Senarai calon-calon Pakatan Rakyat di Telok Kemang; Dari kiri: Ean Yong Tin Sin (Lukut), Rosman Jonet (Linggi), Chai Tong Chai (Chuah), Hj Ramli Ismail (Bagan Pinang) & M.Ravi (Port Dickson) |
Setelah tamat penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013 (Sabtu), semua calon Pakatan Rakyat di Telok Kemang layak bertanding.
Saingan peringkat Parlimen Telok Kemang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan penyandang, Dato Kamarul Baharin Abbas akan berhadapan dengan calon MIC-BN, V.S Mogan dan seorang calon Bebas-Kamaruddin Kumarel Abdullah. Situasi ini mengulangi sebagaimana PRU 2008 lalu yang melibatkan pertandingan tiga penjuru.
Keadilan dilihat berpeluang untuk mempertahankan kemenangan di Telok Kemang walaupun BN menampilkan calon baru di peringkat parlimen dan seluruh dun dalam Telok Kemang.
Pakatan Rakyat mengekalkan semua penyandang dan calon di Chuah, Lukut, Port Dickson dan Bagan Pinang manakala Keadilan menampilkan calon baru di Linggi iaitu Rosman Jonet, bekas Pengurus Besar Affin Bank yang merupakan anak jati Kg Tampin, Linggi.
Calon Pas Dun Bagan Pinang, Haji Ramli Ismail kembali diberi kepercayaan untuk menawan kawasan tersebut. Kali ini peluang untuk meraih kemenangan di Bagan Pinang dilihat lebih terbuka berbanding PRU 2008.
No comments:
Post a Comment