Thursday, December 5, 2013

Tarif air Johor bakal naik lagi?

KUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan Johor dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Johnity Ongkili terus berdolak dalih dalam isu kenaikan tarif air di negeri selatan Semenanjung itu.
Adun KEADILAN Bukit Batu, Jimmy Puah We Tse (gambar) berkata tarif berkemungkinan besar akan dinaikkan pada tahun hadapan melibatkan pengguna domestik dan sektor industri.
“Semasa saya meminta pengesahan dari Datuk Hasni Mohammad pada persidangan DUN November lalu, Exco Kerja Raya Johor itu beri alasan ia diserah kepada kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Namun apabila Pakatan Rakyat bangkitkan di Parlimen 26 November lalu, Maximus menolaknya.
Jimmy_Puah
“Dolak-dalik mereka ini membuktikan tarif air Johor tetap akan naik selewatnya pada Jun 2014,” katanya ketika dihubungi.
Pada 14 November lalu, Hasni turut mengesahkan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd mencadang kenaikkan tarif air 20.2 peratus bagi tempoh 2012-2014. SAJ Holdings ialah anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang memonopoli bekalan air Johor sejak 1990-an.
“Umum tahu tarif air Johor tertinggi di Malaysia. Bagi 35 meter padu air terawat, seorang pengguna di Pulau Pinang bayar RM10.70, purata 31 sen setiap liter.
“Di Johor kami bayar RM36.75, purata RM1.05 setiap liter, perbezaan 338 peratus.
“Untuk air mentah, guna 50 meter padu atau 500,000 liter air sebagaibenchmark, orang Sabah bayar purata 0.90 sen setiap liter tapi Johor melambung ke purata RM2.94 setiap liter, perbezaan 326 peratus,” katanya.
Katanya, Pakatan Johor tidak menolak mengadakan demonstrasi bantahan dalam masa terdekat selain membangkitkannya pada sidang DUN Mac 2014.
Sebelium ini di Parlimen, MP Kulai Teo Nie Ching mempersoal mengapa rakyat Johor dipaksa membayar lebih untuk bekalan air dirawat sedangkan kerajaan negeri sudah mengaut untung daripada jualan mentah kepada Singapura dan Melaka masing-masing RM230,000 dan RM200,000 sebulan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56936

No comments: