Thursday, August 6, 2009
'Teoh tidak ambil dadah, alkohol'
Seorang ahli kimia, Zaihara Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.
Dalam keterangannya, Zaihara berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.
Hasil pemeriksaan ke atas sampel tersebut, katanya beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.
Inkues pagi ini bermula jam 9.20 pagi di mana saksi - pengawal keselamatan di Plaza Masalam, Abd Rahman Rahim dipanggil memberi keterangan.
Sebelum itu, DPP Tan Hock Chuan menyoal Abdul Rahman mengenai buku pelawat yang tiada diisi sejak berbulan lalu. Abdul Rahman mengakui tidak mengemaskini buku itu setiap masa.
Enam saksi telah dipanggil memberi keterangan semalam. Mereka terdiri daripada pengawal keselamatan di bangunan Plaza Masalam, seorang juruteknik dan seorang anggota polis dari balai Shah Alam.
Inkues tersebut berlangsung di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.
Manakala peguam Gobind Singh Deo merupakan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh.
Gobind menyoal Zaihara sama ada beliau tahu sejarah kes kematian Teoh dan spekulasi yang Teoh 'ditolak'.
Tan mencelah dengan berkata soalan tersebut tidak relevan.
Gobind membalas dengan bertanya mengapa perkataan "ditolak" dan 'bunuh diri" tidak boleh digunakan.
"Bukankah ini inkuiri terhadap kematiannya," kata Gobind.
Beliau bertanya mengenai kemungkinan terdapatnya kandungan adrenalin yang tinggi jika seseorang itu hampir jatuh atu ditolak dari tempat yang tinggi dan Zaihara menjawab 'ya'.
Sehubungan itu, Gobind bertanya kepada Zaihara sama ada beliau melakukan ujian adrenalin dan Zaihara menjawab 'tidak'.
Gobinda bertanya adakah Zaihara tidak melakukan ujian tersebut kerana pihak polis tidak memintanya berbuat demikian.
Zaihara menjawab bahawa Adrenalin bukanlah satu jenis dadah biasa dan ia dihasilkan secara semula jadidalam badan.
Apabila ditanya oleh Gobind sama ada beliau akan menjalan ujian tersebut jika diminta oleh pihak polis, Zaihara berkata, ujian toksikologi tidak termasuk ujian adrenalin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment