Wednesday, February 3, 2010
Pegawai Khas PM labelkan kaum india & cina sebagai pendatang
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai terpaksa meletak jawatan berikutan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyinggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India.
Datuk Nasir Safar, dalam keghairahannya berhujah melabelkan kaum india dan cina sebagai pendatang semasa berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka semalam.
Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Kelancangan Nasir menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan serta merta.
Sehubungan itu, Pemuda MIC dijadualkan membuat laporan polis hari ini dan satu memorandum bantahan akan akan dikemukakan kepada Najib.
Dalam reaksinya presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment