Tuesday, February 2, 2010

Perbicaraan DSAI Bermula Hari Ini


dipetik daripada TV Selangor.com

Perbicaraan konspirasi II Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh ke jam 2.30 petang. Tv Selangor sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk memberikan masa kepada peguam kedua-dua pihak berjumpa bagi menetapkan tarikh mendengar semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu yang tidak membenarkan Anwar mendapatkan dokumen penting dalam pendakwaan.

Sebelum itu tepat jam 9 pagi, Anwar melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan tiga ananya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.

Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani beberapa duta asing dari Sweden dan Amerika Syariat.

Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum sesiapa dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.

No comments: