Friday, January 24, 2014

Diskriminasi wanita bertudung tindakan tak berperlembagaan


Marinatasha Isnariah Mustapar
Diskriminasi terhadap wanita yang memakai tudung adalah tindakan yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak boleh diterima, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk insiden menimpa Marinatasha, seorang penyanyi wanita bertudung yang diarah berhenti dari membuat persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah 18 Januari lalu,
“Sebelum ini pernah terjadi kes seorang guru yang diarah untuk membuka tudung semasa mengajar oleh lembaga pengurusan sekolah.
“Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, menyebut tentang hak setiap orang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya.
“Ini tindakan diskriminasi dan melanggar hak individu seseorang untuk mengamalkan agamanya,” kata Surendran dalam kenyataan.
Surendran turut menjelaskan Perkara 16 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia berhubung hak peribadi seseorang untuk mengamalkan agamanya selain Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai larangan diskriminasi kerana setiap manusia adalah sama rata di sisi undang-undang.
“Hak ini adalah mutlak dan tidak boleh diubah dan dipertikaikan oleh semua orang dan badan-badan yang berkaitan termasuk sektor swasta.
“Diskriminasi ini adalah tindakan yang terang-terangan melanggar hak asasi manusia yang boleh memudaratkan kepada wanita Islam lain untuk bertudung.
“Negara kita yang berbilang kaum dan agama perlu diterima dan difahami dari konteks keagamaannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
‘Semua pihak termasuk sektor awam dan swasta wajar menghargai, menghormati dan mengiktiraf hak mereka,” kata Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58536

No comments: