Monday, April 22, 2013

Pembukaan Bilik Gerakan Taman Dusun Setia, DUN Ampangan


Walaupun hujan turun lebat jam 5:30 petang tadi namun situasi itu tidak menghalang para petugas dan jentera untuk kekal hadir mendengar taklimat dan ucapan semangat daripada Pengerusi Keadilan NS yang juga merupakan calon DUN Ampangan-Dato Kamarul Baharin Abbas.

Dalam suasana hujan lebat itu, Ketua Penerangan Keadilan NS-saudara Ibrahim Yusof telah menyampaikan beberapa taklimat ringkas berkenaan gerak kerja dan persediaan berkempen di Taman Dusun Setia.

Dato Kamarul sempat menyampaikan ucapan ringkas yang cukup bersemangat kepada hadirin. Kehadiran beberapa jemaah Surau Taman Dusun Setia bersama imam besar surau kawasan tersebut memperlihatkan kesungguhan rakyat sekitar untuk turut sama membantu gerakan dan kempen Keadilan di Ampangan.

Sebelum itu, sekitar jam 2.00 hingga 3.00 petang Dato Kamarul bersama pasukan petugas pilihanraya dun telah meluangkan masa bertemu dengan para pemilih di Pasar Ampangan.

Walaupun ada spekulasi-spekulasi liar menyebut jentera Keadilan DUN Ampangan lumpuh, ia sekali pun tidak menghalang gerakan jentera parti untuk meneruskan gerak kerja dan program-program di sekitar Ampangan. Ia adalah satu 'psywar' yang telah dijalankan oleh pihak lawan untuk mewujudkan persepsi bahawa berlaku penolakan calon Keadilan di Ampangan.

No comments: