KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Kesemua Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat melulus dan meneruskan aliran dana kepada syarikat NFC perlu bertanggungjwab terhadap kes penyelewengan wang kerajaan itu.
Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa berkata, dana berkenaan diluluskan ketika Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Pertanian kemudian penggantinya Mustafa Muhamad dan seterusnya diganti oleh Noh Omar.
Beliau berkata, ketiga-tiga menteri itu perlu disoalsiasat dan dihadapkan ke mahkamah memandangkan kesemua kerugian dana yang diselewengkan itu perlu dipikul oleh kerajaan Malaysia.
“Wang tersebut adalah dari dana kerajaan, ketiga-tiga menteri ini bertanggungjawab menyalurkan wang dari kementerian mereka untuk kegunaan rakyat, bukan kegunaan kroni,” katanya
Fariz turut menyatakan rasa kesalnya apabila dua dari menteri yang terlibat dengan skandal itu masih dilantik menjadi menteri kabinet baru selepas prestasi buruk mereka sepanjang menjadi Menteri Pertanian dahulu.
“Amat menyedihkan apabila dua menteri (Muhyiddin Yasin dan Mustafa Mohamad) masih dikekalkan dalam kabinet sedangkan mereka bertanggungjawab ‘melesapkan’ dana kerajaan
“Adakah kerajaan Malaysia mengizinkan ‘jenayah’ dilakukan secara terang oleh menteri-menteri itu?” soal Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54334
No comments:
Post a Comment