Wednesday, July 10, 2013

Speaker tak mahu pertahan jawatan ketua cabang

Speaker DUN Pulau Pinang Law Choo Kiang berkata beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti PKR akan datang dan tidak akan menerima apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh parti.

Katanya, ia bagi memastikan beliau dilihat sebagai Speaker yang dwipartisan.

Law juga berkata beliau tidak merancang untuk meletak jawatan dari parti, namun beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang Batu Kawan.

Dalam sistem Westminster, seseorang Speaker akan meletak kesemua jawatan dalam parti.

Keputusan Law itu mencerminkan alasan Pakatan Rakyat ketika mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Law juga berkata, tempoh beliau menjadi ADUN selama dua penggal sudah memadai.

“Tanpa jawatan (parti), saya menanggung beban politik yang berkurangan kerana saya tidak lagi perlu bertanding (untuk jawatan terbabit).

"Saya tidak kata saya mahu bersara dari politik. Saya sanggup menimbang semuka keputusan mengikut arahan parti kerana soal bertanding bergantung kepada parti,” katanya.

No comments: