Monday, November 25, 2013

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
kongres
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.

Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56796

No comments: