Wednesday, October 5, 2011

Siasatan: Polis langgar SOP di Hospital Tung Shin

Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageMengulas laporan siasatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, dalam satu kenyataan lewat petang ini, berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata Mahmood.

Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

NONE“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam hospital," kata Mahmood.

Siasatan dalaman itu juga mengesahkan gas pemedih mata dilepaskan dari arah premis Waz Lian oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di luar kawasan hospital.

Dakwaan tak benar

“Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan,” kata Mahmood lagi.

Laporan siasatan itu juga menyatakan bahawa ‘bom asap’ telah dilontarkan oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan Hospital Bersalin Cina (CMH).

NONE“Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan dari Tung Shin.

“Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) sejak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya.

Menurut Mahmood, keputusan merujuk senarai polis yang melanggar peraturan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya, membuktikan bahawa kerajaan serius memastikan setiap kakitangan menghormati garis panduan kerja yang ditetapkan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3“Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada mulanya menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar yang telah diedarkan secara meluas di Internet mencadangkan sebaliknya. Ini memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan “Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan".

No comments: