Thursday, January 30, 2014

DUN Kajang: Azmin cabar Najib berdepan Anwar

KUALA LUMPUR 29 JAN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mencabar Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon di Kajang ini bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Azmin-Ali
Menurutnya, presiden Umno itu adalah calon paling sesuai untuk mencabar Anwar kerana kedua-duanya mempunyai kredibiliti, selain tokoh tertinggi negara.

“Umno-BN kalau berani turun Kajang.
“Jangan letak calon daripada MCA, MIC, Gerakan tetapi letaklah perdana menteri iaitu daripada Umno.
“Kita makan satay Kajang, lepas itu lawan habis-habisan,” katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis tertinggi PR, lapor portal Sinar Harian.
Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58745

No comments: