Tuesday, February 2, 2010
KENYATAAN MEDIA: Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung, KEADILAN
Tarikh: 2 Februari 2010
Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.
Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.
Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.
Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.
PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.
Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.
PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.
Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini.
PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.
Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
On 1 February 2010, in accordance to the decision of the Central Leadership Council (MPP), the Office of Secretary General has formally instructed the PKR Disciplinary Board to immediately prepare frameworks of Inquiry into the alleged breach of discipline by several individuals. Letters had also been issued the individuals concerned and requested their cooperation with the process. The individuals concerned will also be given adequate opportunity for defence.
In the recent weeks the media has been portraying KEADILAN as ridden with internal squabbles. Mainstream media also insinuated Pakatan Rakyat is now in crisis due to discords within and between parties. The fact is far from it. Such negative publicity had been part of our daily challenges since the formation of the party.
For more than one decade, KEADILAN had been painted as disorganized, fragmented, chaotic and so on. However despite this negative perception, KEADILAN continued to struggle to defend the people’s rights and to strive for change. The current so-called ‘brickering’ is by no mean a crisis nor can it derail the agenda of our struggle. KEADILAN as well as Pakatan Rakyat had put in place proper mechanisms and procedures to handle all these problems.
As a movement which advocates democratic reform, KEADILAN respects the rights of individual members to debate or even disagree with the central leadership. However there are appropriate channels and forum in the party’s decision making process to express these voices. Likewise, Pakatan Rakyat too has its mechanism to resolve disagreements and differences.
At no time, party members should openly jeopardize party image or make baseless accusations against leaders of own party or other coalition partners. While Parti Keadilan Rakyat will continue to encourage healthy debates and criticisms, such openness should not be construed as a permit to undermine public confidence towards the party’s struggle.
In this respect, KEADILAN leadership is determined to take firm action against members who contravene party discipline. No members, regardless of their rank and status, will be subjected to the same disciplinary measures.
KEADILAN is governed by values that have been embodied in the 17-principles in the party constitution. Similarly, all parties within Pakatan Rakyat converged on a set common platform and political agenda passed in Pakatan Rakyat Convention last December.
I wish to reiterate that it is the duty of all party leaders and members to uphold as well as promote the policies and fundamental values of these two documents. For the party’s reform agenda, it is more important to defend the principles rather than purely concerned with temporary benefits.
Lastly, while engaging on-going process of renewal and democratization within the party, we are confidence that party organization will continue to be strengthened. This process will not also distract the party from the urgent work of preparing for state election in Sarawak and possibly Perak.
Saifuddin Nasution Ismail
Secretary General
Parti Keadialn Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment