Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.
Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar di hotel tersebut.
Hotel tersebut terletak di sebelah bangunan pejabat SPRM di mana Teo Beng Hock, 30, terbunuh dipercayai jatuh dari bangunan tersebut semalam.
Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.
Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.
Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap ialah pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.
No comments:
Post a Comment