Friday, February 22, 2013

KEADILAN lancar badan pemikir bebas, Institut Rakyat


PETALING JAYA 21 FEB: KEADILAN melancarkan Institut Rakyat, sebuah badan pemikir bebas sebagai platform penyelidikan yang berperanan membuat kajian dan memberi saranan implementasi dasar kepada parti dan kerajaan.
IMG_9140
Pada sidang media selepas majlis pelancaran disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Empire di sini, hari ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata setiap perancangan tidak boleh dibuat secara ad-hoc (tergesa-gesa), dalam konteks perubahan politik di Malaysia.

“Negara memerlukan perencanaan baik dan rapi sebagai panduan kepada pelaksanaan dasar,” katanya yang juga Pengerusi Institut Rakyat.
Timbalan Pengerusi Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali pula berkata, badan pemikir itu akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembentangan kertas dasar, forum akademik ekonomi dan pentadbiran selain latihan kepada belia dan pimpinan muda.
“Kita akan adakan mesyuarat bersama untuk dipersetujui lembaga pengarah. (Sekarang ini) Institut Rakyat merangka dasar yang akan dilaksanakan, menulis kertas dasar, penyelidikan dan menghasilkan penerbitan,” katanya.
IMG_9148
Ditanya sama ada Institut Rakyat turut menggubal dasar dan manifesto KEADILAN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, Syed Husin berkata, kerja penyelidikan institut berkenaan terpisah.

Institut Rakyat terdiri dari ahli lembaga pengarah, panel penasihat hub penyelidikan dan belia yang memfokus kepada kajian ekonomi/kewangan, undang-undang, pentadbiran serta keadilan sosial.
Institut itu merupakan kumpulan pemikir yang mengkhususkan pemerhatian aspek media, seni, budaya, pembangunan manusia, kestabilan, dasar luar negara dan keselamatan.
Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Tricia Yeoh, pula berkata hubungan kerajaan dengan rakyat atau parti politik dengan rakyat, tidak lagi bersifat sehala berikutan rakyat kini lebih celik politik.
“Institut menawar debat polisi dan mengajak rakyat terlibat sama. Kita melakukan hubungan melalui debat, forum dan bengkel. Kita raikan peranan semua pihak,” katanya.
IMG_9259
Antara panel penasihat institut itu ialah Dr Azmi Sharom, Dr Jomo Sundaram, Dr Maznah Mohamad, Dr Pawancheek Marican dan Profesor Zaharom Nain manakala penasihat penyelidik ialah Azrul Azwar Tajuddin, Wong Chen, Ginie Lim dan Yin Shao Loong.

Institut Rakyat beralamat di No 6, Lorong 5/17D, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Maklumat mengenai institut itu boleh diperolehi melalui www.institutrakyat.orgatau menghubungi talian 017-2043277 dan emel info@institutrakyat.org
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45656

No comments: