Friday, January 24, 2014

Rafizi gesa belia kahwin sebelum GST dikuatkuasa

PETALING JAYA 24 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa golongan belia yang mahu mendirikan rumah tangga agar berbuat demikian sebelum April 2015 apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Rafizi dipetik oleh portal negeri Selangorku berkata, kos perkahwinan akan meningkat kerana belanja kenduri dan jamuan majlis perkahwinan akan meningkat akibat GST.
Beliau dilaporkan memberitahu demikian taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Ahli parlimen Pandan itu menambah, peningkatan kos termasuklah penyediaan makanan secara katering, sewa dewan, sewa khemah dan khidmat jurugambar.
Katanya, pelaksanaan GST tidak akan dapat dielak oleh penyedia perkhidmatan majlis kerana mereka terpaksa mendaftarkan syarikat mereka dengan kerajaan untuk membayar cukai.
Langkah itu katanya membolehkan syarikat itu menuntut kredit GST daripada kerajaan.
“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan.
“Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58580

No comments: