Thursday, October 30, 2008
Sambutan Rumah Terbuka Keadilan Rembau di DUN Paroi meriah
SENAWANG – ( 25.10.2008 ) Kira-kira 40 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim & Miskin Negeri Sembilan ( PEYAKIN ) telah diraikan di majlis rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau yang diadakan di Restoran Sabar Menanti, Taman Widuri Indah, Senawang.
Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 830 malam terpaksa diawalkan memandangkan kehadiran lebih 2000 orang seawal jam 730 malam.
Menurut Pengurus Restoran Sabar Menanti, S. Musliadi Sabtu, meraikan anak-anak yatim adalah tradisi yang telah dilakukan sejak 2 tahun lepas di restoran beliau. “ Tapi bagi saya, tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun yang sudah kerana memandangkan pihak kami yang tak menang tangan untuk melayan pengunjung yang hadir, apatah lagi Keadilan Rembau telah sudi untuk sama-sama menyumbang dan meraikan anak-anak yatim sempena Aidilfitri pada tahun ini.”
Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin dalam ucapannya telah menegaskan bahawa walaupun kita bergembira di Hari Raya ini, namun kita tidak harus lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. “ Memang Hari Raya disambut dengan kegembiraan untuk merayakan kemenangan setelah kita berjuang di bulan Ramadhan, namun Hari Raya juga bermaksud kita mengagih-agihkan nikmat yang kita peroleh untuk dinikmati sesama manusia.”
Kemeriahan sambutan rumah terbuka Keadilan Rembau itu juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak istimewa dari Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan, Taman Tuanku Jaafar.
Dalam majlis itu, Dato’ Kamarul Baharin Abas yang merupakan ahli Parlimen Teluk Kemang merangkap Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan secara peribadi telah sudi untuk menyampaikan cek bernilai RM 2000 kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa.Beliau yang tidak dapat hadir ke majlis itu telah diwakili oleh Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan. Selain itu, Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin telah menyumbangkan RM 500 kepada Persatuan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PEYAKIN)melalui tabung Jejak Fakir. Dalam majlis itu juga, Pengurus Restoran Sabar Menanti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak istimewa.
Rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Rembau itu juga turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari PAS, Pengerusi Ibunita, Absah Azizul Rahman dan Yang Dipertua PEYAKIN, Omar Abu Bakar.
Sambutan Hari Raya keadilan rembau di DUN Kota
Kampung Bintongan, KOTA (26.10.2008) - "Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli UMNO cawangan Kampung Batu ini.." itulah diantara petikan ucapan Pengarah Keadilan DUN Kota, Sdr Yusof Tapa yang juga bekas ahli UMNO. Menurut beliau, kemaafan itu dipohon kerana beliau tidak mampu lagi untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO. Ini kerana perjuangan UMNO telah tersasar jauh dari perjuangan asal dan tidak lagi relevan dengan rakyat di Malaysia.
Dalam Jamuan Hari Raya Keadilan Rembau peringkat DUN Kota itu, 5 orang fakir miskin telah di berikan sumbangan oleh Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Sdr Badrul Hisham Shaharin. Isteri beliau juga turut memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis itu.
Lebih 1500 orang telah membanjiri rumah Sdr. Yusof Tapa yang menjadi tuan rumah kepada Program Ceramah sempena Raya dan Jamuan Rumah Terbuka DUN Kota itu. Program itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Azmin Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak. Beliau yang merupakan penceramah utama dalam majlis itu telah menyeru kepada orang ramai agar bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau ini? Ke mana dia ketika banjir melanda Rembau? Beliau ( Khairy Jamaludin ), sedang bertungkus-lumus mencukupkan kouta untuk membolehkan beliau bertanding Ketua Pemuda UMNO. Mana kepedulian beliau kepada rakyat Rembau? Saya menyeru kepada semua. Buat tindakan bijak. Ayuh sertai Pakatan Rakyat dan mari kita sama-sama buat perubahan terhadap negara kita yang tercinta ini" tegas beliau.
Dalam majlis itu juga, Sdr Yusof Tapa telah menyerahkan sebanyak 237 borang keahlian dari ahli UMNO yang menyertai Keadilan. YB Azmin Ali juga telah sudi untuk melancarkan Program Bersih & Baiki secara simbolik dengan menyerahkan tukul besi kepada Sdr Zairul Izman, Ketua AMK Keadilan Rembau. Program ini adalah program mencari rumah-rumah orang miskin yang boleh dibersihkan dan diperbaiki di dalam Parlimen Rembau.
Majlis rumah terbuka itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Kamarul Baharin Abas (Ahli Parlimen Teluk Kemang ), YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), Tn Hj Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi), Sdr Rozmal Malakan ( YDP Kawasan Rembau ) serta pimpinan daripada pakatan rakyat Negeri Sembilan
Rais Kesal Politik Wang!
Oleh Hazman Hashim (Setiausaha Bahagian Kuala Pilah)
Dalam satu kenyataan dalam Akhbar Sinar Edisi Nasional hari ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan rasa bimbang beliau dengan amalan politik wang (kita katakan rasuah) yang berleluasa dalam UMNO sekarang dan inilah yang akan menutup tirai UMNO atau gulung tikar. Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negara setakat ini hanya menerima 9 pencalunan bagi jawatan Naib Presiden. Politik wang ini menurutnya berlaku disemua peringkat,
Kebimbangan ini buka sahaja disuarakan oleh Rais Yatim, malah sebelum itu ADUN Serting YB Shamsulkahar Mohd. Deli yang tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol turut menyatakan perkara yang sama, beliau tewas hanya dengan 1 undi kepada pencabarnya, beliau menyatakan perwakilan telah dibeli dengan wang ringgit.
Kita juga berasa amat sedih dengan phenomena ini, bukan kerana ingin mencampuri urusan dalam Parti UMNO, tetapi sekadar ingin menjadikan tauladan supaya tidak dicontohi oleh generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara, dan ahli-ahli Parti lain khususnya PKR. Pengalaman saya sendiri dalam UMNO suatu ketika dahulu mengesahkan perkara itu sebelum dipecat oleh MT UMNO pada tahun 1999. Rasuah untuk mengundi calun yang bertanding diberikan atas nama sedekah dan berbagai lagi, hatta menyelit wang dalam Surah Yassin.
Tidak dinafikan wang adalah segala-galanya dalam UMNO, malah boleh kita anggap ia sebagai Tuhan mereka, walaupun tidak diakui oleh sesiapapun, kerana gelagat permainan mereka sedemikian jadinya. Maka itu kita dapat lihat golongan kapitalis ramai yang menguasai UMNO, dengan hajat mereka boleh memperolehi seberapa banyak projek daripada YB atau yang lebih atas daripada itu. Sebab itu tidak ada lagi ruh perjuangan membela Agama dan Bangsa dalam Parti itu, kecuali pepura semata.
Seperti apa yang dibimbangkan oleh Dr. Rais Yatim, politik wang berlaku disemua peringkat dan tidak ada tindakan drastik bagi mengekang gejala tersebut. Semua peringat bermakna daripada Cawangan hinggalah ke Pusat dan tentu lebih lumayan lagi bagi jawatan Tertinggi dalam UMNO. Beginilah parah dan bobroknya UMNO, dan jika diteliti lebih dalam lagi tidak mustahil ataupun sudah berlaku Agama Islam dan Bangsa Melayu adalah pertaruhan mereka untuk dijual beli. Tetapi yang sering terpampang didada-dada media massa maupun elektronik bahawa merekalah pejuang Agama dan Bangsa dalam ikatan kesatuan yang teguh. Tetapi sebenarnya mereka menipu orang lain dan diri mereka sendiri dengan ikatan yang sangat rapuh.
Firman Allah SWT:-
“Kamu anggap mereka dalam perpaduan padahal hati dan jiwa mereka berkecai-kecai
(Al-Hasyri: 14)
Dr. Rais Yatim setakat hari ini hanya mendapat 9 pencalunan untuk melepasi 20 pencalunan bagi membolehkan beliau bertanding Jawatan Naib Presiden yang amat membimbangkan beliau jika gagal manakala Shamsulkahar tewas di Jempol. Kenyataan mereka berdua dikeluarkan setelah survival merera tergugat bukan kerana survival UMNO, begitu jugalah yang lain-lainnya.
Maka itu rakan reformis, apa yang berlaku dalam UMNO yang diulas diatas adalah untuk dijadikan pengajaran dan dijadikan sempadan, bukan untuk mencampuri urusan orang lain.
Firman Allah SWT:
"Tidak ada yang akan menjadikannya pengajaran, kecuali mereka yang berotak berfikiran” (Ali Imran:7)
Sekian untuk hari ini.

Pembeli Perumahan Perpaduan Heights Buat Laporan Polis
28 November 2008. Seramai 45 Orang pembeli rumah Perpaduan Heights Kuala Pilah, Senaling telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Pilah hari ini jam 4.00 petang terhadap Pemaju dan dua buah Syarikat Arkitek Projek Perumahan Perpaduan Heights Kuala Pilah yang terbengkalai semenjak 2003. Laporan polis tersebut diketuai oleh En. Salehuddin Abdullah selaku Pengerusi Badan Bertindak Pembeli.
Menurut En. Salehudin, Projek yang dimulakan pada tahun 1996 yang sepatutnya siap pada tahun 2001 telah berjaya menarik seramai 231 orang pembeli, dan semenjak terbengkalai sudah banyak ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli bagi menarik perhatian Kerajaan untuk membantu menyelesaikan kemelut ini, namun semuanya menemui jalan buntu. Pertemuan juga telah diatur dengan ADUN Kawasan Pilah, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, pihak Majlis Daerah sebagai rakan kongsi pemaju, semuanya tidak memberikan suatu jawapan konkrit terhadap permasalahan ini. Suatu protes secara besar-besaran juga telah diadakan pada 21hb. Ogos 2007 dan ekoran daripada itu pihaknya telah menghantar satu memorandum kepada Yang Di Pertua Majlis Daerah. Pihak TV3 juga membuat liputan mengenai protes tersebut. Pihaknya juga telah mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi terhadap pemaju, namun semua masih tergantung dan tidak menemui jalan penyelesaian.
Turut hadir bersama membuat laporan tersebut ialah En. Tang Jay Son Peguam yang dilantik oleh pihak Badan Bertindak Pembeli. Menurut En. Tang Jay Son, beberapa keraguan timbul terhadap projek ini, beliau turut mempersoalkan mengapa ada aliran keluar masuk wang antara pihak Bank dengan Pemaju setelah Kerajaan mengistiharkan Projek tersebut terbengkalai. Juga bayaran kepada pihak Pemaju oleh Bank mencapai tahap 80% sedangkan prestasi kerja amat rendah daripada itu. Beliau berharap pihak polis akan menyiasat aduan Pembeli itu tanpa memilih bulu, dan beliau telah diminta oleh Pembeli untuk mengemukakan saman terhadap Pemaju dan Arkitek perumahan tersebut kerana didapati telah menipu pihak pembeli.
Sementara itu En. Halim Bin A Aziz, Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan yang ditemui berkata, beliau telah membawa perkara ini kepengetahuan BPR untuk disiasat, kerana didapati dalam beberapa laporan yang beliau perolehi didapati ada unsur-unsur penyelewengan Pemaju bersama Majlis Daerah Kuala Pilah terhadap pembeli. Namun daripada jawapan yang beliau perolehi daripada BPR tiada apa-apa tindakan boleh diambil terhadap Pemaju kerana prosedur yang dilakukan adalah betul, dan dalam masa yang sama berliau hairan bagaimana Timbalan Pengarah BPR N. Sembilan boleh bertukar, kerana beliau yang menyiasat hal tersebut. Beliau juga turut melahirkan rasa kesal terhadap bekas EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan N. Sembilan En. Woo Ah Lek yang beliau temui bersama pembeli dengan memberikan alasan yang sangat tidak masuk akal dan tidak membela pembeli yang teraniaya.
Seorang lagi Pembeli yang teraniya Puan Lee Cheng Mei berharap laporan ini akan dapat disiasat oleh pihak polis dengan seadil-adilnya, kerana beliau merasakan telah tertipu dengan pemaju. Bukan sedikit wang yang beliau keluarkan dan lebih mendukacitakan beliau kini terpaksa membayar kepada benda yang tiada. Beliau juga bersimpati dengan lain-lain pembeli kerana kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sudah berumur, dan amat mengharapkan mereka oleh memiliki rumah dihari tua. Tetapi begini nasib yang menimpa mereka tanpa pembelaan daripada pihak Kerajaan.
Monday, October 20, 2008
Shamsiah Fakeh meninggal dunia
dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.
Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis.
Friday, October 17, 2008
Program Sumbangan Aidilfitri Untuk Fakir Miskin Bahagian Rasah
Pada 21hb September 2008 lalu, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rasah telah mengadakan program sumbangan Aidilfitri untuk ibu tunggal dan fakir miskin di sekitar kawasan Bahagian Rasah.
Program ini telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi yang melibatkan seluruh AJK Bahagian Rasah yang diadakan secara berkonvoi kereta. Mambau menjadi lokasi program ini bermula, kemudiannya menjelajah ke kawasan Labu.
Lebih 60 sumbangan berbentuk hamper makanan telah disampaikan kepada ibu tunggal dan fakir miskin.
Konvoi ini telah diketuai oleh Ketua Bahagian Rasah, Tuan Haji Muhammad Kamel Yassin, yang turut disertai oleh Timbalan Ketua, Saudara Norozam Yassin,Ketua Wanita Bahagian, Ustazah Siti Maimun Satibi, Naib Ketua Bahagian, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim,AJK dari cawangan Labu, Mambau dan AMK Bahagian.
Program ini telah berjaya mendekatkan parti dengan rakyat yang berada dalam Bahagian Rasah selain menguatkan kerjasama antara ahli bahagian.
Thursday, October 16, 2008
PROMOSI & PELUANG PERNIAGAAN
WELCOME TO SMART eLIBRARY, AN INTELIGENT PROGRAM FOR KNOWLEDGE & BUSINESS OPPORTUNITY
THE MISSION AND VISION
*People Helping People
*Knowledge Sharing
*Business Opportunity
*Platform for Financial Freedom
*e-Tuition for UPSR, PMR, SPM (will be upgrade)
OUR CONTACT INFO:
http://www.smart-elibrary.com/
BEST OPPORTUNITY. GRAB NOW !!!
HI TECH NOTE-BOOK JUST FOR RM70.OO + RM180= RM250!!!!!
(offer ends 31st October 2008)
(For Further Information Call 012-381 7984 ARJUN)

Umno parti haram?
dipetik dari Harakah Daily.net
M Khaleel Kas
Thu | Oct 16, 08 | 12:41:07 pm MYT
Umno wajib diharamkan, demikian kesimpulan yang boleh dibuat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengharamkan Hindraf. Iklan
Apa kaitan Hindraf dengan Umno? Kenapa penulis berkata demikian, walhal berdasarkan keahlian, ibarat langit dengan bumi antara kedua-dua pertubuhan ini. Belum lagi, dasar perjuangan dan ideologi yang didukungi oleh Umno dan Hindraf.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar sebagaimana dilaporkan Bernama (sumber berita sahih) pada 15 Oktober lalu telah mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari tersebut setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.
"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.
Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.
"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.
Apa kaitan Hindraf dan Umno?
Baiklah. Itulah kenyataan daripada seorang Menteri yang memikul tanggungjawab yang besar tetapi ternyata gagal dalam menunaikan amanah dengan adil dan saksama.
Kenapa penulis berkata demikian? Ingatkah kita pada tarikh; 23 Mac 2008? Apa pentingnya tarikh tersebut dengan soal haram atau halalnya Hindraf? Atau apa besarnya implikasi tarikh tersebut kepada Umno?
Bagi pandangan penulis, jika benar sepertimana yang disebut oleh Menteri KDN, Syed Hamid bahawa; "Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang",maka tarikh tersebut adalah asas untuk meletakkan Umno haram dan kini parti yang mendukungi kerajaan ini sedang beroperasi secara gelap.
Dan jika benar pula dakwaan Syed Hamid,"Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia...sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum", maka wajarlah dan teramat nyata Umno tidak wajar lagi berdenyut di muka bumi ini.
Apakah relevan tarikh 23 Mac 2008 dengan Umno dan soal keharaman Hindraf?
Jika anda masih ingat, pada tarikh itulah,satu perhimpunan haram telah diadakan oleh ahli-ahli Umno di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman, Terengganu dengan slogan kain rentang yang ditulis 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang' dengan tujuan menghina pihak istana dan Tuanku Sultan Mizan (YDP Agong).
Jadi persoalan mudah, yang boleh dijawap tanpa ada jawatan Menteri, Dato', Tan Sri, Dato' Seri hatta orang kampung yang tak 'pass' dari satu sekolah Melayu pun boleh diagak,iaitu;"Siapa lebih haram, lebih biadab dalam konteks pertubuhan."
Tidak haramkah Umno, kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 23 Mac lalu?
Tidak haramkah Umno,kerana cuba mencetuskan kekacauan dan suasana tidak aman pada 23 Mac itu?
Tidak haramkah Umno, kerana cuba menghina pihak istana dengan slogan biadab pada tarikh itu?
Atau tidak haramkah juga Umno, kerana cuba menghasut rakyat untuk menentang pihak istana iaitu Tuanku Sultan (dalam erti kata lain, cuba melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong)?
Perhimpunan di Terengganu aman, Yang di-Pertuan Agong tidak terancam?
Apakah pihak KDN buta dan tuli? Apakah pihak polis tutup mata?
Cuba lihat apa jawapan pihak polis dalam isu tersebut seperti yang dipetik penulis melalui laman buletinonline:Menurut surat yang ditandatangani oleh Superitendan Khairi Ahrasa bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Terengganu, beliau sukacitanya memaklumkan siasatan berkenaan perkara tersebut telah selesai dijalankan.
Dalam surat yang ditujukan kepada Muhammad Fauzi Abu Samah, Khairi turut menyatakan pihak beliau menunggu arahan lanjut berkaitan pendakwaan apabila kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Surat tersebut yang bernombor rujukan (PR) 35/26 bertarikh 16 September adalah respon pihak polis terhadap surat yang dihantar oleh Fauzi kepada pihak polis pada 11 September 2008.
Pada 26 Mac lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis berhubung 'perhimpunan haram' para penyokong bekas Menteri Besar Dato� Seri Idris Jusoh.
Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata salah satu slogan kain rentang yang diangkat semasa perhimpunan haram tersebut telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan yang berbunyi 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang'.
Perhimpunan haram yang telah di ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama adalah ekoran penentangan ahli-ahli Umno yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Surat respon Polis Terengganu telah disiarkan dalam laman rasmi MAMPAT sejak 12 Oktober lalu
Nampaknya, agak lama dan berzaman polis nak siasat isu perhimpunan tersebut.
Kenapa KDN tidak bertindak? Kenapa Syed Hamid tidak bersuara dalam isu ini?
Mana satu lebih haram antara serbu rumah terbuka atau buat provokasi agar rakyat hina dan bencikan istana?
Apakah suasana perhimpunan di Terengganu ketika itu aman dan tidak mengancam keselamatan rakyat,negara malah Yang di-Pertuan Agong?
Jelas lagi tersuluh, isu pengharaman Hindraf distruktur dengan penuh konspirasi untuk menimbulkan rasa takut kepada rakyat terhadap pertubuhan tersebut.
Selain itu,ia seolah dirancang sebagai satu mesej kepada rakyat, bahawa bagaimana hebatnya kuasa di tangan Menteri dan kerajaan yang didukungi Umno.
Oleh itu, kepada pembaca semua, di manakah keadilan yang kita nantikan? Sampai bilakah kita akan terus dipermainkan dengan permainan kuasa politik rakus pemerintah masa kini?
Tiada gunanya, jika nakhoda kapal ditukar tetapi segala isi kapal dipenuhi dengan anai-anai yang makin mengunyah segala isinya dari hari ke hari. - mks. _
Wednesday, October 15, 2008
Kenyataan Media PKR Negeri Sembilan
Saya YB Chai Tong Chai, selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan merangkap ADUN Chuah menyifatkan peristiwa yang berlaku ke atas Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman bersabit keputusan Mahkamah Khas, sebagai suatu titik hitam yang amat malang.
Kami anak watan Negeri Sembilan merasa amat dukacita dan kecewa terhadap Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri yang tidak langsung perihatin terhadap darjat Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.
Sebagai rakyat di negeri yang kaya dan penuh beradat, YAB Menteri Besar dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sepatutnya mengambil langkah-langkah bagi mengelak peristiwa hitam ini berlaku. Peristiwa malang ini tidak mungkin berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.
Sebagai ikhtibar, maka tibalah masanya Institusi Raja-raja Melayu dimartabatkan semula sebagaimana yang termaktub dalam Rukunegara. (Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara)
Daulat Tuanku!
Helikopter kontroversi terbaru Najib
Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".
Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan."
"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.
Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.
"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."
Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."
Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.
Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).
Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.
Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.
Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.
Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.
Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.
Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Najib berkata perkara itu akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Tuesday, October 14, 2008
Anwar: Zul Nordin tidak sertai Umno
dipetik dari Malaysiakni.com
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kemungkinan wakil rakyatnya, yang sedang menghadapi tindakan disiplin, akan meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno.
Bercakap di sidang media di lobi Parlimen hari ini, ketua pembangkang berkata wakil Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Nordin, tidak akan berbuat demikian seperti didesas-desuskan.
Ura-ura tentang isu lompat parti itu semakin kencang semalam apabila calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.
Zulkifli, yang hadir di Dewan Rakyat hari ini, turut menafikan akan meninggalkan PKR.
Bekas peguam kes Anwar sedekad lalu itu terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.
Penglibatannya itu menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.
Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.
Desas-desus itu menyebut beliau ingin menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu.

Artis Malaysia terasa seperti ditampar anugerah Datuk Melaka
dipetik daripada HarakahDaily.net
Abdul Aziz Mustafa
Mon | Oct 13, 08 | 11:06:52 pm
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Walaupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan artis Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah sebenarnya yang menghina? Iklan
Malah, ada di antara artis Malaysia yang menyifatkan anugerah itu seperti menampar mereka.
"Sabtu lalu, dia (SRK) juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," mStar memetik Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof dalam sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Beliau menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.
Bantahan tersebut dibuat mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada SRK sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob Sabtu lalu.
"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati".
Bagaimanapun, Mustapha berpendapat pihak kerajaan negeri patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.
"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.
Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.
"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.
"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.
Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.
Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.
Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.
"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?
"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.
"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.
Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada SRK kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.
"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?
"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.
SRK yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.
Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada SRK adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang._

Monday, October 13, 2008
Parlimen Kulim tetap dimiliki KeADILan
dipetik dari Suara Keadilan Online
KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER (SK) - Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen petisyen pilihan raya Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kemukakan selepas Barisan Nasinal (BN) menarik balik petisyen berkenaan.
Kerusi berkenaan yang dimenangi, Zulkifli Nordin pada pilihanraya umum ke 12, Mac lalu kini kekal milik calon KeADILan itu.
Pada 27 April lalu, calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir memfailkan petisyen dengan alasan Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan Raya.
Keputusan kes berkenaan sebelum ini telah ditunda beberapa kali dan ianya sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star, 3 Jun lepas.

Friday, October 10, 2008
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BAHAGIAN RASAH & PERHUBUNGAN NEGERI
TEMPAT: PERKARANGAN PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI SEMBILAN
JALAN RAHANG,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TARIKH: 11 hb OKTOBER 2008 (SABTU)
MASA: 12.00 pm - 4.00 pm
TURUT BERSAMA MPT KEADILAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR & DATANG BERAMAI-RAMAI

Wednesday, October 8, 2008
Sinar Harian buat laporan salah dan tidak bertanggungjawab
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Wed | Oct 08, 08 | 4:37:28 pm MYT
Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Iklan
Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Dato' Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.
Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO.
Sebaliknya saya yakin sekiranya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.
Dato' Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.
Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.
Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.
Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Dato' Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.
Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.
Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggung-jawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
KETUA UMUM KEADILAN
KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2008.

Perjalanan terakhir seorang Dolah
(Ini adalah artikel yang ditulis oleh Saudara Hishamuddin Rais yang dipetik dari Malaysiakini.com)
Hishamuddin Rais | Oct 7, 08 12:59pm
Dialkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpullah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun dipalu dan canang dipukul. Ada yang mencangkung, ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.
Ketua cawangan naik Proton
Ketua bahagian naik Wira
Kontraktor kelas F naik Honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para YB naik Mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah tragis
Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai perdana menteri, sebagai presiden United Malays National Organisation dan sebagai pengerusi Barisan Nasional.
Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.
Ketika Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak.
Gambar Mahathir menangis di perhimpunan agung Umno itu amat lucu sekali.
Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah Aziz yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai perdana menteri.
Pada malam saya bakal dihantar ke kem Kamunting (Jun 2001) – surat arahan menahan dua tahun – telah ditandatangani oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri.
Pernah wartawan bertanya kepadanya tentang 10 penggerak Reformasi yang ditahan dibawah ISA, Dolah telah menjawab "...saya tidak tahu..."
Di Kamunting, apabila saya mendengar jawapan "saya tidak tahu" daripada Dolah, maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan daripada para wartawan.
Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian, saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala Tok Sloo pula teater komedi.
Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.
Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Dolah dan orang-orang di sekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi perdana menteri.
Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih belum glamor lagi. Peniaga komponen nuklear BSA Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Time.
Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat berkahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya-raya. Monsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai di Seberang Takir.
Selesai pementasan keliling di Semenanjung, saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya, Cikgu Hashim dari Perlis.
Kami bersembang di sebuah warung pokok ketapang di hadapan pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama. Sambil ketawa, sambil kami berlabun tentang siasah semasa.
Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah- dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat "... kamu janganlah lawan Dolah ini... Kalau kamu tulis keras sangat tentang dia, macam kamu lawan orang cacat..."
Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.
Apabila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis sesuatu tentang Dolah, maka saya teringat pesanan kawan itu.
Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah, maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Dolah ini ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.
Akhirnya saya menarik diri daripada mempersendakan Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini.
Saya rasa macam saya bergaduh dengan budak-budak.
Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Dolah ini adalah perdana menteri accidental – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah tidak memiliki ciri dan pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara.
Dolah dijadikan perdana menteri hasil perancangan licik Mahathir.
Mahathir tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang di belakang tabir.
Hanya satu kesilapan Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.
Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa cerita-cerita ini hanyalah 'kempen hitam' oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation.
Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan 'Dolah tidur', maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat diperbaiki.
Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan.
Dolah tidak memiliki daya fikir yang lapang dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan terperinci.
Pada pilihanraya umum 2004 Dolah telah diberikan mandat besar tetapi Dolah kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang dibuatnya tinggal terbengkalai setengah jalan.
Dolah mengajukan Islam Hadhari, tetapi saya juga was-was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukannya itu.
Para kroni Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk menghadam pergolakan politik global.
Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama.
Kalau di kampung saya di Jelebu, Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali-sekala kalau Tok Imam masjid demam, mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.
Dalam adat Perpatih di Jelebu, Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan.
Kalau di penanggah di kampung saya, Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri-kendara - tidak lebih daripada itu.
Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ ditibai Muhyidin yang menjadi suruhan Mahathir.
Dolah terkapai-kapai hilang nafas.
Penasihat-penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada meminta tandatangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.
Apakah agaknya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?
Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua KJ. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah digagalkan oleh Mahathir kerana bekas PM itu telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak dihantar ke Mongolia untuk menjadi duta.
Hari-hari akhir seorang Dolah sampai
Kamal datang dengan Scomi
KJ datang dengan Nori
Kali datang dengan AirAsia
Jeanne datang dengan kain tudung baru
BSA Tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka amat bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu
Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk dijadikan tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit kepada menantu
Untuk jadi ingat-ingatan sepanjang zaman

Tuesday, October 7, 2008
Kes Liwat: Mahkamah Sesyen KL tolak bantahan awal pihak pendakwa
dipetik dari HarakahDaily.Net
Irwan Muhammad Zain Tue Oct 07, 08 2:42:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak bantahan awal pihak pendakwa dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi
Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Hakim itu juga berkata bahawa beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.
Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembela membantah pemindahan itu dan mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pihak pendakwa berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.
Prosiding kes liwat Anwar itu disambung pukul 2.30 petang ini. - mns_

Monday, October 6, 2008
Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?
dipetik dari KLpos.com
06 Oct 2008 8:43AM
KB: Datuk Zaid Ibrahim (gambar), yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno.
Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.

'Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.'
'Ini bukan kerana saya tidak setia,' kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.
'Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).
'Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?' tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.
Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.
Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa. / NST
Friday, October 3, 2008
Siapa PM yang Lebih Baik??
Dipetik dari Malaysiakini.com
Sep 29, 08 8:25pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pilihan popular untuk menjadi perdana menteri, diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center.
Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 40 peratus memilih Anwar manakala Najib memperolehi 34 peratus. Manakala satu perempat responden tidak dapat memilih atau yakin dengan kedua-dua calon tersebut.Dalam soalan berasingan, 39 peratus bersetuju Najib boleh menjadi perdana menteri hyang baik, manakala 44 peratus lagi tidak bersetuju.
Ini dianggap sebagai satu berita baik untuk timbalan perdana menteri itu walaupun ketinggalan di belakang Anwar kerana peratusan penerimaannya sebagai perdana menteri telah meningkat lima peratus berbanding dengan tinjauan pendapat Julai lalu.
Manakala peratusan untuk Anwar pula turun tiga peratus.Ketika dihubungi, pengarah eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffin berkata ini adalah kali pertama mereka membandingkan Anwar dengan Najib."Antara sebab kami turut memasukkan soalan itu kali ini ialah kerana tinjauan ini dijalankan di sekitar 16 September.
Juga, Anwar telah menonjolkan diri sebagai bakal perdana menteri," kata Ibrahim.Sebelum ini, penasihat PKR itu telah menetapkan tarikh 16 September untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dari Barisan Nasional.Seramai 1,002 responden dipilih untuk tinjauan pendapat tersebut yang diadakan antara 11 hingga 22 September lalu.
Ejen AmerikaDalam tinjauan itu juga, hanya 15 peratus percaya tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar manakala 13 peratus lagi percaya beliau
seorang "penjenayah seksual".Walaupun 21 peratus percaya dengan tuduhan bahawa beliau menjadi "ejen Amerika" tetapi 51 peratus lagi percaya ketua pembangkang itu seorang pemimpin yang "kuat dan berwawasan" serta "seorang pengurus ekonomi yang cekap".
Penyokong Anwar adalah lebih pelbagai kaum, berbanding dengan penyokong Najib yang sebahagian besarnya orang Melayu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sokongan sebenar orang Melayu kepada kedua-dua pemimpin tersebut.
Sebanyak 17 peratus orang responden Melayu percaya Anwar seorang "penjenayah seks" manakala hanya 8 peratus responden Cina dan 1 peratus responden India berkongsi sentimen tersebut.
Hasilnya adalah sama berhubung tuduhan Anwar seorang "ejen Amerika/Yahudi" dengan 28 peratus Melayu berkata "iya" berbanding dengan hanya 12 peratus (Cina) dan 4 peratus (India).
Apabila ditanya secara khusus sama ada Najib boleh menjadi perdana menteri yang baik - tanpa membandingkan beliau dengan orang lain - responden Melayu 52 peratus, Cina (29) dan India (10 peratus).
Mengenai AbdullahHasil tinjauan tersebut juga menunjukkan ranking bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berubah berbanding dengan tinjauan bagi bulan Julai.
Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia (21 peratus) menyifatkan keadaan politik yang tidak menentu yang menyelubungi negara sekarang sebagai kebimbangan mereka yang paling besar - meningkat daripada 10 peratus berbanding dengan dua bulan lalu.Sebanyak 50 peratus berkata mereka masih begitu bimbang dengan isu-isu ekonomi.
Surat Terbuka Zaid Ibrahim Kepada PM
dipetik dari Malaysiakini.com
Sep 30, 08 2:37pm
Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.
Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.
Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.
Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.
'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.
Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.
Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.
Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.
Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.
Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?
Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.
Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini.
Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?
Pada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.
Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.
Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan.
Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.
Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah.
Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.
Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.
Mengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan.
Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.
Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik.
Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya.
Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini.
Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik.
Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan.
Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.
YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.
Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.
Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.
Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.
Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.
Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.
Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul.
Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?
Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.
Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.
YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.
Yang benar
ZAID IBRAHIM

Wednesday, October 1, 2008
PERUTUSAN AIDILFITRI
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan dan seluruh warga PKR Negeri Sembilan mengucapkan "Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin" kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga perayaan Aidilfitri kali ini disambut dengan suasana ceria dan meriah. Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, dengan harapan tidak berlaku sebarang kecelakaan ketika di jalan raya.
Ada ketikanya mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf mentafsir dan hati silap menduga,
Segala salah dan silap harap dimaafkan.....
Salam Aidilfitri & Salam Reformasi!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)