Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir: Sokongan kepada PAS konsisten, Undi BN yang sebenarnya merosot.


Setelah keputusan Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir diumumkan dan kemenangan berpihak kepada PAS, Timbalan Presiden Umno Muhyidin Yassin menyatakan sokongan pengundi kepada Umno telah meningkat.

Namun jika dibandingkan dengan keputusan PRU Ke-12 2008 lalu dari segi peratusan keluar mengundi, sebenarnya sokongan pengundi kepada Umno telah merosot. Harus difahami situasi di Permatang Pasir, faktor keyakinan bahawa calon PAS akan menang mudah telah tertanam dalam ramai pengundi di DUN Permatang Pasir. Atas faktor itu juga, mungkin ada pengundi yang tidak keluar menunai tanggungjawab mengundi kerana telah yakin kemenangan berada di pihak PAS.

Muhyidin pula telah melemparkan tuduhan kepada Pakatan Rakyat kononnya telah menghalang pengundi-pengundi (dakwa beliau halang pengundi-pengundi daripada kawasan-kawasan yang kononnya ramai penyokong Umno).

Jika dilihat pada peratusan dan jumlah keluar mengundi DUN Permatang Pasir pada PRU ke-12 2008, adalah lebih tinggi berbanding PRK Permatang Pasir semalam.

Undi yang diperolehi oleh Allahyarham Dato' Hamdan Abd Rahman pada PRU 2008 ialah 11,004 undi manakala calon Umno ketika itu,Ahmad Sahar Shuib mendapat 5,571 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Dato' Hamdan adalah 5,433 undi.

Dalam keputusan PRK N11 Permatang Pasir semalam, Hj Salleh Man menerima 9,618 undi manakala Mohd Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi. Majoriti kemenangan yang diperolehi oleh Hj Salleh Man adalah 4,451 undi.

Perbandingan antara kedua-dua keputusan tersebut ialah:
1. Seramai 1,386 orang pengundi yang memilih PAS pada PRU ke-12 tidak menunaikan tanggungjawab mengundi kerana faktor keyakinan PAS akan menang mudah. Sikap sedemikian juga turut berlaku pada PRK Penanti yang lepas apabila ramai yang tidak keluar mengundi kerana berasa yakin PKR menang mudah.

2. Undi yang diterima oleh Umno telah merosot sebanyak 504 undi. Rohaizat menerima undi daripada pengundi-pengundi tegar yang menyokong Umno. Memang benar sokongan pengundi Umno di Permatang Pasir tidak lari tetapi tiada berlaku pertambahan sebagaimana yang didakwa oleh Muhyidin.

Hakikatnya, Umno & BN telah menerima penolakan kali ketujuh melalui peti undi oleh seluruh rakyat. Atas sebab itu, pemuka-pemuka Umno sentiasa memutar belit fakta seolah-olah rakyat menerima mereka.Asasnya yang mutlak-Umno & BN ditolak rakyat 1Malaysia.

No comments: