Satu pertemuan tertutup oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan seluruh Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, semua exco AMK dan Wanita Keadilan Negeri Sembilan telah diadakan pada 8 Julai 2013/ Isnin lepas yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Seremban.
Turut terlibat dalam pertemuan ini adalah semua mantan calon PRU-13 Keadilan Negeri Sembilan.
Ini adalah pertemuan pertama Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kepimpinan negeri selepas PRU-13. Pertemuan tertutup ini lebih kepada menyemarakkan kembali semangat berkerja dan perjuangan dikalangan pimpinan negeri dan sayap.
No comments:
Post a Comment