PERIHAL PENGETUA SBT BODEK PM SATU MALAYSIA - harakahdaily
Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.
Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).
Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.
Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?
Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.
Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.
Ibu pelajar SBT
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 20, 2010
Projek Terbengkalai di Selangor dipulihkan!
Dalila Shamimi
Masyarakat di Flat Sri Sentosa, Taman Saujana Puchong mengalu-alukan tindakan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut yang melanda pembeli unit -unit terbengkalai warisan kerajaan Umno-BN.
Tindakan itu juga dilihat sebagai usaha murni bagi membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Mereka melihat langkah kerajaan Selangor itu mengurangkan risiko bahaya berikutan pembinaan terbengkalai di bangunan C dan D pangsapuri itu, menjadi sarang penagih dadah dan lokasi kegiatan tidak bermoral.
“Alhamdulillah, sejak kerajaan Selangor ambil alih ini, ia berjalan lancar. Sebelum ini , tidak tahu apa masalahnya. Mungkin pemaju tidak ada duit...bankrap. Tak tahulah,” kata Hasmisah Harun, penduduk pangsapuri Sri Sentosa.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan ngeri kerana membuat balik pembinaan yang sekian lama terbengkalai, bukan sahaja disini....Mana-mana projek terbengkalai dilaksanakan sepenuhnya,” kata penduduk pangsapuri sama, Rosdi Ramin.
Esok, bertempat di Taman Ukay Bistari Hulu Kelang, Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kunci kepada 300 pembeli unit-unit rumah disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong.
Langkah itu sebahagian daripada kejayaan kerajaan Selangor menyiapkan sepenuhnya lapan projek perumahan terbengkalai dalam tempoh enam bulan selepas mengenal pasti 141 projek perumahan terbengkalai sejurus mengambil alih kerajaan negeri.
Meliputi 50,000 unit rumah, kerajaan negeri memperuntuk sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk memulihkan projek terbabit.
Seterusnya, sebanyak 42 projek yang terbengkalai sebelum ini diambil alih oleh pemaju baru untuk dibangunkan semula.
Sementara itu, kontraktor elektrik yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dalam projek itu mengesahkan sebahagian besar kerja-kerja itu sudah siap.
“Pada perbincangan mingguan, kita akan buat secepat mungkin. Ada baki kerja pengurusan untuk dapatkan kelulusan CF daripada pihak berkuasa tempatan dan pembaikan sahaja.
"Insya-Allah, kalau tak ada apa-apa masalah hujung tahun depan kemungkinan pembeli boleh menduduki rumah ini,” kata Shamsul Salim, seorang kontraktor elektrik Syarikat Mysaku Sdn Bhd.
Anwar juga dijangka mengadakan pertemuan bersama wakil pembeli melibatkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai seluruh Selangor.
Kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus dari jumlah keseluruhan dapat dipulih dan diserahkan semula kepada pembeli sebelum tahun 2010 berakhir.
Aktiviti pemulihan ini dijangka menjana kesan gandaan terutamanya bagi merancakkan kembali sektor pembinaan, terutamanya di kalangan kontraktor kecil dan sederhana.
Najib takut adakan sidang tergempar Parlimen!
Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.
Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
"Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?
"Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku," katanya kepada TV Selangor.
Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.
"Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik."
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.
"Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa," kata Penasihat DAP itu.
GERAK minta Najib jelas pemberian dana RM2 juta kepada Pemuda Umno
Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk membiayai aktiviti Pergerakan Permuda Umno.
Menurut seorang exco pemuda yang enggan dikenali , wang itu adalah untuk program-program ‘jelajah satu malaysia’ untuk menyebarkan slogan-slogan anjuran Najib.
Peruntukan itu cukup besar itu untuk sebuah parti yang mempunyai tiga juta ahli dan bukan semuanya membayar yuran RM 2 setiap orang.
Setakat ini Umno mahupun sayap pemudanya tidak merasakan perlu untuk mengulas laporan laman Malaysian Insider ini.
Laporan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai sumber kewangan Umno dan ketelusan parti itu mengenai urusan kewangannya.
Namun yang jelas Umno parti mewah dan banyak syarikat yang menjadi penderma secara sukarela atau sebaliknya.
Yang perlu dipastikan ialah dana RM 2 juta yang dilaporkan diberi kepada Pemuda Umno bukan wang rakyat yang diguna untuk agenda politik.
Wakil Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) Mohd Aizuddin Nur Zakaria berkata Umno seharusnya memberi penjelasan mengenai laporan Malaysia Insider ini.
"Sepatutnya diisytiharkan dari mana datangnya sumber wang tersebut. Jadi kalau Najib dengan dia punya orang kata, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, dengan KPI beliau sendiri, maksudnya tak tercapai lagilah KPI yang dilaung-laungkan itu" kata Aizuddin.
Wednesday, February 17, 2010
SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM
PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (kanan) berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.
“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.
Malah, katanya pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke mahkamah oleh sebuah syarikat kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihanraya 2008.
“Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM,” katanya.
Malah, Idris mendakwa UiTM “tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.”
Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (kanan) berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.
“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.
Malah, katanya pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke mahkamah oleh sebuah syarikat kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihanraya 2008.
“Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM,” katanya.
Malah, Idris mendakwa UiTM “tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.”
Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Makin Kuat
Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.
“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.
“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.
Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.
Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.
“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.
Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.
Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.
CHAIRMAN KERRY STATEMENT ON FORMER MALAYSIAN DEPUTY PRIME MINISTER ANWAR IBRAHIM
WASHINGTON, D.C. – Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:
“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.
“It has been over a decade since Anwar's first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar's resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition. I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen - and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”
# # #
Tomeika Bowden
Deputy Press Secretary
Committee on Foreign Relations (Majority)
Tel: 202.224.3468
PRU 13: Pemilihan calon PKR akan lebih teliti
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.
"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR di Pulau Pinang hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.
Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas.
Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. (Bernama)
"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR di Pulau Pinang hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.
Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas.
Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. (Bernama)
Tuesday, February 16, 2010
PERUTUSAN TAHUN BARU CINA OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya masyarakat Cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang.
Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing.
Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah.
Yakinilah, kita rakyat pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.
Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua.
Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya. Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KEADILAN di semua peringkat.
ANWAR IBRAHIM
Tuesday, February 9, 2010
Nizar: bertarung di 'mahkamah rakyat'
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.
Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.
Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.
Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.
“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.
Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.
Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.
“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.
Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.
Mahkamah Persekutuan Kekalkan Zambry MB Perak
Mahkamah Persekutuan pagi ini mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mahkamah berkenaan memutuskan perlantikan Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat setelah berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.
Monday, February 8, 2010
Bubar DUN Perak-Nizar
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.
"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.
"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang turut dihadiri Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri.
Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini.
Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Mengapa Umno menentang PAS?
dipetik drpd Rakyat Marhaen.blogspot.com
oleh: Nash Ar-Rawy
PAS adalah Gerakan Islam yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara ; selain daripada Hisbul Muslimin yang digeruni Inggeris sebagai bahaya dari gunung , di Gunung Semanggul dan Syarikat Islam serta Parti Mahsyumi di Indonesia. Umno di inspirasi oleh Inggeris untuk melaksanakan ‘ Neo-Colonialism‘selaku saingan kepada Hisbul Muslimin demi; kesinambungan penjajahan bentuk baru dengan mengekalkan sistem pemerintahan sekular .
Setelah 5 dekad ‘ merdeka’ sewajarnyalah Umno kembali kepada Islam dan meninggalkan perjuangan assobiyyah ( Kebangsaan Melayu) yang telah diharamkan dan dikuburi oleh Nabi 1.400 tahun yang lalu. Jika Umno terlalu taksub dengan fahaman perkaumannya seperti yang pernah di cetuskan oleh Najib – Lee Kim Sai , dan yang terkini Nasir pegawai khas retorik satu malaysia Najib dengan sandiriwanya yang terkini ; terbukti Umno tiada bisa keluar daripada kepompong perkaumannya seperti MCA dan MIC.
PAS dengan teras perjuangan Islamnya yang universal dengan praktisnya sukses beramal dengan konsep PAS FOR ALL sepertimana kepemimpinan Mursyidul Amnya TGNA selaku MB Kelantan dengan manifestasi Negara Berkebajikan yang di iktiraf Akauntan Negara sebagai ‘ Good Governance” dan Transparency International sebagai “SIFAR KORUPSI” . Begitu juga dengan kerjaaan PAS/Pakatan di Kedah; pimpinan Us. Azizan yang bisa mentadbir dengan baik tanpa banyak masalah yang sukses menyelesaikan problema khinzir yang tiada bisa ditangani oleh UBN selama 30 tahun!
PAS juga bisa memberi gandingan sistem pemerintahan yang baik dengan rakan-rakan Pakatan di Pulau Pinang, Selangor dan juga di Perak pra kudeta umno. PAS sukses memperundangkan Kanun Jenayah Syariah di Terengganu dan Kelantan yang tiada upaya di realisasikan oleh Umno selama ini ; Bahkan Akta Hudud yang cuba di kemukakan oleh TGHA ditolak oleh parlimen sebanyak 3 kali .
Mengapa tugasan nabi yang di warisi perjuangannya oleh Gerakan Islam PAS ini masih lagi ditentangi oleh Umno. Sedangkan ianya adalah FARDHU AIN bagi setiap mukmin yang sepatutnya Umno membantu dan menyokongnya bukannya mengekangnya . Bagaimana Kanun Jenayah Syariah yang tertakluk kepada orang Islam sahaja kerna bukan Islam bisa ‘opt’ kepada ‘ Civil Law”; hendak diimplementasi ; jika AKTA HUDUD TIDAK DIPERUNDANGKAN !
TGNA akhirnya berjaya mengharamkan raja segala maksiat iatu, arak di Kelantan; yang dihadkan penjualannya di tempat yang tertentu sahaja untuk bukan Islam dan di hotel- hotel dan kedai lain tiada penjualannya. Bahkan judi diharamkan setelah pengusahanya di beri masa yang secukupnya untuk menukar perniagaannya . Sedangkan kerajaan pusat UBN mengeluarkan lesen arak dan judi !.
Arak dan judi adalah penyakit sosial dan semua agama membencinya dan sebenarnya bukanlah budaya Cina atau India. Jangan kerana ada pemimpin UBN yang ada syer dalam urusniaga judi dan arak seperti di Genting Highand; ianya dikekalkan walaupun merosakkan bangsa dan sistem sosial. Ingat! Nahi Mungkar adalah juga Amal Makruf !
Kekuatan Islam adalah kerna adanya ‘Adeenul Nasihah’ dan ‘Amal Makruf Nahi Mungkar” . Maka , tiada sebab Umno mesti menentang Gerakan Islam PAS. PAS menentang wang ehsan dan menuntut Royalti di berikan kepada rakyat Kelantan dan Terengganu kerna itu hak rakyat ; di Kuala Lumpur mana ada minyak kata TGNA ; Namun, kerajaan pusat pun memperolehi 5%.
Apakah RM2BILLION tunggakan royalti yang akan menjadikan Kelantannegeri yang terkaya di Malaysia menjadikan Umno mengekangnya; agar putaran wang ehsan melalui JPP itu bisa berputar di kalangan elit kroni suku sakat umnopurtra MelayuIslam; merompak hak rakyat Kelantan!Tidakkah itu wang haram yang difaraidkan antara kuncu !
Sewajarnya Umno sedar akan kesilapan dan keterlanjurannya dan mencontohi KU LI yang sanggup menjadi saksi mahkamah kerjaaan Terengganu dan konsisten menyokong kerajaan Kelantan tolak ehsan dan menuntut Royalti kerna JPP tiada hak menguruskannya kerna royalti adalah hak kerajaan Kelantan untuk mentadbirnya .
KU LI melakukan demikian DEMI KEBENARAN bukannya kerna kepartaian;kerna kebenaran itu lebih tinggi dan mulia daripada kepartaian dan kepentingan diri . KU LI adalah reformis dalam Umno . Keluar dan buka Semangat 46 untuk selamatkan satu Malaysia , masuk balik untuk melakukan reformasi namun tercicir sebagaimana PAS juga; satu jemaah masuk BN dan di tentang keluar dan Anuar yang cuba cuci najis dari dalam akhirnya ternajis sodomi yang dicipta Umno; sebagaimana Mahadhir pernah kata ANUAR TDAK BERSALAH, SEBALIKNYA DIANIAYA! Dan beliau juga kata bahawa UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS DAN DAH TAK BOLEH BERUBAH LAGI!
Justeru , tiada sebab Umno mesti menentang PAS . Bahkan, sewajarnya Umno menggugurkan perjuangan assobiyyah rasisnya dan masuk PAKATAN bersama PAS menegakkan Islam yang “ Rahmatan lil ‘Alameen” atau Umno di bubarkan . Jika tidak ahlinya yang taksub sampai bila hendak diperbodohkan ; rasuah tak bisa dibendung lagi seperti kata mahadir dan Isa dan Rustam masih diangkat!
Tinggalkanlah Umno yang bernaunsakan rasis dan perkauman; assobiyyah dan menyertai PAKATAN yang bernaunsakan Universalitas dan keadilan sejagat. Justeru itu, PAS bersedia bersemuka dengan Umnobukan kerna ‘Unity Government” tetapi untuk menyelamatkan Satu Malaysia atas dasar “Adeenul Nasihah “ “GOD IS THE GREATEST”
Friday, February 5, 2010
Program Keadilan N.Sembilan Minggu ini
Sambutan Pesta Ponggal PKR Rembau
7hb Febuari 2010/Ahad.
10 pagi-6 petang,
Taman Koperasi Pedas, Rembau.
Acara lain:
Kempen Derma Darah & Ceramah Umum
Tetamu: Dato' SS Subaramaniam, YB Manikavasagam & Pimpinan PR Rembau
Hotline: 012-369 6474 (Azizi)
Ceramah Umum
7hb Febuari 2010/Ahad.
8.45 malam
Rumah Tn. Hj Ismail Nasir
No. 200, Felda Alias 2, Jempol.
Penceramah Utama:
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia)
Tn. Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda PKR Pusat)
YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau)
Hotline:013-601 2553 (Karip Salleh)
7hb Febuari 2010/Ahad.
10 pagi-6 petang,
Taman Koperasi Pedas, Rembau.
Acara lain:
Kempen Derma Darah & Ceramah Umum
Tetamu: Dato' SS Subaramaniam, YB Manikavasagam & Pimpinan PR Rembau
Hotline: 012-369 6474 (Azizi)
Ceramah Umum
7hb Febuari 2010/Ahad.
8.45 malam
Rumah Tn. Hj Ismail Nasir
No. 200, Felda Alias 2, Jempol.
Penceramah Utama:
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia)
Tn. Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda PKR Pusat)
YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau)
Hotline:013-601 2553 (Karip Salleh)
AMK NS Kesal Kenyataan Berbaur Perkauman Dato’ Nasir Jaafar
AMK NS berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato’ Nasir Jaafar kerana bersifat perkauman dan jelas menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.
Kenyataan Dato’ Nasir Jaafar tersebut amat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM, Dato’ Seri Najib Abd Razak dan ia merupakan suatu kekeliruan daripada lanjutan dasar-dasar kerajaan BN sebelum ini.
Perpaduan kaum yang diperkenalkan melalui dasar 1Malaysia tidak akan berjaya dan gagal selagi parti-parti berasaskan kaum seperti Umno terus memainkan kenyataan perkauman yang menghina kaum lain yang juga rakyat Malaysia.
Menurut Naib Ketua AMK NS, saudara Tang Jay Soon (gambar), meminta masyarakat Cina dan India jangan tertipu dengan agenda Umno dan BN yang cuba melakukan provokasi membakar sentimen perkauman. Beliau juga menggesa masyarakat Cina dan India yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Pegawai Khas PM itu membuat laporan polis.
“AMK NS mencabar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta ISA dan Akta Hasutan ke atas Dato’ Nasir Jaafar. Ia kenyataan perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.” tegas Jay Soon.
Ungkapan 1Malaysia merupakan gimik politik dan rakyat perlu sedar serta tidak menyokong lagi Umno dan BN yang jelas menipu dengan mengaburi rakyat dengan dasar yang keliru dan celaru.
'Buku misteri pembunuhan Altantuya' sudah terbit
Sudah terbit !!!
DI SEBALIK MISTERI
PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Terbitan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tulisan che'GuBard dengan bantuan kompolasi Nora telah menghasilkan sebuah buku berani yang mengenengahkan kompilasi 'bukti', pendedahan dan ulasan berani dalam merungkai misteri pembunuhan Altantuya. Untuk cetakan pertama hanya boleh didapati secara pos sahaja.
Kalau Najib tak salah kenapa tak berani saman media – media antarabangsa yang kaitkan dia dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya, tetapi hanya berani guna kuasa (PDRM) belasah rakyat sendiri yang bangkitkan'bertanyakan 'kebenaran...???
Bagi yang berminat mendapatkannya hantar wang pos / cek RM 15 (termasuk kos penghantaran) atas nama Badrul Hisham Bin Shaharin dan hantar ke alamat no. 338, Jln. Kenanga 3, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. Sertakan sekali nama, alamat dan bilangan buku yang dipesan.
Bagi yang ingin memesan lebih dari 20 naskah boleh hubungi terus 0123696474 untuk mendapatkan harga istimewa. Bagi 500 pembeli yang pertama anda akan mendapat buku ini dengan VCD khas terbitan SAMM secara percuma.
Thursday, February 4, 2010
JHEO Jalankan Pembalakan Haram di Selangor
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli didakwa mendalangi pembalakan haram keatas 121.4 hektar tanah milik kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor menggesa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memastikan perbuatan itu dihentikan kerana kerana tidak mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan Negeri.
Ahli Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong mendedahkan pembalakan haram oleh agensi persekutuan itu setelah beberapa individu ditahan dan 1,500 kayu balak di sita.
"Kita dah mengesan hampir 300 ekar tanah kerajaan negeri dibalak tanpa kebenaran kerajaan negeri Selangor dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, kebenaran yang diberi itu datangnya dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sekarang kita mempertikaikan mengapa jabatan yang tidak ada apa-apa berkenaan pembalakan tanah kerajaan negeri masuk campur dan juga memberi kebenaran untuk orang luar untuk membalak di kawasan tersebut,” katanya.
Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Katanya kejadian ini bukan kali pertama berlaku di Selangor malah ia kerap berlaku yang melibatkan campur tangan kerajaan pusat.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri menyerahkan perkara ini untuk siasatan lanjut pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Di daerah Hulu Selangor, di kaki bukit Genting, ini antara tanah kerajaan dan juga ada sikit Hutan Simpan Batang Kali tetapi kebanyakan sebenarnya di kawasan tanah Kerajaan Negeri,” katanya lagi.
NST Must Correct Misrepresentation
Date: 4 February 2010
I am shocked with the report of NST today which titled "PKR ready to refer Lim Guan Eng to Pakatan Rakyat".
I deeply regret that NST has maliciously misquoted my statement. Upon reading the news, I called the reporter to seek clarification. Subsequently he admitted over the phone that the line was not written by him and it has been inserted by the editor.
I hereby call on the NST to take immediate action to correct the misrepresentation of PKR's stance on this issue.
In my phone interview, I unequivocally said that YB Dato' Seri Zahrain is wrong to lash out at CM Lim Guan Eng. I stressed that inter-party relations and complaints should be brought up in Leadership Council of Pakatan Rakyat.
I have never said that PKR will refer Zahrin's criticism against Lim Guan Eng into the discussion of Pakatan Rakyat leadership. In fact I maintained that such move is unnecessary and inappropriate.
PKR is fully supportive of CM Lim Guan Eng and our relationship with DAP as coalition partner is strong and solid. We understand that the cooperation and unity of Pakatan Rakyat represnts a great threat to the ruling Barisan Nasional. BN has tried various divisive measures to sow suspicion between partners of Pakatan Rakyat.
I would like to reiterate that PKR's commitment to advance the agenda for democratic reforms is unshakeable. To realise this objective, it is essential to continue strengthen good relationship with DAP and PAS.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Secretary-General
Parti Keadilan Rakyat
Wednesday, February 3, 2010
Pegawai Khas PM labelkan kaum india & cina sebagai pendatang
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai terpaksa meletak jawatan berikutan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyinggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India.
Datuk Nasir Safar, dalam keghairahannya berhujah melabelkan kaum india dan cina sebagai pendatang semasa berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka semalam.
Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Kelancangan Nasir menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan serta merta.
Sehubungan itu, Pemuda MIC dijadualkan membuat laporan polis hari ini dan satu memorandum bantahan akan akan dikemukakan kepada Najib.
Dalam reaksinya presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.
Tuesday, February 2, 2010
KENYATAAN MEDIA: Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung, KEADILAN
Tarikh: 2 Februari 2010
Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.
Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.
Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.
Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.
PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.
Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.
PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.
Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini.
PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.
Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
On 1 February 2010, in accordance to the decision of the Central Leadership Council (MPP), the Office of Secretary General has formally instructed the PKR Disciplinary Board to immediately prepare frameworks of Inquiry into the alleged breach of discipline by several individuals. Letters had also been issued the individuals concerned and requested their cooperation with the process. The individuals concerned will also be given adequate opportunity for defence.
In the recent weeks the media has been portraying KEADILAN as ridden with internal squabbles. Mainstream media also insinuated Pakatan Rakyat is now in crisis due to discords within and between parties. The fact is far from it. Such negative publicity had been part of our daily challenges since the formation of the party.
For more than one decade, KEADILAN had been painted as disorganized, fragmented, chaotic and so on. However despite this negative perception, KEADILAN continued to struggle to defend the people’s rights and to strive for change. The current so-called ‘brickering’ is by no mean a crisis nor can it derail the agenda of our struggle. KEADILAN as well as Pakatan Rakyat had put in place proper mechanisms and procedures to handle all these problems.
As a movement which advocates democratic reform, KEADILAN respects the rights of individual members to debate or even disagree with the central leadership. However there are appropriate channels and forum in the party’s decision making process to express these voices. Likewise, Pakatan Rakyat too has its mechanism to resolve disagreements and differences.
At no time, party members should openly jeopardize party image or make baseless accusations against leaders of own party or other coalition partners. While Parti Keadilan Rakyat will continue to encourage healthy debates and criticisms, such openness should not be construed as a permit to undermine public confidence towards the party’s struggle.
In this respect, KEADILAN leadership is determined to take firm action against members who contravene party discipline. No members, regardless of their rank and status, will be subjected to the same disciplinary measures.
KEADILAN is governed by values that have been embodied in the 17-principles in the party constitution. Similarly, all parties within Pakatan Rakyat converged on a set common platform and political agenda passed in Pakatan Rakyat Convention last December.
I wish to reiterate that it is the duty of all party leaders and members to uphold as well as promote the policies and fundamental values of these two documents. For the party’s reform agenda, it is more important to defend the principles rather than purely concerned with temporary benefits.
Lastly, while engaging on-going process of renewal and democratization within the party, we are confidence that party organization will continue to be strengthened. This process will not also distract the party from the urgent work of preparing for state election in Sarawak and possibly Perak.
Saifuddin Nasution Ismail
Secretary General
Parti Keadialn Rakyat
Perbicaraan DSAI Bermula Hari Ini
dipetik daripada TV Selangor.com
Perbicaraan konspirasi II Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh ke jam 2.30 petang. Tv Selangor sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk memberikan masa kepada peguam kedua-dua pihak berjumpa bagi menetapkan tarikh mendengar semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu yang tidak membenarkan Anwar mendapatkan dokumen penting dalam pendakwaan.
Sebelum itu tepat jam 9 pagi, Anwar melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan tiga ananya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.
Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.
Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani beberapa duta asing dari Sweden dan Amerika Syariat.
Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.
Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum sesiapa dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.
Monday, February 1, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH
Pada hari ini, seluruh Wilayah Persekutuan meraikan Ulang Tahunnya yang ke-36. Sempena sambutan Hari Wilayah ini, saya ingin menarik perhatian Kerajaan serta penduduk wilayah tentang beberapa isu besar yang melibatkan kepentingan dan kemaslahatan rakyat agar sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini dapat dimanfaati bersama.
Sebelum meraikan Hari Wilayah, marilah kita meraikan keberanian mahasiswa Universiti Malaya memperjuangkan sistem pilihan raya yang lebih telus dalam kampus baru-baru ini.
Sepertimana yang kita maklumi, rakyat Malaysia yang tinggal di luar kawasan WP berpeluang untuk mengundi wakil kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Ini tidak dinikmati oleh 1.5 juta rakyat di kawasan WP yang tidak berpeluang untuk menentukan kepimpinan mereka di peringkat wilayah. Ini juga bermakna RM 2.12 bilion wang peruntukan DBKL, tidak dipantau oleh mana-mana wakil rakyat di peringkat WP. Ini bercanggah dengan prinsip demokrasi yang menetapkan penyertaan rakyat sebagai tunggak kepada sebuah pentadbiran yang telus dan adil. Justeru, saya menyeru agar rakyat Wilayah Persekutuan diberikan ruang dan kuasa untuk menentukan dasar dan halatuju pemtadbiran WP melalui dialog dan rundingan awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
Saya turut berasa kesal dengan penyelewengan kuasa dan penggunaan e-undi yang berlaku dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Saya menggesa pihak pentadbir universiti agar lebih menghormati hak mahasiswa untuk berpolitik melalui wadah demokratik di kampus dengan bebas dan saksama.
Baru-baru ini, penahanan 9 mahasiswa Universiti di kawasan Jalan Raja Laut, Wilayah Persekutuan kerana berhimpun dan berarak secara aman amatlah dikesali. Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, saya yakin dan percaya bahawa mahasiswa kampus harus diberikan peluang dan ruang untuk menyuburkan demokrasi dan hak asasi di kampus ke arah Malaysia yang lebih bebas dan harmoni.
Dengan itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan Salam Hari Wilayah dan Salam Demokrasi!
NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Subscribe to:
Posts (Atom)