Thursday, December 5, 2013

Anwar: Segerakan bantuan kepada mangsa banjir

KUALA LUMPUR 4 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru jabatan kerajaan dan pihak berwajib agar segera menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.
“Jabatan dan semua harus bantu segera,” tulis Anwar dalam kenyataan ringkas di laman facebook beliau petang ini.
“Doakan kesejahteraan rakyat di kawasan yang dilanda banjir terutama Terengganu, Pahang dan Johor,” tambah Anwar.
Sementara itu, pejabat ahli parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri Semambu melancarkan Tabung Bencana Banjir.
Anwar 1
Sehingga semalam, banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah iaitu di Kuantan, Rompin, Pekan dan Maran.
Manakala jumlah mangsa banjir di Johor dan Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat hari ini dengan masing-masing mencatat 7,106 dan 3,486 orang.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan terbaru melaporkan 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan bekalan elektrik terputus membabitkan 62,907 pengguna sehingga jam 12 tengah hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56940
Sumbangan boleh dibuat ke akaun:
“Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota” di akaun 556 011 061 863 (Maybank)
Hotline: 
talian 019-9178086
Sumbangan melalui akaun lain dibuat ke:
“Pejabat ADUN Semambu” 5061 6420 6440 (Maybank).

No comments: