Thursday, June 17, 2010

Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.


Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.


Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret."Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.”"Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”


Tian didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

No comments: