Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air memberi kuasa kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri sebagai pemilik aset air negeri dan pelantikan dua pegawainya sebagai pentadbir konsesi air memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk memastikan perjalanan baik serta implementasi skim pemberian 20 meter padu air percuma mereka.
"Akta 655 (WSIA) mengatakan ia mesti diserahkan balik kepada kerajaan negeri.
"Seksyen 115 WSIA mengatakan akan menyerahkan kepada orang yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor dimiliki kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media.
Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA - setelah tiada penyelesaian pada 31 Disember 2013.
Khalid telah dikritik oleh ahli parti beliau sendiri yang berkata keputusan itu menimbulkan kebimbangan kuasa kerajaan negeri akan hilang.
Bekas exco Selangor Javier Jeyakumar 11 Januari lalu berkata seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan pemegang lesen air demi kepentingan negara.
"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).
"Disebutkan juga oleh seksyen tersebut bahawa pemegang lesen tadi akan dibayar pampasan ekoran pengambilalihan tersebut dan jumlahnya (kuantum) ditetapkan oleh kerajaan Pusat," kata Xavier dalam kenyataannya
No comments:
Post a Comment