Monday, October 24, 2011

AMK N. SEMBILAN MEMBANTAH KENYATAAN TPM TS MUHYIDDIN YASSIN 19 Oktober 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) membantah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke N. Sembilan pada 15 Oktober 2011 atas dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.
Kenyataan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri yang seumpama ini adalah suatu bentuk kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berdasarkan fakta yang tepat.
AMK N9 tidak ambil peduli jika kenyataan yang dibuat tersebut keluar daripada mulut Ketua Penerangan UMNO kerana kita maklum bahawa ini adalah propaganda dan kempen politik mereka. Namun sebagai individu nombor dua Negara mengeluarkan kenyataan seumpama ini adalah dilihat dangkal dan memalukan.
Kita memohon agar TPM membuktikan dakwaan beliau dan sekiranya tidak mampu untuk membuktikan tuduhan tersebut, maka Timbalan Perdana Menteri harus bertanggungjawab dan memohon maaf kepada Kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.
AMK juga menyarankan agar rakyat Negeri Sembilan merujuk kepada saudara mara, sahabat dan rakan-rakan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mengetahui situasi sebenar pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat disana. Telah banyak dasar-dasar berkepentingan rakyat yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor umpamanya TAWAS (Tabung Warisan Selangor), SMUE (Skim Mesra Usia Emas), Bantuan Khairat Kematian RM 2500, Bantuan Pendidikan RM 1000, Air Percuma dan pelbagai lagi usaha-usaha untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor kepada rakyat.
Ini bukti hanya 3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berbanding UMNO/BN yang telah diberikan mandat hampir 54 tahun. Ternyata 3 tahun Pakatan Rakyat dilihat lebih baik dan bermakna buat rakyat sekaligus menempelak kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohd Nazree bin Mohd Yunus
Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

No comments: