Sunday, May 16, 2010

Pilih PKR, bukan Wee Chee Keong!


KUALA LUMPUR 15 MEI: Penyokong Pakatan Rakyat Parlimen Wangsa Maju menganggap tindakan Wee Choo Keong menjadi Ahli Parlimen Bebas sebagai mempersenda amanah rakyat selepas Parti Keadilan rakyat member peluang untuk bertanding pilihan raya umum lalu.

Ini berikutan Wee Choo Keong adalah ahli Parti Demokratik Malaysia yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi belot atas alasan tidak munasabah.

Sehubungan itu, Buhairi Yaakob, Timbalan PKR Cabang Wangsa Maju mendesak Wee Choo Keong segera meletak jawatan supaya rakyat diberi hak memilih wakil rakyat pilihan mereka.

Bukhairi menyatakan Wee Choo Keong sebenarnya tidak layak bertanding merebut kerusi parlimen Wangsa Maju berikutan beliau hanya ahli Malaysia Democratic Parti (DMP).

Tetapi atas semangat setiakawan, Majlis Pimpinan PKR Pusat ketika itu menawar beliau bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat dalam usaha bersama-sama melawan kezaliman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Kami mewakili seluruh pengundi Parlimen Wangsa Maju, melahirkan rasa tidak puas hati dan dukacita. Kami merasakan dikhianati, diperbodoh dan dipermain atas tindakan beliau (Wee)," katanya.

Mereka kecewa dengan alasan rapuh yang diberi, kononnya tidak berpuas hati dengan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sedangkan isu berkenaan baru timbul manakala ura-ura Ahli Parlimen Wangsa Maju untuk meletak jawatan sudah lama kedengaran.

Mereka juga mempersoal kewajaran Wee Choo Keong memilih waktu untuk meletak jawatan yang disifatkan seakan-akan suatu sabotaj.

“Kami berpendapat tindakan Wee menjelang hari pengundian di Parlimen Sibu bakal berlangsung, mempunyai motif tertentu dan membawa agenda peribadi sesuatu pihak,” katanya.

Lantaran itu, pimpinan Cabang PKR Wangsa Maju yakin kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen ini atas dasar parti dan bukannya calon. Untuk membuktikan hal ini, beliau mencabar Wee Choo Keong mengosongkan kerusi.

“Sebagai ahli parti, mewakili pengundi, dengan ini mendesak Wee meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju berkuat kuasa serta merta,” katanya beliau.

No comments: