini. Membuat kenyataan terbuka dan sebagainya menunjukkan mereka kononya telus dan bersungguh membuat kerja.

Namun apa yang berlaku ini merupakan amalan dan contoh yang sungguh salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Maka bukanlah persepsi yang salah mengatakan hampir semua kes yang dibangkitkan dalam laporan rasuah terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan berkesudahan dengan kes ditutup.

Terlalu banyak laporan 'rasuah dan salah guna kuasa' telah dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dari laporan campur tangan adik beradiknya dalam pentadbiran kerajaan, salah guna kuasa, politik wang beliau dan kawan – kawanya langsung seolah tidak mendapat perhatian dan disenyapkan. Laporan bukan sahaja diajukan oleh individu atau kumpulan yang dikenali sebagai pembangkang tetapi mereka yang juga dari kumpulan 'kerajaan' juga tidak dilayan.

Tindakan segera harus diambil !

Zaid: Pakatan Rakyat Tawar Wadah Terbaik Untuk Rakyat

Bekas tokoh UMNO Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menawarkan wadah terbaik untuk membela rakyat tetapi gagasan itu harus meningkatkan kerjasama bagi memastikan gagasan itu menjadi lebih kuat, mantap dan berwibawa.

Dalam wawancara khas dengan Suara Keadilan, Datuk Zaid berkata mesyuarat bulanan antara pucuk pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP, umpamanya banyak membantu meningkatkan persefahaman dalam Pakatan dan membolehkan ia bergerak cergas sebagai satu entiti bersepadu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah tokoh terbaru menyertai PKR dan berhasrat turun padang bagi membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai gerakan lebih dinamis dan bebas dari tidak sentimen perkauman.

“Pemimpin Pakatan Rakyat mestilah lebih mesra diantara satu sama lain. Ini kerana kita umpama dalam satu perahu di mana perjalanan kita masih jauh dan destinasi kita juga masih jauh. Jadi untuk berjaya sampai ke destinasi kita mesti kurangkan pergeseran sama sendiri, sesama parti dan sesama ahli,” kata Zaid.

“Cara pertama kita boleh mulakan ialah melalui mesyuarat dan perjumpaan sekerap mungkin. Bagi saya lebih baik kita berkelahi dalam bilik daripada di luar. Saya berpendapat mesyuarat pucuk pimpinan parti sebulan sekali yang lebih berstruktur adalah penting, “ tambah beliau.

Zaid berkata Pakatan Rakyat harus memperkukuhkan imejnya sebagai alternatif yang boleh menjadi tonggak sandaran rakyat, menggantikan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan.

Beliau berkata perbedaan pendapat antara parti dalam gagasan itu harus dilihat dalam konteks yang betul. Yang lebih penting iltizam ketiga-tiga parti terbabit untuk membina dan mengukuhkan kerjasama antara mereka.

“ Kita mesti ingat permasalahan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah kerana ia hendak bersama-sama dan juga ia baru bekerjasama memerintah dibeberapa negeri. Oleh itu kita mesti berkawan rapat pada peringkat pimpinan, mesti selalu berjumpa dan bertukat pendapat,” kata Zaid.

“Langkah pertama ialah merapatkan hubungan dan daripada itu baru timbul persahabatan dan kepercayaan. Pakatan Rakyat bukan sekadar kerjasama pilihan raya tetapi ia lebih daripada itu,” tegas Zaid.

Beliau bersetuju dengan usul PAS pada muktamar parti minggu lalu yang mahukan Pakatan Rakyat didaftar sebagai sebuah entiti rasmi.

“Pakatan Rakyat perlu struktur yang lebih formal dan kalau kita layak dari segi undang-undang kita harus daftarkan. Ini akan memperkuatkan jentera dan organisasi. Kita akan dapat berkongsi sumber dan dengan ini kita boleh membina satu jenama baru,” kata Zaid.

“Penjenamaan amat penting dalam zaman sekarang kerana ini melibatkan persepsi orang ramai yang ingin tahu apakah itu Pakatan Rakyat. Alangkah lebih baik kalau orang melihat Pakatan Rakyat ini sebagai satu parti politik yang matang yang liberal, adil dan diterima sebahagian besar rakyat.

Beliau berkata gagasan itu perlu terus mendekati rakyat secara lebih tersusun dengan dasar dan pegangan yang jelas serta didokong bersama.

“Kalau kita hendak pamerkan keupayaaan kita memerintah Malaysia secara simbol tidak mencukupi, kita perlu ketengahkan siapa pemimpin kita, apakah dasar-dasar pembangunan, ekonomi, kewangan, pembangunan luar bandar, hubungan kaum. Semua ini kita perlukan menyatakan dengan lebih bernas dan kemas,” tambah Zaid.

Zaid berkata Pakatan Rakyat harus mengelak daripada terjebak dalam kerangka politik perkauman Barisan Nasional yang lebih bersifat elitist dan tidak lagi bertunjangkan kepentingan rakyat.

“Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa negara ini adalah sebuah negara demokratik dan kita terima kepelbagaian. Apabila kita terima kepelbagaian ini, tidak perlu kita disatukan dalam satu kerangka. Kerangka kita ialah kepelbagaian, itulah sebenarnya perpaduan kita,” kata beliau.

“Umno tidak tahu atau tidak boleh terima kerangka ini maka timbullah “Ketuanan Melayu”,(dan pada masa sama) “Satu Malaysia. Ini menunjukkan kecetekan fahaman dan ketidakyakinan apakah bentuk konsep politik yang mereka hendak perjuangkan.

“Umno tidak ada “reality check”. Agak rumit mereka membuat perubahan sebab mereka tidak mahu menerima sesuatu yang jelas kerana mereka menolak realiti politik sekarang,” kata Zaid.

Zaid berkata beliau mendokong perjuangan PKR setelah mengikuti kerjasama erat antara pemimpin Pakatan Rakyat dan juga di peringkat akar umbi pada beberapa pilihan raya kecil lalu.

“Saya amat tertarik kepada kerjasama politik baru yang didokong bersama oleh PKR, PAS dan DAP. Ini adalah fenomena baru dalam sejarah politik tanahair. Seperti yang kita lihat dalam PRU 2008, ketiga-tiga parti ini boleh mencapai persefahaman mengenai isu kerusi, calon, dasar dan mampu mengatasi pelbagai taktik yang diguna oleh BN untuk memecahbelahkan mereka, “kata Zaid.

“Bagi saya ini adalah satu kekuatan. Ia memberi rangsangan kepada saya khususnya apabila saya melihat ahli-ahli parti bekerja bersungguh-sungguh untuk Pakatan Rakyat. Orang Cina tolong PAS kutip derma dan orang Cina bantu PKR. Dalam BN, masing-masing buat kerja masing-masing, tidak ada “team work” seumpama ini,” jelas Zaid.

Zaid berkata beliau berharap dalam membantu memperkasakan jentera Pakatan Rakyat itu dengan “menguatkan hubungan ahli dan membina kapasiti dengan menggembeling kekuatan dalaman PKR, PAS dan DAP.”

“ Melalui cara ini kita mampu menghimpun kekuatan kita dan memperkuatkan keupayaaan jentera parti. Saya amat yakin Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang besar,” tambah Zaid.

Beliau berkata PKR mempunyai keupayaan berlipat ganda untuk muncul sebagai gagasan yang menawarkan harapan politik baru kepada rakyat Malaysia.

“Jika kita boleh memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada, PKR, PAS dan DAP akan lebih kuat , sehingga 1+1+1 jadi 6 bukan 1+1+1 jadi 3,” tambah Zaid.

Menyentuh mengenai beberapa pindaan penting dalam perlembagaan PKR yang diluluskan oleh perwakilan parti baru-baru ini bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyambut baik langkah yang dianggap memperkasakan ahli pada peringkat akar umbi.

“Memperkasakan ahli adalah penting kerana apabila ahli merasa mereka ada peranan dalam memilih pucuk pimpinan parti maka mereka terdorong untuk bekerja lebih kuat sebab undi mereka akan menentukan masa depan parti dan negara,” ujar beliau.

KERAJAAN PERPADUAN YANG DIINGINKAN


Sekonyong-konyong rakyat Malaysia dinanyikan pula dengan konsep baru politik negara yang kononnya bernama ‘Kerajaan Perpaduan’.

Tatkala berlangsungnya muktamar PAS media milik pusaka BN menyebarluaskan konsep ini untuk mendapatkan ‘political mileage’ daripada rakyat. Almaklumlah sekarang ini UMNO/BN tidak mempunyai isu politik untuk menarik perhatian rakyat . Maka setelah dikumpulkan segera ahli nujum negar, isu ini difikirkan amat sesuai digunakan sebagai ‘political solution’ mungkin untuk ditayangkan kepada rakyat yang UMNO di bawah kepimpinan Najib bersedia berbuat apa sahaja untuk membela orang Melayu. Dalam masa yang sama mereka dapat menyalakan ‘api petrol’ di antara parti-parti gabungan Pakatan Rakyat!.

Maka dengan itu, media pusaka milik BN pun memetiklah ulasan-ulasan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM Najib, TPM Muhyidin dan sekonyong-konyong menjadi cukup prihatin dengan PAS sehingga muktamar PAS mendapat liputan yang agak istimewa kali ini.

Di kalangan rakyat memang ramai yang terkeliru dan tertanya-tanya apakah plot drama politik ini cerita benar atau rekaan semata-mata dan tidak kena-mengena sama ada dengan yang hidup atau yang mati.

Di kalangan pemerhati politik pula meneka-neka apakah ‘political solution’ ini akan memihak kepada UMNO BN atau meranapkan gelombang kebangkitan rakyat dalam Pakatan Rakyat. Atau apakah ‘game’ ini akan berakhir dengan UMNO ‘terperangkap’ sekali lagi dalam kemelut politik sepertimana yang mereka alami dalam dilemma politik di Perak?
Sedangkan PKR melalui ketua umumnya DSAI telah menafikan isu ‘Kerajaan Perpaduan’ ini atas sifatnya sebagai moderator Pakatan Rakyat. Tuan Guru Nik Aziz begitu marah dengan ‘agenda UMNO’ ini katanya. Sementara Karpal Singh dan pemimpin DAP pula sekeras-kerasnya menentang. Tuan Guru Hadi Awang pula begitu ‘bergaya’ menguasai ‘game’ baru ini. Cuma kita lihat pemimpin-pemimpin UMNO begitu ‘berharap’ nampaknya dengan keyakinan yang terketar-ketar. Sementara MCA dan GERAKAN serta MIC mula curiga.

Apa pilihan UMNO sekarang? Kalau diumpamakan misal, andaikata ini terjadi UMNO akan ‘survive’ tetapi MCA, Gerakan dan MIC akan kehilangan pengaruhnya di kalangan pengikut Cina dan India. Sekiranya tidak terjadi bagai dikata orang Melayu akan berpaling daripada UMNO dan bertaut kepada PAS dan PKR! Jadi tolak campur darab tambah kali ini bukan congak politik bijak untuk UMNO.

Betapa tidaknya? Kerajaan perpaduan yang sebenarnya ialah kerajaan yang mengekalkan konsep perpaduan semua kaum di Malaysia. Negara kita yang tercinta ini terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan yang hakiki dan paling ideal untuk rakyat Malaysia ialah perpaduan semua kaum. Hanya dengan perpaduan tulen semua kaum barulah Malaysia dapat memacu ekonominya ke arah yang lebih gemilang. Sebaliknya jika rakyat di negara ini dihimpit oleh kesusahan dan kesengsaraan hidup maka tidak akan wujud keharmonian. Yang akan lahir ialah jenayah dimana-mana, keluarga akan terbiar, pelajaran anak-anak terabai, perceraian berleluasa, penipuan menjadi amalan, rasuah akan lebih subur, penindasan sosial akan berakar umbi, kecurigaan budaya akan berkembang-biak kedurjanaan agama akan menjadi amalan dan bermacam-macam masalah sosial, budaya, ekonomi dan agama akan bercambah dan meningkat.

Perpaduan yang sebenarnya dalam konteks di Malaysia ialah perpaduan semua kaum. Kekayaan yang dimiliki oleh negara ini hendaklah diurus dengan baik dan dinikmati oleh semua kaum. Potensi sumber manusia di negara ini hendaklah dipertingkatkan seoptimum mungkin melakari pendidikan dan latihan yang bersesuaian supaya tenaga rakyat di negara ini dapat disalurkan kepada kemantapan pertumbuhan ekonomi negara. Elemen-elemen yang menyebabkan kerugian kepada negara harus dikawal. Buruk sangka sesama rakyat harus dihapuskan.

Dengan itu, barulah lahir ‘perpaduan sejati’. Perpaduan sejati ini adakah hak sebenar rakyat Malaysia. Konsep perpaduan berdasarkan satu-satu kaum sahaja adalah warisan peninggalan penjajah yang belum dapat dikikis di dalam pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO. Yang akan subur jika konsep perpaduan satu kaum ini dilaksanakan ialah sikap angkuh dan sombong kaum itu sendiri. Sikap ‘ketuanan’ atau ‘bos’ ini nanti akan melahirkan ‘pekerja-pekerja’ atau ‘kuli-kuli’ yang suka mengipas dan membodek dan akhirnya bos itu sendiri yang ‘diakalkan’.

Islam mengajarkan kita mengutamakan akhlak di dalam hidup bermasyarakat. Mengutamakan jiran dan menganjurkan keamanan dan keselamatan. Oleh itu konsep perpaduan semua kaum adalah formula terbaik untuk membentuk negara yang gemilang.
Orang-orang Tiong Hua akan lebih selesa sekiranya birokrasi di dalam pentadbiran BN dapat dikurangkan untuk mereka lebih selesa berniaga atau ‘cari makan’. Mereka tidak akan terfikir atau berprasangka buruk terhadap orang Melayu. Sangkaan buruk perkauman ini telah tertanam sebelum penjajah dan selepas negara merdeka. Oleh itu, tidak hairan banyak kes-kes ekonomi dan soal keusahawanan bumiputera tidak terlerai sehingga sekarang walaupun dalam Dasar Ekonomi Baru usaha begitu giat dijalankan untuk memperkukuh ekonomi bumiputera. Tetapi hasilnya ternyata konsep DEB itu gagal melahirkan usahawan bumiputera yang berwibawa kerana tidak mendapat kerjasama daripada kaum yang menguasai sebahagian besar ekonomi negara iaitu kaum Cina. Konsep mesti melebarkan emosi kebencian kaum dengan menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang berteraskan Melayu sahaja?

Sementara orang Melayu yang rata-rata beragama Islam pula mereka mengamalkan konsep ‘mencari rezeki’ bukan ‘cari makan’. Mencari rezeki adalah ikhtiar yang berlandaskan kepada ketentuan dan takdir Allah S.W.T selebihnya orang-orang Islam adalah khalifah di bumi Allah S.W.T yang mengabdikan diri untuk ‘memakmurkan’ bumi ini. Menyuburkan semangat perkauman sempit adalah bertentangan dengan konsep kekhalifahan itu sendiri.

Jika orang Melayu mahu menjadi pemimpin di bumi Malaysia ini, pimpinlah kaum-kaum lain dengan konsep keadilan yang dituntut oleh Islam. Perjuangkan perpaduan untuk semua dengan penuh tawadu’ dan mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

Orang Islam adalah benteng kaum lain di negara ini. Islam ada dalam kaum lain. Islam bukan milik orang Melayu sahaja. Keadilan ada dalam Islam dan perpaduan ada penyelesaiannya dalam Islam.

Oleh itu, konsep politik masa depan di Malaysia adalah acuan baru yang menolak secara total konsep politik warisan penjajah. UMNO, MIC dan MCA adalah peninggalan penjajah. Pada waktu itu ianya digunakan untuk menundukkan British mengawal dan mengurus kaum-kaum di Malaysia. Ianya sudah tidak bersesuaian lagi dengan masa depan politik di Malaysia.

Terimalah hakikat yang Malaysia kini berpenduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Tidak ada tempat untuk politik perkauman bercambah dan berkembang-biak. Sekarang adalah masanya untuk melihat Malaysia sebagai model kesatuan bangsa dan negara yang kompleks di bawah satu bumbung. Naungan politik itu ialah politik baru ketuanan rakyat. Perpaduan yang hakiki ialah perpaduan semua bangsa dari Perlis ke Sarawak sepertimana konsep yang didukung oleh PKR!

Wednesday, June 10, 2009

PKR mahu jadi 'paling demokratik' di Malaysia

PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Naib presiden yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, R Sivarasa berkata, semua usul tersebut akan dibincang dan diluluskan dalam kongres khas sehari itu yang akan membabitkan perlembagaan parti.

Katanya, jawatankuasa tersebut ditubuhkan Oktober tahun lalu dan telah mengumpulkan maklum balas daripada negeri-negeri berhubung cadangan pindaan tersebut.

Sivarasa berkata, usul-usul tersebut adalah amat penting dalam memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti itu.

Ahli mencecah 300,000

Kongres tersebut akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.

Setakat ini, kata Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang, PKR mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.

"Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.

"(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia.

"Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti," katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden.

Katanya, tempoh tersebut dicadangkan hanya dihadkan kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

Sistem pemilihan

Berhubung tentang sistem pemilihan dalam parti pula, PKR akan mengadakan pemilihan yang bebas dan akan menginstitusikan amalan undi sulit dalam parti.

"Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti," katanya.

Sehubungan itu, kata Sivarasa, pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.

Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.

Ganti istilah

"Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana PKR benar-benar mahu mejadikan sebuah parti yang bersifat nasional," kata Sivarasa sambil menambah PKR kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih "progresif dan saksama".

"Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal," katanya.

Menurut Sivarasa, PKR juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, kepada tujuh orang.

Setakat ini, PKR mempunyai lima orang naib presiden.

PKR menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.

KEADILAN’s Supreme Council Proposes New Constitutional Amendments

Date: 10 June 2009



MEDIA STATEMENT

FOR IMMEDIATE RELEASE


On Saturday, 13th June, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) will hold an Extraordinary National Congress (Kongres Nasional Khas) to discuss and approve some far-reaching amendments to its current party constitution.

Amongst the proposed amendments are a proposal is to transfer and broaden the right to elect national leaders (including Youth and Women wings) from delegates at the National Congress to ordinary members of the Party who now number about 300,000. This move is to strengthen the practice of democracy within the party and to move the party in line with practice in mature democracies. It also reaffirms and underscores KEADILAN’s commitment to democratic reform and change at the national level of politics. Such a step will also help reduce and eliminate any unhealthy tendencies towards money politics and phantom branches as we have seen in some political parties in Malaysia. If this amendment is approved, KEADILAN will be the first large political party in Malaysia to allow its members to decide the national leadership.

Further changes to strengthen democratic practice within the party are an amendment to limit the term of the President to three terms or nine years. The creation of an independent election supervising structure down to division level and also institutionalising the practice of secret balloting are also in the proposals. These will also strengthen the practice of democracy within the party.

The Youth wing is being revamped with an amendment to bring down the qualifying age to 35 years and below from the current limit of below 40 years. Its implementation, if approved, will however be staggered – with immediate effect for all appointed positions at all levels and overall implementation in the election year after the next i.e. is expected to be 2013 or earlier. This brings our Youth wing in line with internationally accepted standards for the definition of youth and to ensure that our youth wing leaders and membership reflect the aspirations of those 35 and below.

There is also an amendment to reflect the commitment of the party to strengthen the leadership of women in the party with a new clause that the party will implement a policy to ensure that at least 30 % of the leadership positions at all levels are occupied by women. Again, this will be ground-breaking as no other party has such an express commitment.

As KEADILAN is now possibly the only truly national party with organised structures in at least 190 divisions including Sabah and Sarawak, we are also modifying our party leadership structure to reflect our current role in national politics. For example, we are increasing our number of Vice Presidents from five to seven so that there is more scope for representation. Similar changes are being made for the Youth and Women’s wing. The state committees are also being modified for more flexibility.

We are also taking the opportunity to rebrand the terms used in the party structure to reflect terms that are progressive, and more egalitarian and to move away from terms associated with traditional party structures and feudal connotations. So “bahagian” will now be known as “cabang”, “cawangan” as “ranting”, “majlis pimpinan tertinggi” as “majlis pimpinan pusat” and “perhubungan negeri” as “majlis pimpinan negeri”.

Finally, we are streamlining the constitution to improve the administration of the party at all levels, enhance accountability and transparency, and also ensure that our internal discipline mechanisms are efficient and implemented fairly and justly.


SIVARASA RASIAH
Vice-President, Parti Keadilan Rakyat

Monday, June 8, 2009

Satu Lagi Projek Runtuhan BN-Alangkah Murahnya Harga Nyawa di Malaysia!



Berita menggemparkan mengenai runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu satu lagi projek runtuhan bangunan sepanjang 50 tahun lebih BN memerintah negara kita yang tercinta. Selepas tragedi Highland Tower sedikit masa dahulu, satu demi satu tragedi runtuhan bangunan dan kemudahan awam. Masih segar di ingatan tragedi Supermarket Jaya dan belum pun hilang ingatan tersebut runtuh pula stadium di Terengganu. Mujurlah taidak ada acara tatkala stadium itu runtuh. Respon spontan daripada Menteri Kerja Raya ialah tragedi ini amat memalukan negara.

Persoalannya sekarang ialah seluruh rakyat menerima 'takdir' ini dengan penuh tanda tanya dalam benak masing-masing. Memanglah 'yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk datang daripada manusia'. Persoalannya siapakah yang berlaku 'buruk' itu??

Dalam tamadun teknologi pembinaan, semua projek kejuruteraan telah dijamin keutuhannya. Kalau tidak intergriti dan kewibawaan para jurutera dan jurubina kita tidak akan diterima oleh masyarakat. Tetapi sosek-sosek yang didengar di dalam perbualan sama ada mereka yang pakar atau profesional mahupun dikalangan rakyat marhaen ialah menjadinya amalan tidak sihat dalam pemberian dan pelaksanaan semua projek yang dianugerahkan oleh BN.

Maka di sinilah relevannya kita mengkaji apa yang telah diutarakan oleh Pakatan Rakyat-iaitu pengasingan kuasa, ketelusan dan memerangi rasuah. Betapa tidaknya, sesuatu projek yang dibina jika mengikiut spesfikasi yang ditetapkan, tidak akan mengundang nathijah malang seperti ini. Namun berlakunya petaka adalah akibat elemen-elemen rasuah untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

Inilah asas punca kepada segala permasalahan pembangunan di negara ini. Apabila budaya rasuah yang menjadi amalan, ia akan melanda segenap aspek kehidupan masyarakat. Pembinaan budaya akan membentuk imej dan identiti bangsa. Pimpinan pula adalah golongan yang diberi amanah untuk membentuk rupa bangsa itu. Jadi patutkah pimpinan BN tidak mengakui kelemahan mereka!

Ironinya kita tidak pula ngeri dengan berita seperti ini walaupun ianya melihatkan nyawa manusia. Bahkan para pemimpin BN dengan bangganya selepas tragedi seperti ini akan mengumumkan suruhanjaya demi suruhanjaya kononnya sebagai tindakan proaktif kerajaan menangani masalah-masalah seperti ini.

Alangkah murahnya harga nyawa rakyat jika isu ini dibiarkan. Kini saban hari kita dengar nyawa rakyat Malaysia dijumpai di tepi-tepi longkang, dalam semak, dalam bungkusan sampah, di bawah besi-besi kenderaan, di bawah runtuhan bangunan waimma dibom oleh C4!!!

Aduhai, malangnya nasib rakyat Malaysia. Tatkala ini hanya satu ayat yang mampu menenangkan kerunsingan tersebut:-
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, melainkan bangsa itu sendiri yang menggubahnya".

Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian







6hb Jun 2009 / Sabtu
Kawasan Perindustrian Dioh


PKR Negeri Sembilan telah mengorak langkah awal dengan penuh keyakinan untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihanraya umum akan datang. Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian adalah antara usaha PKR Negeri Sembilan memperkemas dan memperkasa gerakan ke arah tujuan tersebut.

Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, pihak Perhubungan Negeri Sembilan telah merangka strategi tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Namun menurut beliau lagi, yang amat penting ialah Parti tidak lari daripada pokok perjuangan iaitu membela rakyat.

Berdasarkan kepada perkembangan politik akhir-akhir ini, menurut YB Telok Kemang itu, PKR telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan isu-isu rakyat dengan amat berkesan. Sementara rakyat pula telah semakin meluat melihat tingkah dan karenah pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sebenarnya masih di takuk lama walaupun cuba melaung-laungkan transformasi.

Transformasi bagi mereka hanya retorik. Tetapi bagi PKR dan Pakatan Rakyat tetap istiqamah di dalam memperjuangkan reformasi dan 'Keadilan Untuk Semua'.

Sementara Ketua Penerangan Negeri, saudara Ibrahim Yusof pula memberikan penerangan dan motivasi kepada ahli-ahli dan Jawatankuasa Bahagian Kuala Pilah mengenai pendekatan-pendekatan yang harus digunakan ke arah PRU ke 13. Beliau yang banyak mendedahkan isu-isu penting perjuangan PKR dan PR telah mengingatkan ahli-ahli akan prinsip-prinsip yang harus dijadikan budaya di dalam perjuangan PKR.

Mengupas mengenai perkembangan politik terkini beliau mengingatkan ahli-ahli yang PKR berada di landasan yang terbaik di persada politik negara.

Dalam program ini juga, Setiausaha Perhubungan Negeri-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Ketua Bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail turut berucap dan menekankan alkan peri pentingnya pentadbiran bahagian dimantapkan dengan memperkasakan keahlian.

Pada majlis tersebut, PKR Negeri Sembilan telah melancarkan kempen 'Ahli Seumur Hidup' dengan mensasarkan jumlah ahli seumur hidup seramai 5,000 ahli.

Nik Aziz: Kerajaan perpaduan 'mengarut'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang wakil Hamas, Palestin turut berucap di program yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Abdul Hadi semasa ucapan dasarnya menyentuh mengenai kesediaan berdialog dengan Umno dan menegaskan keperluan kerajaan perpaduan walaupun agenda itu dibantah dan tidak diterima oleh banyak kalangan dalam PAS.

Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan.

"(Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.

"(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya lagi.

Telur-telur penjajah

Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz.

Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

"Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini," katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain.

Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

"Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman.

"Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik," katanya.

"Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS)."

Friday, June 5, 2009

Surat terbuka buat MB NS dari che'GuBard isu tanah Rembau

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Bahagian
Parti Keadilan Rakyat Rembau
d/a ; Pusat Khidmat Rakyat Rembau
No.390, Taman Seri Rembau,
70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Tarikh : 3 Jun 2009

Kepada

YAB Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5 Blok B,Wisma Negeri,
70503 Seremban, Negeri Sembilan
melalui email : mbns@sukns.gov.my

YAB Datuk ;

RAYUAN PERTIMBANGAN SEMULA UNTUK DUDUK BERBINCANG DAN MENIMBANGKAN TUNTUTAN PENDUDUK YANG TERLIBAT DALAM PENGAMBILAIHAN TANAH OLEH KTM DI REMBAU.


Dengan segala hormat demi kepentingan rakyat terbanyak perkara di atas dirujuk.


Untuk pengetahuan YAB Datuk saya telah bertemu dengan wakil penduduk Kampung Waris Chembong, Kampung Chembong Halt dan Kampung Chuai yang terjejas dengan projek landasan keretapi berkembar. Tanah mereka akan diambil alih oleh KTM dalam masa terdekat.


Menurut mereka, yang terlibat tidak diberi ruang dan pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambil alihan tanah. Malah ada penduduk yang terlibat 'tidak berpendidikan' tinggi seolah tertipu dengan proses pengambil alihan paksa ini.


Mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak, melalui Jawatankuasa Bertindak ini mereka telah pergi ke semua pihak yang berkenaan malangnya bukan sahaja masalah mereka gagal ditangani tetapi ada pihak yang lansung tidak melayan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen kawasan tersebut juga seolah lepas tangan.


Sebagai latar belakang perkampungan disebut diatas telah diteroka oleh nenek moyang mereka seawal 500 tahun dahulu. Telapak yang semuanya terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.


Nilai adat, kehidupan harmoni yang berteraskan perpaduan masyarakat amat tinggi terpendam dalam kampung tersebut. Namun semuanya tergugat dengan surat 'ugutan' dan ambil paksa tanah kerana hendak membuat jalan keretapi.


Tuntutan mereka yang terbabit ialah gantikan dengan tanah yang sesuai luasnya,rumah (telapak) yang sesuai luasnya untuk keluarga besar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan mengekalkan kekuatan adat dan istiadat yang harus dipelihara.


Malangnya mereka dipaksa untuk menerima pampasan yang jauh (sehingga lebih 70%) lebih rendah dari nilai yang dibuat oleh jurunilai bertauliah. Jumlahnya bukan sahaja jauh tidak terbanding dengan nilai kehidupan tinggi yang terpendam di kampung ini, tetapi dari segi nilai kormesial juga jauh lebih rendah. Maka nilai pampasan yang diperolehi (antaranya RM1.10 sekaki) jauh memungkinkan mereka mencari tanah yang sesuai untuk menggantikan tanah adat pusaka keluarga.


Penduduk mengadu betapa mereka dilayan seolah setinggan. Tidak dilayan oleh pihak berkenaan dengan sempurna. Malah kerajaan negeri bersikap lepas tangan, dengan hanya mengatakan kononya ia projek persekutuan dan undang – undang membolehkan pengambil alihan paksa. Adakah YAB Datuk bersetuju undang – undang digunakan untuk menzalimi rakyat dan membunuh suasana harmoni beradat ?


YAB Datuk selaku Pengerusi Umno Negeri Sembilan seharusnya lebih prihatin. Bukankah Umno yang sering memanipulasikan isu ketuanan dan hak melayu sebagai modal politik untuk meraih sokongan.... ini sebenarnya hakikat isu Melayu... Tanah Adat / Tanah Rizab Melayu makin terhakis.... hilang tidak berganti....


Saya selaku pemimpin Pakatan Rakyat yang berakar bangsa Melayu mengecam tindakan dan keseombongan pihak berkenaan dengan ini mendesak YAB Datuk untuk memulakan usaha perbincangan semula dan memberhentikan pengambil alihan tanah tersebut secepat mungkin.


Jika YAB Datuk tidak tahu bagaimana hendak memulakan proses perbincangan dengan beradat dan beradab pihak saya bersedia menjadi orang tengahnya.


Sekian dan terima kasih.


BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
Ketua Bahagian
Parti Keadilan Negeri Sembilan.

Tuesday, June 2, 2009

PKR Jelebu menyeru Anak-anak Jelebu di luar daerah menjadi ahli PKR

Ketua Bahagian Jelebu menyeru ramai anak-anak Jelebu yang berhijrah ke bandar-bandar dan sebahagian besar kini telah berjaya membina kerjaya dan keluarga masing-masing supaya menyumbang buah fikiran, tenaga atau apa sahaja yang mereka miliki untuk membawa perubahan kepada kampung halaman mereka.

Ramai dikalangan anak-anak Jelebu yang berhijrah mempunyai kepakarn tertentu serta mempunyai pandangan tersendiri terhadap kampung halaman mereka. Impian mereka ini boleh diterjemahkan melalui PKR Bahagian Jelebu yang kini secara terbuka mempelawa sesiapa sahaja yang mempunyai idea-idea yang bernas dan membina demi kemajuan rakyat.

Dengan itu, PKR Jelebu menyarankan supaya mereka yang berminat menghubungi Ketua Bahagian, saudara Ibrahim Yusof melalui email: ibrahimyusof60@gmail.com / pkr.jelebu@gmail.com atau Setiausaha Bahagian, saudara Muhazzam Idris (012-260 0651)

Monday, June 1, 2009

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

“Saya akan syorkan supaya Dr. Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti,” katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

“Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.