1. Terima kasih kepada semua media dan bloggers kerana terus melaporkan aktiviti berkempen calon kita, Mohd Salleh Man secara adil dan profesional.
2. Saya diberitahu bahawa Yusri Isahak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat Othman semalam sekali lagi menyatakan pendirian – tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya.
3. Yusri yang berasa dirinya dikambinghitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno juga sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya, turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya Rohaizat. Apa yang ingin saya jelaskan di sini, Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Pun begitu, sehingga sekarang Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno.
4. Sebagaimana sebelum ini, saya dan PAS konsistan melihat isu pecah amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir ini. Saya yakin, minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima seorang calon yang sah pernah pecah amanah. Bagaimanapun, saya menghormati setiakawan Yusri ke atas Rohaizat, walaupun beliau sendiri sedar bahawa dirinya telahpun dikambinghitamkan oleh Rohaizat dalam pilihanraya kecil ini.
5. Semalam, Ustaz Salleh Man diumumkan mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), jika menang Adun Permatang Pasir kelak. Pengumuman itu saya yakin menyedarkan semula seluruh pengundi Permatang Pasir berhubung usaha-usaha Umno memperkecilkan Salleh, peranan PAS sendiri serta muafakat Pakatan Rakyat Pulau Pinang demi memelihara kepentingan rakyat. Selepas ini, undi esok Salleh Man akan mengangkat PAS memimpin MAIPP.
6. Esok 25 Ogos adalah hari pembuangan undi. Sebab itu dalam akhbar Warta terakhir kita, kita kepilkan bersama amanat pemimpin Pakatan serta Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri. Kita yakin pengundi berdaftar Adun Permatang Pasir ini boleh mengambil banyak pedoman sebelum membuang undi esok.
7. Di kesempatan ini juga, saya mewakili pimpinan dan sukarelawan Permatang Pasir mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menjalankan amanah mengundi esok. Sesungguhnya Ramadhan menuntut umat Islam menyucikan jiwa dan memerdekakan minda dari belenggu perkauman sempit, sifat-sifat khianat, prilaku buruk dan tidak amanah. Bulan Ramadhan adalah bulan Islah/Perubahan dan menolak apa jua sifat-sifat jelek/mazmunah dan Allah SWT menjanjikan semua amalan baik akan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda. Maka, seluruh pengundi seharusnya menjadikan Dun Permatang Pasir sebagai medan untuk terus melakukan perubahan rakyat, sebagaimana yang pernah dilakukan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti sebelum ini. Pastikan calon pilihan rakyat Mohd Salleh Man yang dikenali sebagai individu yang amanah, bercakap benar dan bersih dihantar ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelak.
Bersama Rakyat Mempertahankan Kemenangan.
Salam Ramadhan dan Selamat Mengundi. Jutaan Terima Kasih..
Dato’ Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS Pusat
No comments:
Post a Comment