dipetik dari Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 12 Jun: Bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara
Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan.
Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, tunangan anak perempuan Najib itu didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.
Bagaimanapun, sumber akhbar itu dipetik berkata, Daniyar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.
Sementara rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.
The New York Post turut melaporkan, jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan Najib telah menghabiskan sebanyak RM1 juta dalam lawatannya ke Kazakhstan.
Perbelanjaan untuk lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara itu didedahkan Kementerian Luar Negara di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu.
Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, Jun tahun lalu.
Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya, Daniyar.
Sehingga kini, pasangan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar masih belum mendirikan mahligai perkahwinan.
Rakyat bagaimanapun menanti reaksi Perdana Menteri berhubung penipuan oleh bakal menantunya itu.
Berita asal di sini
No comments:
Post a Comment