Sunday, May 16, 2010

Dari Meja SU MPN

Malu Besar BN diselamatkan oleh undi pos!

Syukur dan tahniah di atas kemenangan Pakatan Rakyat melalui DAP yang telah berjaya merampas Parlimen Sibu dalam pertandingan yang sengit.

Setelah hampir dua jam daripada waktu pengumuman yang dicadangkan oleh SPR, tepat jam 11.00 malam barulah keputusan rasmi PRK Sibu diumumkan. Sebagaimana yang dimaklumkan, DAP melalui calonnya saudara Wong Ho Leng telah menang dengan majoriti 398 undi.

Walaupun majoriti kemenangan kecil, harus diingat dan diteliti bahawa PR secara hakikatnya telah mendapat majoriti yang besar iaitu 2651 undi JIKA tiada undi pos. Sejumlah 2429 undi pos yang telah dikira-terima oleh SPR dan sejumlah 2323 undi telah memihak kepada BN!

Jelas sekali BN telah memaksimakan undi pos sebagai satu kelebihan awal. Sejumlah 95.6% undi pos telah diperolehi oleh BN, hanya 2.9% diperolehi oleh PR dan 1.5% diperolehi oleh calon Bebas.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat telah diterima oleh rakyat Sarawak. Cuma malu besar BN telah ditampal oleh perolehan jumlah besar undi pos, jika tidak maruah BN secara terang telah tercalar oleh penolakan undi yang besar daripada rakyat Sarawak.

Jika penilaian angka-angka pengundian yang lebih khusus iaitu di peringkat DUN, daerah Mengundi dan Lokaliti yang berada dalam Parlimen Sibu, kita pasti dapat melihat dengan jelas pola pengundian yang telah dicetuskan oleh para pemilih di Sibu. BN akan mengalami jalan sukar dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan datang.

1 comment:

Waris said...

email sy... ust hilmi
beri no phone sekali