Wednesday, April 24, 2013

Profil ringkas calon DUN Ampangan

Selain menggalas tugas mempertahankan kemenangan di Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan untuk memacu kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dengan mewakili Keadilan di DUN Ampangan.

Dilahirkan pada 12 Jun 1947. Keluarga beliau menetap di Sekolah Melayu Ampangan (kini Sekolah Kebangsaan Ampangan) Gedong Lalang, Ampangan sejak tahun 1951 hingga 1953. Beberapa tahun selepas itu, keluarga beliau telah berpindah di rumah kuarters kerajaan di Rahang Square, Seremban.

Bapa beliau, Abbas Bin Haji Ali seorang yang sangat dikenali di Seremban kerana menjadi Guru Kanan di Sekolah King George V Seremban dari tahun 1956 hingga 1981.

Setelah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah KGV Seremban, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Merupakan graduan Pengurusan Perniagaan ITM (kini UiTM). 

Beliau memulakan karier di sebuah syarikat koporat dan menjadi usahawan berjaya di Tenaga Ehsan Sdn Bhd sejak tahun 1987. Beliau juga merupakan lembaga pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB)

Beliau dianugerahkan pingat DSSA yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 1996.

Berkecimpung dalam bidang politik dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Umno Selangor. Selepas pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Kamarul merupakan antara pelopor Parti Keadilan Nasional sejak tahun 1998. Beliau memegang beberapa jawatan tertinggi parti antaranya Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

Pada tahun 2007, beliau telah diamanahkan oleh Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim memimpin Keadilan Negeri Sembilan sehingga berjaya memperolehi kemenangan pertama kalinya di Parlimen Telok Kemang dan memacu kemenangan di empat DUN iaitu Sikamat, Ampangan, Chuah dan Port Dickson.

Profil Ringkas


LATARBELAKANG

UMUR: 66 Tahun (Lahir pada 12 Jun 1947)

Keluarga beliau menetap di Sekolah Melayu Ampangan (kini Sekolah Kebangsaan Ampangan) sejak 1951-1953 sebelum berpindah ke Rahang Square, Seremban. Bapa beliau, Abbas Hj Ali merupakan Guru Besar di sekolah tersebut.

PENDIDIKAN
·         Sekolah Rendah King George V: 1955-1959
·         Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK): 1960-1964
·         Diploma Pengurusan Perniagaan, Institut Teknologi Mara(ITM): 1965-1968

KERJAYA
·         Pegawai Pemasaran Nestle Products: 1968-1972
·         Pengarah Eksekutif Tenaga Ehsan Sdn Bhd-syarikat Pembangunan Hartanah
(1987-kini)
·         Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB): 2010-kini

POLITIK
·         Bendahari Agung, Parti Keadilan Nasional (2003-2005)
·         Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (2005-2007)
·         Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan (2007-kini)
·         Ahli Parlimen Telok Kemang (2008-2013)


No comments: