Friday, September 5, 2008

Mesyuarat Agung Penubuhan Bahagian Rembau

Setelah menunggu tiga tahun lebih, akhirnya pada 16 Jun 2008 Bahagian Rembau telah mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Sembilan.

Pada Ahad ini, 7hb. September 2008 Bahagian Rembau akan mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan Bahagian (MAPB) jam 2.30 petang di Pusat Khidmat Rakyat, No. 390, Taman Seri Rembau, Rembau, Negeri Sembilan.

Perasmian MAPB Rembau ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan turut dijemput hadir ke majlis perasmian ini.

MAPB Rembau ini juga akan berlangsung pemilihan untuk jawatankuasa bahagian. Semoga pemilihan tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa ada berlaku sebarang kemungkinan yang bakal mengganggu perjalanan majlis.

Selepas MAPB, akan dijadualkan juga majlis penyampian bantuan fakir miskin dan agihan bubur lambuk serta berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan MATB & lain-lain acara berkaitan, sila hubungi:
Ketua Penaja Rembau, Radzali Ghani (013-341 8171)
atau
Norazizi Aziz (012-369 6474)

1 comment:

Anonymous said...

Sedia tangkap Ketua PBB sarawak.
jangan bagi dia lari... Dengar dia
dah ready nak ke Australia. Tahan Passport Antarabangsa dia dan YB lain lain.