Wednesday, October 15, 2008
Kenyataan Media PKR Negeri Sembilan
Saya YB Chai Tong Chai, selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan merangkap ADUN Chuah menyifatkan peristiwa yang berlaku ke atas Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman bersabit keputusan Mahkamah Khas, sebagai suatu titik hitam yang amat malang.
Kami anak watan Negeri Sembilan merasa amat dukacita dan kecewa terhadap Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri yang tidak langsung perihatin terhadap darjat Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.
Sebagai rakyat di negeri yang kaya dan penuh beradat, YAB Menteri Besar dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sepatutnya mengambil langkah-langkah bagi mengelak peristiwa hitam ini berlaku. Peristiwa malang ini tidak mungkin berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.
Sebagai ikhtibar, maka tibalah masanya Institusi Raja-raja Melayu dimartabatkan semula sebagaimana yang termaktub dalam Rukunegara. (Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara)
Daulat Tuanku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment