Wednesday, June 9, 2010

Dari Meja SU MPN: catatan sepanjang bulan Mei 2010

Kesibukan telah membataskan waktu untuk mengemaskini laman blog ini. Namun, ia bukan penghalang bagi melaporkan beberapa program yang berlangsung sepanjang bulan lepas.

Berikut dimaklumkan beberapa program & aktiviti yang telah dijalankan dan yang melibatkan Keadilan Negeri Sembilan.

2 Mei 2010/Ahad
Majlis Pelancaran dan Penubuhan Ranting Jelai Kompleks.

Bertempat di Felda Jelai, Gemas majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua AMK NS iaitu saudara Rebin Birham. Turut hadir sama Penasihat Guaman Warga Felda Prihatin saudara T.Kumar, Setiausaha Cabang Tampin, saudara Jeffery Young.

Pembukaan Ranting Keadilan Jelai Kompleks telah mengukuhkan lagi kekuatan Keadilan Cabang Tampin di peringkat Felda. Lebih 100 orang anggota Keadilan telah dikenalpasti berada di seluruh Felda Jelai. Namun, angka ini akan terus meningkat setelah jawatankuasa Ranting Keadilan Jelai menjalankan gerak-kerja seterusnya.

21 Mei 2010 / Jumaat
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihanraya Umum PR NS & Mesyuarat MPPR NS Kelima.

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 21 Mei 2010 telah mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Pilihanraya Umum (JIPU) yang berlangsung di Pejabat Keadilan Negeri Sembilan. Kesemua pengerusi parti dan ahli jawatankuasa terlibat telah menghadiri mesyuarat tersebut yang membincangkan penubuhan jentera bersama, penyusunan gerak-kerja peringkat negeri, perkongsian pangkalan data maklumat pemilih secara bersama dan pengagihan kerusi DUN.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan (MPPR NS) telah mengadakan mesyuaratnya kali kelima yang dihoskan oleh PAS NS. Mesyuarat tersebut telah membincangkan persediaan mengadakan program-program utama PR NS iaitu Konvensyen Pertama PR NS dan Ceramah Perdana Semboyan Halilintar Siri Kedua.

28-30 Mei 2010
Kongres Nasional 2009, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Kali ini Kongres Nasional 2009 telah dilangsungkan jauh di hujung pantai timur. Seramai 56 Perwakilan Berdaftar daripada Negeri Sembilan telah dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan Cabang lepas menjadi perwakilan kongres. Namun hanya 26 perwakilan yang dapat hadir. Turut sama hadir adalah para pemerhati bertauliah daripada Cabang-cabang Negeri Sembilan.


No comments: