dipetik daripada Malaysiakini
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.
Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.
Persidangan DUN bersambung esok.
-Bernama
Thursday, November 28, 2013
Talam tuntut RM324mil dari Chua Tee Yong
dipetik daripada Malaysiakini
Syarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah.
Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh KiniBiz, Tee Yong, anak kepada presiden MCA Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam.
Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media.
Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah.
Menteri akui warga Bangladesh antara teramai hijrah ke Malaysia
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui warganegara Bangladesh antara teramai yang dibenar tinggal di Malaysia dalam tempoh jangka panjang sejak Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilancar sehingga Ogos 2013.
Menurutnya, Bangladesh mencatat kedudukan ketiga teramai dengan jumlah 2,603 daripada 22,320 warganegara asing dari 122 negara yang diluluskan untuk tinggal di negara ini.
Katanya, China mencatat rekod tertinggi diikuti Jepun dan United Kingdom serta Iran berkedudukan selepas Bangladesh.
“Daripada jumlah ini, bilangan peserta teramai adalah dari negara China (4,187), diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), United Kingdom (2,016), dan Iran (1,266),” kata Nazri.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung statistik warga asing yang berhijrah ke Malaysia mengikut nama negara asal mereka dan tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2002.
Penjelasan ini sekaligus membuktikan kerajaan sebelum ini berdolak-dalik dalam isu lambakan warga asing di negara ini termasuk warganegara Bangladesh yang didaftar sebagai pemilih untuk mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menjelaskan mengenai cadangan meningkatkan kriteria bagi menyertai MM2H, Nazri berkata, buat masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk mengubah kriteria bagi warganegara asing yang ingin menyertai program tersebut dalam masa terdekat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56814
Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah – Anwar
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Pakatan Rakyat membantah penolakan kerajaan terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura ke atas Malaysia.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap kerajaan yang tidak habis-habis berlembut dalam isu tersebut menunjukkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat kerajaan yang lembik menangani isu ini sepertimana saya nyatakan minggu lepas.
“Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan negara, keselamatan negara dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya,” kata Anwar kepadaKeadilan Daily.
Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.
Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan ketiga-tiga negara tersebut yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin negara.
Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia – Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden.
“Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan ’5-Eves’ yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.
“Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura merupakan rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik Australia iaitu “Defence Signals Directorate” untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.
“Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka,” kata Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Tambahnya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil, Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.
“Kecaman keras daripada Dewan perlu bagi memberi tekanan kepada ketiga-tiga negara. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka.
“Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56818
Kenyataan fitnah: Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu berhubung tuduhan kononnya beliau melarikan RM200,000 wang Zahida yang disiarkan di akhbar.
Noor Azman, 38, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu.’
Pada 5 Mac tahun lepas, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya Noor Azman melarikan wang tunai miliknya.
Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.
Sebelum ini, Noor Azman membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.
Noor Azman dalam laporan itu menjelaskan, beliau diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.
Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.
Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.
Azman yang diwakili peguam Latheefa Koya ditemani Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian KEADILAN, Dayangku Intan yang juga ibu saudaranya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56838
Monday, November 25, 2013
Wan Azizah: Tindakan keras jika rasuah dalam pemilihan
dipetik daripada Malaysiakini
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas perbuatan yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.
Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.
“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.
Beliau mengakui bahawa pemilihan langsung pada kali pertama pada 2010, yang memberi hak kepada semua anggota untuk mengundi, dihantui banyak “kelemahan”.
“Dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.
Kongres khas pada hari ini diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan juga beberapa perubahan lain.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas perbuatan yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.
Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.
“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.
Beliau mengakui bahawa pemilihan langsung pada kali pertama pada 2010, yang memberi hak kepada semua anggota untuk mengundi, dihantui banyak “kelemahan”.
“Dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.
Kongres khas pada hari ini diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan juga beberapa perubahan lain.
KEADILAN beri kuasa mutlak kepada anggota parti- Wan Azizah
SHAH ALAM 24 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan perlembagan baru parti itu memberi kuasa mutlak kepada setiap anggotanya untuk memilih pimpinan pada pemilihan parti itu akan datang.
Berucap merasmikan kongres khas KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau berkata, KEADILAN adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi.
“Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.
“Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan. Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan,” ujarnya.
Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.
“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.
Katanya, pindaan itu antara lain turut dilakukan bagi memperkasa fungsi wanita sehingga 30% dalam peringkat pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua.
“Fasal 5.14 mengiktiraf martabat wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi serta mencapai kepimpinan membuat keputusan sekurang-kurangnya 30% demi memastikan hak dan kepentingan mereka terpelihara,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56789
Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara
SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana parti lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56796
Tuesday, November 19, 2013
PKR tentang kerajaan perkenal had jangka hayat kereta
dipetik daripada FMT.com
Cadangan menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun ini akan menindas keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai.
PETALING JAYA: PKR akan menentang habis-habisan sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan dan harga kereta nasional turun setanding dengan model yang sama di negara lain.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata demikian susulan daripada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
Dalam siaran medianya, Rafizi mengatakan apa yang lebih membimbangkan adalah Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat.
“Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta,” jelas beliau.
MP Pandan itu turut menyatakan bahawa cadangan menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun ini akan menindas keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai.
“Keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia. Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta-kereta ini, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.
“Cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan dari tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU13. Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, Barisan Nasional menaikkan pula harga minyak,” katanya lagi
Rafizi turut mengenalpasti struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga kereta melambung di Malaysia.
“Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
“Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara-negara lain. Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,” tegasnya.
Oleh sebab itulah, katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.
“Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca dari tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.
“Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara-negara lain bagi model yang sama,” katanya lagi.
Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.
Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.
Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.
Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.
Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.
MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.
Shahidan: Demi kepentingan negara
Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.
Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.
Beliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.
"Beliau mewakili negara dan mewakili kepentingan negara," katanya.
Jawapan beliau itu mendorong MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kiri) untuk bangkit dan terus mengasaknya tentang peranan isteri perdana menteri.
Mahfuz ingin tahu jika isteri perdana menteri dibenar mewakili negara dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.
'YB boleh, isteri YB tak boleh'
Shahidan bagaimana pun gagal memberikan penjelasan memuaskan dan hanya menggunakan dirinya yang akan mewakili negara ke satu persidangan di Ankara, Turki tidak lama lagi.
Mendengar jawapan itu, beberapa MP bangun membantah dan ada antaranya bersuara dengan lantang:
Rosmah pada 10 November lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.
Azmin mendakwa, penerbangan itu disahkan kerajaan dilakukan dengan menggunakan jet eksekutif.
Awal bulan ini, Parlimen diberitahu, jet yang digunakan kerajaan menelan belanja sebanyak RM14.95 juta untuk belanja petrol dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.
Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000.
Ejen CIA di pejabat Peguam Negara, Najib terus membisu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing,” soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media.
“Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara,” katanya.
Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56671
Dari mana RM40 juta untuk dana Utusan?
(Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 15 NOV: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempersoalkan dari punca manakah RM40 juta dana tambahan yang disuntik ke dalam Utusan Melayu (M) Bhd bagi membantu lidah rasmi Umno tersebut.
“Dari mana Umno boleh dapatkan wang sebanyak itu, apakah Umno ini sebuah syarikat besar yang mampu menjana berjuta-juta ringgit setahun?,
“Perniagaan apa yang Umno buat? kata Johari kepadaKeadilandaily.
Bursa Malaysia dilaporkan pada 13 November lalu menyatakan Umno akan menyuntik RM40 juta dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan ‘two-call rights issue (TCRI)’.
Tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8% kepada 53.1%.
Dengan jaminan membeli saham terbitan hak itu, kuasa mengundi Umno meningkat kepada kira-kira 67.2% peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan.
Menurut Johari, dana suntikan itu perlu didedahkan kerana mewujudkan kesangsian bahawa wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan digunakan bagi tujuan itu,
Tegasnya sekiranya wang dijana dari GLC umno bagi menyelamatkan akhbar milik mereka, ia sama sekali tidak beretika.
“Saya risau wang GLC yang dimiliki oleh negara akan digunakan bagi tujuan tersebut, Umno tidak boleh sama sekali guna wang dari syarikat milik negara,” ujar Johari.
“Kita perlu ingat bahawa syarikat GLC adalah milik negara, bukan milik parti politik yang jadi pemerintah negara” katanya.
Utusan Malaysia dilaporkan dibebani hutang sebanyak RM195 juta pada Oktober 2013 malah pada 2012 akhbar tersebut terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM15. 8 juta.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dikatakan menyerahkan surat arahan rasmi secara bertulis kepada semua pengarah agensi dan syarikat GLC untuk membeli ruang iklan dalam Utusan bagi membantu akhbar tersebut terus bertahan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56741
Thursday, November 7, 2013
Naik caj Astro RM2, lagi beban kepada pengguna
KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.
Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.
“Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.
“Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang,” tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.
Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.
Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.
Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56639
Anwar: Seluruh negara Asean harus bantah intipan Amerika
JAKARTA 6 NOVEMBER: Seluruh negara Asean harus membantah keras intipan Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara terlibat, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lapor Kompas.com, Anwar berkata, melalui penyatuan semua negara Asean, bantahan lebih mudah dan didengari.
“Kita harus ambil sikap (tindakan), harus tegas, terutama menuntut mereka untuk minta maaf. Segera keluarkan (ungkapan(kenyataan)) siapa saja yang terlibat,” kata Anwar pada pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Irman Gusman di Jakarta, semalam.
Katanya, negara-negara Asean seperti Indonesia dan Malaysia yang dikhabarkan diintip Amerika masih berlembut dan tidak tegas.
Menurut Anwar, Indonesia hanya sekadar melakukan bantahan tanpa tindakan lebih jauh.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, reaksi Indonesia itu lebih baik dibandingkan pemerintah Malaysia yang sama sekali belum mempamerkan bantahan.
“Sampai sekarang pemerintahan Malaysia belum ada pernyataan keras terhadap (isu) ini. Sering kali kita menemukan sikap yang lemah,” kata mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu, lapor portal Indonesia itu dipetik.
Anwar selanjutnya membandingkan dengan negara-negara Eropah seperti Jerman yang juga menjadi sasaran intipan Amerika. Ini kerana Jerman menentang keras setelah mengetahui Kanselor Jerman, Angela Merkel diintip.
“Jerman sebagai negara tetangga (jiran) masih dicurangi, apalagi negara Asia. Untuk itu, kita harus memprotes keras. Harus tegas, terutama menuntut untuk (Amerika) meminta maaf,” tegas Anwar.
Dilaporkan, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS diketahui mengintip komunikasi negara-negara sekutu mereka di Eropah. AS juga disebut mengintip komunikasi pemerintah Indonesia. Australia juga dilaporkan melakukan hal yang sama terhadap Indonesia.
Laporan terbaru di laman Sydney Morning Herald 31 Oktober lalu menyebut, pejabat Kedutaan Besar Australia di Jakarta turut menjadi lokasi intipan maklumat elektronik.
Sehubungan itu, Kerajaan Indonesia meminta pengesahan Kedutaan Besar AS dan Australia mengenai intipan yang diduga dilakukan kedua-dua negara tersebut terhadap negara itu tetapi hasilnya, AS mahupun Australia sekadar membisu.
Anwar dalam kenyataan sebelum itu menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap tindakan tercela itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56626
Subscribe to:
Posts (Atom)