Semalam (22 Oktober 2012/Isnin), wakil-wakil PR NS yang diketuai oleh Setiausaha Keadilan NS, Sabaruddin Mohd Yassim bersama Setiausaha DAP NS dan PAS NS berserta wakil-wakil sayap muda masing-masing telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Seremban untuk menghantar permohonan kali kedua bagi mendapatkan jawapan MPS berkenaan permohonan menggunakan Padang MPS pada 3 November akan datang.
Permohonan pertama bertarikh 11 Oktober 2012 yang telah dihantar oleh Sekretariat PR NS kepada MPS masih belum mendapat jawapan.
Namun agak mengejutkan ketika wakil-wakil PR NS hendak menghantar permohonan kali kedua ke Tingkat 2 telah dihalang oleh pihak keselamatan MPS atas arahan pihak atasan. Memahami keadaan tersebut dan menghormati petugas awam, wakil-wakil PR NS bersetuju untuk menunggu di lobi menanti kehadiran wakil YDP MPS.
Penolong Setiausaha (Tadbir) MPS, Hairulazmi Mohd Ali mewakili YDP MPS menerima permohonan yang diserahkan oleh wakil-wakil PR NS.
Kehadiran tidak dijangka beberapa anggota Cawangan Khas turut dilihat sepanjang wakil-wakil PR NS berada di lobi MPS.
No comments:
Post a Comment