Friday, February 5, 2010

AMK NS Kesal Kenyataan Berbaur Perkauman Dato’ Nasir Jaafar



AMK NS berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato’ Nasir Jaafar kerana bersifat perkauman dan jelas menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.

Kenyataan Dato’ Nasir Jaafar tersebut amat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM, Dato’ Seri Najib Abd Razak dan ia merupakan suatu kekeliruan daripada lanjutan dasar-dasar kerajaan BN sebelum ini.

Perpaduan kaum yang diperkenalkan melalui dasar 1Malaysia tidak akan berjaya dan gagal selagi parti-parti berasaskan kaum seperti Umno terus memainkan kenyataan perkauman yang menghina kaum lain yang juga rakyat Malaysia.

Menurut Naib Ketua AMK NS, saudara Tang Jay Soon (gambar), meminta masyarakat Cina dan India jangan tertipu dengan agenda Umno dan BN yang cuba melakukan provokasi membakar sentimen perkauman. Beliau juga menggesa masyarakat Cina dan India yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Pegawai Khas PM itu membuat laporan polis.

“AMK NS mencabar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta ISA dan Akta Hasutan ke atas Dato’ Nasir Jaafar. Ia kenyataan perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.” tegas Jay Soon.

Ungkapan 1Malaysia merupakan gimik politik dan rakyat perlu sedar serta tidak menyokong lagi Umno dan BN yang jelas menipu dengan mengaburi rakyat dengan dasar yang keliru dan celaru.

No comments: