Tuesday, August 4, 2009
Pro-ISA gesa polis tahan Anwar, Hadi dan Kit Siang
Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.
Nampaknya kelompok yang "tewas" dengan himpunan rakyat yang gagah menolak ISA telah mula membuat bising dan memekik kononnya mereka adalah pembela bangsa. Sebagaimana dimaklumkan melalui sms pada Ahad lepas oleh seorang sahabat, hanya 200 orang sahaja penyokong ISA yang berhimpun dan sudah pastinya kehadiran mereka telah ditenggelam-lemaskan oleh 100 ribu rakyat yang mahukan ISA dihapuskan.
Hakikatnya jelas, walau segagah mana pun nama-nama NGO yang menyokong ISA ini, tetapi mereka juga seperti UMNO-BN telah 'ditolak' oleh rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment