Thursday, February 7, 2013

Banner PR dicabut di Palong, tanda Umno kian bacul!

Banner PR yang dipasang pada Ahad (3/2/2013) di Daerah Mengundi Palong 4,5 & 6
 ini telah dicabut !
Umno meneruskan sikap tidak demokratik dan politik bacul dengan sengaja mencabut dan merobohkan sebuah banner gergasi yang dipasang oleh jentera pilihanraya bagi Dun Palong pada Isnin lalu. 

Tindakan ini amat bertentangan dengan kenyataan angkuh beberapa pemuka utama Umno di Jempol khususnya di kawasan Palong bahawa Palong adalah kubu Umno. Jika benar Umno berpengaruh dan kuat di Palong, persoalan timbul mengapa pihak mereka bersikap kebudak-budakan dengan meroboh dan mencabut banner kepunyaan PR sedangkan pihak Umno-BN juga telah memasang bendera-bendera dan propaganda mereka di bilboard?

Mungkin ada benar maklumat lisan yang disampaikan oleh beberapa pengikut Umno di Palong bahawa pemuka-pemuka utama Umno Jempol mulai tergugat dengan gerakan aktif PR sejak tahun lalu. Umno sudah mulai rasa tidak selesa di kubu kuat mereka ini khususnya di kawasan-kawasan Felda. Tambahan pula khabar angin menyebut Adun Palong sekarang, Dato Aziz Samsudin bakal digugurkan sebagai calon kerana beliau adalah orang Kem Mohamad Hassan, kini hangat diperkatakan bakal dicantas oleh Kem Isa Samad yang telah menyusun gerakan politiknya untuk kembali menguasai Negeri Sembilan!

Menurut Setiausaha Biro Felda & Orang Asal Keadilan Pusat, Rebin Birham yang dipetik daripada lama FB beliau, banner tersebut telah dipasang sekitar jam 4.00 petang pada hari Ahad lalu, namun awal pagi Isnin banner tersebut telah hilang dicabut dan dirobohkan oleh Umno.



No comments: