Friday, April 5, 2013

PR NS bersedia hadapi PRU-13

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang memperlihatkan PR telah membuat persiapan dan persediaan awal berbanding negeri-negeri lain. Ia terbukti dengan kewujudan sebuah badan penyelaras iaitu Pusat Koordinasi PRU-13 PR NS yang menjadi pusat kerjasama dari segi gerakan, kempen, penganjuran program selain membincangkan hal-hal strategik melibatkan sebelum pilihanraya, semasa tempoh berkempen dan persiapan ke arah berkerajaan.

PR Negeri Sembilan juga menjadi negeri pertama yang selesai perbincangan pembahagian kerusi dengan Keadilan NS bertanding 13 Dun, DAP NS (11) dan PAS NS (12) manakala kerusi parlimen kekal status-quo dengan Keadilan (3), DAP (2) dan PAS (3).

Persiapan dan persediaan barisan calon dari setiap parti telah selesai 90 peratus dan menunggu masa untuk diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

Keadilan dan Pas dijangka akan membariskan 80 peratus muka baru, manakala Dap dijangka mengekalkan kebanyakan penyandang dan cuma menampilkan beberapa calon baru. 


No comments: