Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah akan diadakan malam esok di Surau Hitam, Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.
Majlis ini dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Menurut Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS negeri, Saudara Suhairi, penceramah yang dijadualkan hadir ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Saudara Zulkifly Omar, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas.Untuk makluman dan pertanyaan berkenaan majlis ini, anda boleh hubungi Saudara Suhairi di talian 019-299 8345.
Fakta Majlis:
Majlis Berbuka Puasa & Ceramah.
Tarikh: 6hb. September 2008/ 6 Ramadhan (Sabtu)
Masa: 6.45 petang.
Tempat: Surau Hitam, Gedung Lalang, Ampangan.
Susun Acara:
- 6.45 pm: Tazkirah.
- 7.16 pm: Waktu berbuka.
- 8.30pm: Solat Isyak & Terawih.
- 9.30pm: Ceramah.
No comments:
Post a Comment