Monday, October 13, 2008

Parlimen Kulim tetap dimiliki KeADILan

dipetik dari Suara Keadilan Online
KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER (SK) - Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen petisyen pilihan raya Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kemukakan selepas Barisan Nasinal (BN) menarik balik petisyen berkenaan.

Kerusi berkenaan yang dimenangi, Zulkifli Nordin pada pilihanraya umum ke 12, Mac lalu kini kekal milik calon KeADILan itu.

Pada 27 April lalu, calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir memfailkan petisyen dengan alasan Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan Raya.

Keputusan kes berkenaan sebelum ini telah ditunda beberapa kali dan ianya sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star, 3 Jun lepas.


No comments: