Thursday, November 7, 2013

Naik caj Astro RM2, lagi beban kepada pengguna

KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.
yahya-sahri
Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.

“Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.
“Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang,” tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.
Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.
Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.
Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56639

No comments: