Walaupun pihak KEADILAN Negeri Sembilan dan Cabang Jelebu telah merancang program Minum Petang (Hi-tea) bersama rakyat di Pertang telah mendapat halangan oleh penyokong-penyokong Umno, namun halangan tidak demokratik itu tidak sedikit pun mengagalkan program tersebut.
Program yang sepatutnya berlangsung di Dewan Orang Ramai Simpang Pertang telah berjaya dijalankan di sebuah kedai kopi di Pekan Simpang Pertang. Lebih menyakinkan keseluruhan kedai kopi tersebut dipenuhi oleh para penduduk Cina Pekan Simpang Pertang.
Usaha Umno di Pertang yang cuba menggagalkan program tersebut tidak berjaya malah membangkitkan semangat masyarakat setempat untuk hadir mendengar taklimat dan penerangan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya-YB Goh Bourne dan ADUN Chuah-YB Chai Tong Chai. Turut hadir sama adalah beberapa pimpinan Keadilan NS seperti Saudara Tang Jay Soon selaku Pemangku Ketua Cabang Jelebu, Saudara Ng Yong Sam-AJK cabang Telok Kemang dan beberapa pimpinan utama yang lain.
Ini suatu petanda positif bahawa pihak Umno di Pertang merasa tergugat dengan program-program penerangan yang dijalankan oleh Keadilan. Jika pihak mereka berkeyakinan kuat untuk terus berkuasa, seharusnya tindakan-tindakan tidak demokratik ini tidak terjadi.
No comments:
Post a Comment