Thursday, June 17, 2010

Pemimpin PKR dilantik pengarah Perangsang

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

YB Sivarasa Rasiah

Dua pemimpin kanan PKR dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan Selangor - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB).

Mereka ialah naib presiden PKR, R Sivarasa (kiri) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Datuk Kamarul Bahrin Abbas. Sivarasa dan Kamarul dilantik memegang jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam KPSB, sebuah syarikat infrastruktur dalam Kumpulan Darul Ehsan Bhd.Pelantikan mereka diumumkan dalam kenyataan KPSB kepada Bursa Malaysia semalam.

Pelantikan mereka menarik perhatian kerana ia dibuat selepas perwakilan di Kongres Nasional PKR hujung bulan lalu, menggesa kerajaan Selangor melantik lebih ramai pemimpin parti dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sivarasa adalah ahli parlimen Subang manakala Kamarul Bahrin (kanan) merupakan ahli parlimen Teluk Kemang.

Sivarasa juga merupakan seorang peguam manakala Kamarul Bahrin, berpengalaman dalam sektor korporat.Kamarul Bahrin memulakan kariernya sebagai eksekutif pemasaran di syarikat Nestle dan pernah menjadi pengerusi eksekutif syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd pada 1987.

No comments: