YB Dato' Kamarul memberi penjelasan berkenaan isu lompat oleh beberapa Ahli Parlimen daripada PKR. Beliau menegaskan kebanyakan anggota parti yang melompat keluar ini tidak melalui proses dalam parti.
Beliau turut menegaskan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan masih utuh dan akan tetap utuh kerana tidak pernah sekalipun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan ditangguh atas alasan tidak cukup korum. Menurut Dato' Kamarul lagi, ia telah membuktikan keutuhan persefahaman PR Negeri Sembilan.
Beliau turut menekankan usaha bagi melipatgandakan pendaftaran pemilih baru sebagai gerakan perubahan di Negeri Sembilan pada masa akan datang. Hanya pemilih baru dan muda yang akan menjadi agen kepada perubahan.
Beliau turut menyarankan satu 'retreat' diadakan oleh pimpinan PR Negeri Sembilan agar setiap pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh para pembahas dibawa dalam perbincangan untuk dijadikan manifesto PR Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU akan datang.
No comments:
Post a Comment